Followers

Sunday, August 10, 2014

Walau jemaah berbeza tujuan kita tetap sama.

'Trend' remaja sekarang tidak kiralah bila masuk IPT atau lain-lain tempat, akan berlaku isu-isu yang berkaitan perbezaan jemaah sama ada jemaah A, jemaah B, jemaah C dan jemaah-jemaah lain. Bila mana ramai orang yang memilih untuk menetap pada jemaah tertentu, akan berlakulah pertelagahan, timbullah perpecahan, rasa tidak puas hati dengan jemaah dan yang berkaitan dengannya.

Kebanyakan orang yang tidak faham mengenai kepentingan untuk memilih jemaah atau apa kepentingan jemaah-jemaah yang ada di Malaysia ini akan mudah menaruh syak wasangka terhadap jemaah lain. Walaupun individu itu tidak mengetahui apa yang visi dan misi yang dibawa atau dipegang oleh jemaah tertentu, mereka tetap akan berprasangka buruk. Adakah baik berprasangka buruk terhadap jemaah lain padahal jemaah tersebut melakukan kebaikan. Mana boleh macam tu Akhi.. Ukhti..

Bila berbeza jemaah antara setiap individu, dan bila mana terdetik di hati seorang individu untuk berprasangka buruk, maka akan terjadilah masalah ukhuwah di antara jemaah yang berbeza ini. Bila hal ini berlarutan, nak pandang muka pun kita tak puas hati, hidup tak aman dan banyak lagi perkara yang membuatkan hati kita rasa sakit.

Apa perlunya jemaah yang pelbagai ni? Hikmah. Supaya kita boleh membuat pilihan untuk memilih jemaah mana yang lebih baik. yang lebih sesuai dengan diri kita. yang boleh mendorong diri kita untuk berubah dan yang paling penting. Lakukan kerja dakwah!

Jangan jadikan jemaah yang pelbagai itu sebagai medium untuk kita saling berjauhan dengan mereka yang berbeza jemaah dengan kita. Stay berukhuwah sesama kita. :)