Followers

Monday, October 24, 2011

ikhtilat oh ikhtilat

Apakah itu ikhtilat?????




Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga? 






Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. 

Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.




Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu.

 Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir. Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam.






Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. 



Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. 





Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan. 


Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati lelaki.




Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam. Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA.

Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan. 



Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram

Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin. Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka.




oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga perbatasan antara lelaki dan perempuan. memang bukan senang dah ubah secara drastik . takpe, kita cuba perlahan-lahan.
insyaAllah BERJAYA! \(n_n)/



rujukan : www.iluvislam.com


wallahualam

Saturday, October 8, 2011

Jauhi prasangka sesama Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah kita diberi lagi kesempatan untuk bertemu di Pena Islah ini
apa khabar semua?mesti sedang sibuk study kan.untuk peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang
kalau rasa malas, rajin-rajinkanlah diri . paksa diri walaupun malas!

insyaAllah, hari ini ana nak kongsi beberapa ilmu yang ana petik dari sebuah blog.
Moga sama-sama mendapat manfaat walaupun ringkas sahaja,insyaAllah.
____________________________________________________________________


JAUHI PRASANGKA SESAMA ISLAM


Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku di kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.
Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan”  Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
Sejarah perjuangan umat yang panjang telah menyaksikan bahawa siri kemenangan umat yang lampau hanya tercapai apabila kekuatan umat yang ada pada ketika itu digembelingkan bersama-bersama dan mereka telah menjadikan kekuatan aqidah dan keakraban ukhuwah sesama sendiri sebagai tunjang perjuangannya.

Cuba kita renungkan bersama :
1-Apa untungnya kita menghabiskan masa dan tenaga dengan berbuat sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa di kalangan kita dan tidak membekas apa-apa kepada pihak musuh ?
2-Kenapa tidak kita kerahkan pemikiran dan tumpahkan keringat di atas agenda besar yang akan membawa perubahan yang positif di dalam masyarakat dan negara?
Jom, luaskan dada dan perkasakan amal…
_____________________________________________________________

dipetik dari blog Peduli Ummah
http://zainurrashid.com/?p=1329




InsyaAllah, semoga kita mendapat peringatan dan manfaat daripada ilmu ini
ingatkan diri sendiri supaya jangan pernah berburuk sangka pada orang lain
lebih-lebih lagi kita sesama Islam ini kan?
sama-sama kita semaikan ukhuwwah antara kita
sayang sesama kita untuk mencari keredhaan Allah.
insyaAllah

sekian sahaja dari ana,
wslm