Followers

Wednesday, June 24, 2015

Kullu Nafsin Zaiqatun Maut.

Kullu Nafsin Zaiqatun Maut
(Setiap yang hidup itu pasti akan merasa mati)


Kita hanya manusia biasa. Bila-bila sahaja kita akan kembali kepada Sang Pencipta. Mungkin esok, mungkin lusa ataupun sesaat lagi? Bila sebut tentang mati, takut bukan? Rasa macam amalan kita belum cukup lagi untuk bertemu Allah. Muhasabah diri. “Action speaks louder than words”. Ya! Kalau kita nakkan sesuatu, amal dan praktik adalah penting berbanding dengan kata-kata kosong sahaja.

Andai aku mati esok. Sudah tentu persediaan yang dilakukan adalah luar biasa berbanding dengan persediaan yang biasa kita lakukan. Siang malam zikir membasahi lidah dan air mata sentiasa berlinang mengenang akan dosa-dosa yang telah dilakukan. Al-Quran juga tidak akan disia-siakan malah sentiasa dibaca di setiap kesempatan yang ada. Betapa hebatnya persediaan yang kita lakukan untuk bertemu Allah.
Andai aku mati esok. Segala kemewahan, kecantikan dan ke
seronokan duniawi akan kita tinggalkan. Bukannya kita tidak tahu betapa perit dan sakitnya saat sakaratul maut datang menjengah. Mampukah kita menahan kesakitannya yang diibaratkan 300 tusukan pedang sedangkan tersengat lebah pun kita mengaduh kesakitan. Sentiasa soal diri sendiri, andai aku mati esok, bersediakah aku?

Tuesday, June 16, 2015

Teguran TMJ dijawab dengan kasar

BANGI, Isnin – Selepas tampil melalui klip video pendek dengan isyarat tangan “marilah” kelmarin, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menulis panjang membuat penjelasan.

Dalam nada kesal, anak kepada Sultan Johor itu melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin negara yang bukan sahaja tidak boleh ditegur, malah membalasnya dengan bahasa kasar.

Tunku Ismail berkata, baginda menegur sebagai pemimpin rakyat Johor dan Malaysia, bahawa pemimpin negara perlu berkhidmat kepada rakyat.

“Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

“Anda seorang menteri, bukannya Tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya seperti dipetik dalam laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata, dia rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

“Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka,” katanya.

Baginda turut mengingatkan rakyat Johor betapa perlunya membuat perubahan pada masa hadapan dengan memilih pemimpin yang mahu berkhidmat untuk rakyat, dan bukan mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

“Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda,” katanya.

“Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri,” katanya.

Sebelum ini, Tunku Ismail menjadi kerabat diraja pertama tampil mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka, ekoran tidak hadir ke dialog “Nothing To Hide”, bersama NGO. Forum itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dan 1MDB.

Dalam nada menyindir, baginda antara lain berkata, sesorang yang mahu menyembunyikan segala-galanya, sudah tentu tidak akan muncul.

Kenyataan baginda itu kemudian mendapat reaksi Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz, yang memberi amaran supaya Tunku Ismail tidak mencampuri politik, atau bersedia “dibelasah”.

Ia kemudian dijawab Tunku Ismail melalui klip video 17 saat yang dimuat naik di facebook Johor Southern Tigers, dengan isyarat tangan “marilah”.

Tidak terhenti di situ, Nazri kemudian membalasnya dengan berkata bahawa beliau sedia dihentam secara depan-depan, bukan melalui laman sosial.

sumber: www.ismaweb.com