Followers

Saturday, October 6, 2012

sedar atau tidak anda yang tidak solat?


Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tak mempunyai zuriat. Lalu, terdetik dalam hati dia (nazar),"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah. Tapi, kalau zamanNabi Musa, barangsiapa bernazar,walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya, pun pegilah bertemu dengan Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dr air kencing anjing hitam.Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dr bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air tu. Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihat.. betapa hinanya org yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah,belum air tangan lagi.Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb. anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dengan kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu..ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.. kita pun makan bekasair tangan dia.. gelap lah hati kita.. sebab tu liat nak buat keja2 yangbaik. beware apa yang kita makan... betapa beratnya amalan solat ni,hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj,sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali(&untuk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."maknanya ,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah org2yang lemah di bawah tanggunganmu. " jadi, sama2lah kita pelihara solatkita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula2akan ditimbang di neraca Mizan kelak

Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat


Pengakuan Tentara : "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"


Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamilmenghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam boleh meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan....

fikir-fikirkan wahai umat islam...jgn biarkan kita hanya islam pada nama...namun meninggalkan solat dan tidak suka solat secara berjemaah...

sumber:
http://penpatah.blogspot.com/2012/05/israel-hancur-jika-jemaah-solat-subuh.html

Friday, October 5, 2012

JOM SOLAT

Assalamualaikum..alhamdulillah dengan keizinannya dapat juga Media Islah melancarkan kempen Jom Solat. Kempen ini adalah salah satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada umat islam khususnya untuk menunaikan rukun islam kedua.

Objektif kempen ini adalah :
1)Memberi pengetahuan dan menimbulkan kesedaran tentang solat.
2)Membudayakan Solat Berjemaah. 
3)Mengimarahkan surau/masjid.

Kempen ini ad
alah langkah pertama untuk Media Islah terus berdakwah mengunakan media elektronik dengan lebih proaktif, insya Allah. Diharap kita semua dapat sama-sama memberi sokongan kepada kempen ini dengan cara>>

1) Like page Al Islah.
2) Beri kata-kata perangsang untuk jom solat.
3) Share di wall anda.
4) Promote kepada rakan yang lain..
5) atau share di blog anda. atau pelbagai cara untuk berdakwah.

Jom support kempen Jom Solat..

kajian 2010 hanya 15% Pelajar sekolah yang solat 5 waktu penuh

 "Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga.

Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.

Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:

Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

sumber:http://fajridil.blogspot.com/2010/05/80-umat-islam-melayu-tidak-solat-5.html

Friday, May 18, 2012

BAHAYA IRSHAD MANJI

Diharap, apabila kita mengenali siapa Irshad Manji, tiada lagi pihak-pihak yang berani mengalu-alukan kedatangan individu ini. Keprihatinan masyarakat untuk membantah kehadiran musuh Islam ke negara kita untuk mempromosikan seks songsang LGBT, menghina rasulullah S.A.W. serta memperlecehkan Al-Quran dan agama Islam itu sendiri.
Musuh Islam tidak akan berhenti mencari jalan untuk meracuni pemikiran umat Islam. Oleh itu, keprihatinan dan kesatuan umat Islam dalam menolak dakyah yang ingin disebarkan menjadi keutamaan.


INI DIANTARA BUKU-BUKU YANG TELAH DITULIS OLEH IRSHAD MANJI:-

Beliau juga telah banyak menulis buku-buku mengenai Islam antaranya ialah Risking Utopia: On the edge of a new democracy, The Trouble With Islam: A Wake-up Call For Honesty and Change; The Trouble with Islam Today, The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith, dan Allah, Liberty and Love: The Courage to Reconcile Faith and Freedom
“I`m not a moderate Muslim, I`m reformist”, Irshad in The Guardian.

 SILA BACA:-

Friday, May 4, 2012

Oh muslimah...berbahagialah...^_^

Buat ibu, isteri dan wanita..


Semoga sedar betapa mulianya mereka di sisi Allah dan betapa besarnya nikmat dan ganjaran yang mereka akan dapat di dunia dan di akhirat..

1.    Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda SAW: "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.    Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3.    Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4.    Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5.    Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan haramkan api neraka ke atas tubuhnya.

6.    Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7.    Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah" . Segala puji bagi Allah SWT dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah SWT dari segala dosa."; maka Allah SWT menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui Sirat al-Mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah SWT mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.

8.    Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9.    Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10.  Dari 'Aisyah R.HA. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11.  Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12.  Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

13.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15.  'Aisyah R.HA. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16.  Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17.  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18.  Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19.  Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20.  Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21.  Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22.  Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

23.  Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah SWT mengurniakan satu pahala haji.

24.  Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25.  Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

26.  Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

27.  Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

28.  Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

29.  Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala ibadat.

30.  Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah SWT mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah SWT mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

31.  Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

32.  Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah SWT mengurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi AS.

33.  Tidakkan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

34.  Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah SWT dengan penuh rahmat.

35.  Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36.  Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.



seindah hiasan adalah wanita solehah...

....KETENANGAN KU...

KESELESAAN TUBUH KERANA SEDIKIT MAKANAN******

****KESELESAAN JIWA KERANA SEDIKIT DOSA  

KESELESAAN HATI KERANA SEDIKIT KEINGINAN**

******KESELESAAN LISAN KERANA SEDIKIT BICARA******

(DR. AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI)
******************************************************************************************************
MARILAH MENSYUKURI SEGALA NIKMAT YANG DIANUGERAHKAN
 ~ANTARANYA NIKMAT KESIHATAN~
###############################################################################

ANGGUNLAH DUHAI WANITA

= ) hayya-hayya! read this....insya Allah... Anggunlah bersama Islam duhai Wanita....( =

 ~ Sekelumit Nasihat Bermakna Dari Penulis Buku; 
"JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA" 
(Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni, 2012)


**TAJUK : ANDA AKAN MENJADI WANITA PALING ANGGUN DI DUNIA**

"SEMUA KEJADIAN, BETAPA PUN PARAHNYA, PASTI BERHUBUNGAN LANGSUNG 

"SEMUA KEJADIAN, BETAPA PUN PARAHNYA, PASTI BERHUBUNGAN LANGSUNG DENGAN KELAPANGAN DALAM WAKTU YANG DEKAT"


Anda,
~ Dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. 


~ Dengan akhlak anda, anda lebih harum dari minyak wangi dengan sikap tawadhu' anda, anda lebih tinggi purnama.


~ dan Dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis.



Oleh itu
~ peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan hijab yang menutup aurat.




..............Ketahuilah bahawa..............
Perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang Subuh, 
dahaga mu di tengah hari yang panas kerana puasa,
derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah,
  air mata taubat,
 sujud panjang di atas hamparan sajadah dan 
malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.




****Jadikanlah takwa itu bak pakaian, 
nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal.
****Jadikanlah rasa malu sebagai baju  kurung anda, 
nescaya  anda manjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut.
 Hindarilah oleh anda rutin hidup  seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita  fasik dan non-muslim,
 yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, 
kerana seseungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam.

Mafhum dari firman Allah S.W.T.  (Surah al-Lail :ayat 15):
"Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka"



Bekalan.........................
Di setiap tempat, pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan anda.
Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi anda sendiri.  


***SEKIAN***

Wednesday, April 11, 2012

Syeikh Fathi Yakan


Pemergian Syeikh Fathi Yakan sememangnya meninggalkan bekas yang mendalam di hati-hati umat Islam seluruh dunia. Kehadirannya adalah sebuah kurniaan besar dari Allah, dan pemergiannya yang tidak disangka juga adalah fitrah kehidupan yang telah Allah tetapkan. Semua jiwa-jiwa yang telah dipinjamkan akan menemui Tuhannya.
Tidak ada seorang pun yang akan terselamat, walaupun dibina tembok yang tinggi, mempunyai doktor yang hebat dan membina dinding kukuh berisi besi. Jika ajal telah tiba, tidak akan sesekali Allah lewatkan atau percepatkan. Firman Allah, “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)
Lubnan atau lebih tepat lagi Tripoli pasti menangisi pemergian tokoh ini. Di sinilah tempat beliau dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1933. Tokoh ini tidak asing dalam dunia pergerakan islam, lebih-lebih lagi bagi Ikhwan Muslimin. Pengaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang peri-pentingnya dakwah islamiah dalam kehidupan seharian. Malahan tulisan-tulisan beliau bukan sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur iaitu “maza ya'ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam.
Beliau dikenali sebagai insan yang bukan sekadar berteori semata, tetapi melaksanakan apa yang dikata. Kehadirannya di tengah-tengah masyarakat dalam menyampaikan risalah-risalah Islam dalam kuliah-kuliah di masjid dan pelbagai tempat, menambahkan lagi ketokohan beliau di mata masyarakat. Seperti kebanyakan tokoh-tokoh gerakan Islam yang lain, beliau juga tidak terlepas dari dipenjarakan. Tulisan dan penglibatan beliau dalam gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan dan memerbahayakan pemerintahan. Atas alasan itu beliau telah dipenjarakan, malahan beliau turut diseksa dengan pelbagai cara.
Tetapi dugaan dan cubaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menyebarkan risalah Tauhid dan mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Cubaan itu hanyalah secebis ujian yang Allah berikan kepada beliau. Malahan ujian itu dianggap sebagai penanda aras sejauh mana imannya kepada Allah. Selaras dengan firman Allah yang bermaksud, “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (al-Baqarah:214)
“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat. Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.” Ucapan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ini sesuai untuk ditujukan kepada tokoh seperti Syeikh Fathi Yakan. Kehidupannya dipenjara tidak disia-siakan begitu sahaja. Jika Syed Qutb menghasilkan Tafsir Fi Zilalil Qur’an di penjara, begitu juga dengan HAMKA dengan tafsir Al-Azhar, maka beliau juga turut menghasilkan tulisan-tulisan ketika mendekam di dalam penjara. Namun tulisan-tulisannya disasarkan khusus untuk para pemuda dan pemudi Islam. Beliau berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah asset Islam yang harus dikejutkan dimotivasikan dengan semangat dan nilai-nilai Islam.
Kata Syeikh Fathi Yakan ketika membicarakan tentang para pemuda dan pemudi ini. Katanya, “Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”
Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah agen perubahan kepada Daulah Islamiyah. Tokoh yang mempunyai kelulusan Master dalam bidang Kejureteraan dan Dokterat dalam bidang Pengajian Islam dan bahasa Arab ini akhirnya pergi menghadap Illahi pada tanggal 13 Jun 2009. Sesungguhnya permergian beliau bagaikan kehilangan sebutir mutiara di dasar lautan. Moga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syurga Firdaus.
Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah, bahawa Allah tidak akan sesekali menghilangkan ilmu pengetahuan sekaligus dari dada-dada manusia, tetapi mematikan para alim-ulama’. Dari Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadis direkodkan Imam Muslim)
Artikel asal dari yussamir.com

Tuesday, April 10, 2012

Ikrimah bin Abu Jahal Radhiallahu ‘Anhu



Siapakah diantara kita yang tidak mengenal nama ini, Abu Jahal ‘Amr bin Hisyam, lelaki yang dihormati kaumnya sebelum baligh? Memang benar jika kita mengatakan bahwa dia adalah junjungan  bagi kaumnya, lelaki yang terhormat, ditaati, dan mempunyai pangkat dan kekuasaan.

Akan tetapi, dia telah mengubur dirinya dalam pasir-pasir kekafiran, padahal jika dia menghendaki, dia dapat menghidupkan dirinya itu  dengan menggunakan cahaya iman. Karena itulah, ia berhak untuk mendapatkan laknat Tuhan daripada keridhaan-Nya.
Abu Jahal adalah Fir’aun umat ini. Ia hidup di Makkah sebagai musuh Allah dan Rasul-Nya. Ia selalu berusaha membunuh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia melihat sejumlah ayat (tanda kekuasaan) Allah dan sejumlah mukjizat, tetapi mata hatinya telah lebih dulu buta sebelum mata kepalanya. Karenanya,ia pun menjadi seperti setan yang sangat pembangkang.
Sering kali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya merasakan gangguan dan pengingkarannya. Akan tetapi, suatu hari beliau berharap dia masuk Islam. Beliau bersabda:
Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan ‘Amr bin Hisyam atau ‘Umar bin Khattab.”
Allah mengabulkan doa Rasulullah ini, sehingga orang yang paling baik diantara kedua itu adalah ‘Umar bin Khattab yang pada akhirnya dia masuk Islam, sedangkan orang yang paling jahat diantara keduanya adalah Abu Jahal yang senantiasa memusuhi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Sesungguhnya Abu Jahal adalah pengatur siasat perang Badar bagi musuh Islam. Ia berkeinginan memberikan pelajaran bagi umat Islam. Akan tetapi, ia telah tertipu setannya bahwa ia akan mengalahkan nabi dan para sahabatnya dan tiba-tiba ia mati terbunuh berlumuran darah; dan sebelum mati, ia sempat berkata: “Bagi siapakah kemenangan hari ini?” Maka dikatakan kepadanya: “Bagi Allah dan Rasul-Nya.”
Mendengar itu, Abu Jahal mencela kaum muslimin dan bertambah kafir. Hal ini membuat RasulullahShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya Fir’aun umat ini lebih parah daripada Fir’aun Musa.”
Memang benar, Fir’aun musa beriman saat akan meninggal dunia meskipun Allah tidak menerimanya. Adapun Fir’aun arab ini mati dalam keadaan kafir dan mencela Allah dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Dalam kondisi yang buruk penuh dengan kedengkian terhadap Islam dan nabi-Nya, tumbuh seorang remaja yang bernama Ikrimah. Ikrimah melihat ayahnya di Makkah tidak henti-hentinya memusuhi umat Islam, kemudian melihat kaumnya kalah dalam perang Badar. Ia kembali ke Makkah tanpa disertai ayahnya seperti ketika dia berangkat ke Badar. Ia membiarkan ayahnya tewas di tangan pasukan Islam, bahkan sampai penguburannya pun ia membiarkannya.
Adapun dalam perang Uhud kondisi sedikit berbeda. Pasukan Quraisy keluar dengan membawa pasukan kuda dan kebesarannya. Ikrimah berada dalam pasukan inti bersama Khalid bin Walid yang menjadi pemimpin pasukan sayap kanan. Bahkan Ikrimah membawa istrinya, Ummu Hakim, yang bertugas menabuh rebana bersama dengan Hindun binti ‘Utbah. Saat itu, Ummu Hakim mendendangkan syair:
Ayolah, wahai bani ‘Abdid Dar
Ayolah, para pembela kaumnya
Pukulah musuhmu dengan pedang
Para pasukan kafir ini menjadi bersemangat. Ikrimah mengendarai kudanya yang dikendalikan setan dan kedengkiannya untuk memusuhi Allah dan Rasul-Nya. Tetapi, Ikrimah meletakkan di depan matanya peristiwa tewasnya sang ayah di tangan kaum muslimin pada perang Badar. Sampai akhirnya peperangan berakhir dengan kemenangan di tangan pasukan kafir. Akan tetapi, kemenangan mereka itu merupakan kemenangan  yang tidak sempurna, sebab mereka takut serangan kaum muslimin, sehingga mereka lari menuju kota Makkah.
Dalam perang Khandaq atau Al-Ahzab, Ikrimah adalah salah satu dari ribuan anggota pasukan kafir yang mengepung kota Madinah, kota Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan orang-oranng Islam. Akan tetapi, mereka tercengang ketika melihat parit besar yang belum pernha mereka lihat sebelumnya. Parit ini membuat senjata-senjata di tangan mereka tidak berguna. Mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Pengepungan pun berlangsung lama. Ikrimah tidak sabar, maka ia keluar bersama dengan ‘Amr bin Wud untuk mengajak pasukan Islam melakukan pertandingan jawara (duel satu lawan satu) dari kedua pasukan. ‘Ali radhiyAllahu ‘anhu keluar menanggapi ajakan ini. ‘Ali melawan ‘Amr bin Wud dan memperoleh kemenangan karena berhasil memenggal kepala ‘Amr bin Wud dan melemparkannya pada pasukan musyrik.
Melihat kejadian ini, Ikrimah takut sehingga ia lari seperti tikus yang ketakutan. Ikrimah meninggalkan peralatan perang dan barang-barang lainnya. Oleh karena itu, ‘Ali radhiyAllahu ‘anhu mengambilnya dan memberikannya sebagai hadiah untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Allah memenangkan Islam dan kaum muslimin. Mereka berhasil menaklukkan kota Makkah. Akan tetapi, kemenangan ini tidak terlepas dari perlawanann  kecil. Ikrimah bersama dengan Shafwan bin Umayyah, Suhail bin ‘Amr, dan seorang lelaki dari bani Bakar (namanya Hammas bin Qais) melakukan perlawanan terhadap kaum muslimin.
Ketika melihat apa yang dilakukan Qais, istrinya berkata: “Wahai Hammas, apa yang kamu persiapkan?”
“Aku mempersiapkannya untuk Muhammad,” ujar Hammas.
Demi Allah, kamu tidak akan mampu melawan Muhammad dan para sahabatnya,” tukas istrinya.
Dengan sombong Hammas berkata: “Kami akan membunuh mereka dan kamu akan mempunyai pembantu dari mereka.”
Sementara itu Ikrimah bersama teman-temannya berkumpul di tempat yang dinamakan Al-Khandamah mereka ingin melakukan permusuhan dan perlawanan terhadap kaum muslimin. Akan tetapi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meladeni mereka dengan mengajukan pedanngnya yang terhunus, yaitu Khalid bin walid (yang mempunyai julukan Saifullah wa Rasulihi Al-Maslul yang berarti pedang Allah dan Rasul-Nya yang terhunus). Maka mereka kalah dan lari tunggang langgang, termasuk juga Hammas. Oleh karena itu, Hammas masuk ke rumahnya dan menutup pintunya, kemudian dia mengucapkan syair:
Sungguh andai kamu menyaksikan hari Al-Khandamah
Saat Shafwan dan Ikrimah lari kalah
Kami disambut pedang-pedang muslim
Yang memotong-motong setiap tengkorak kepala dan tangan

Pelarian Ikrimah bin Abu Jahal

Ikrimah lari, sementara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengizinkan untuk membunuhnya bersama sembilan orang lainnya. Melihat ancaman mati dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ini, Ikrimah melarikan diri ke Yaman. Pada saat itu istrinya yang bernama Ummu Hakim masuk Islam dan meminta perlindungan dan keamanan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk Ikrimah, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya: “Dia aman”
Ummu Hakim melakukan perjalanan untuk mengembalikan suaminya ke Makkah. Dalam perjalanannya ini, ia ditemani seorang lelaki Romawi. Lelaki ini melihat adanya kesempatan untuk berbuat mesum karena mereka hanya berdua saja, sementara jarak perjalanan sangat jauh. Akan tetapi, Ummu Hakim menolaknya hingga akhirnya mereka berdua sampai di suatu pantai. Disinilah takdir menundukkan Ikrimah.
Ikrimah berkata kepada salah satu seorang nahkoda kapal: “Bawalah aku sampai ke Yaman dan aku akan memberikan apa yang kamu inginkan.”
Nahkoda kapal berkata, “Tidak, kecuali kamu ikhlas.”
“Bagaimana cara berikhas?” Tanya Ikrimah.
Kamu bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad utusan Allah.” Jawab nahkoda kapal.
Dengan kesal Ikrimah berrkata: “Ini adalah Tuhan Muhammad yang kami diajak kepada-Nya.”  Ikrimah mengetahui bahwa tidak ada Tuhan selain Allah. Ia berputar. Ia kaget, karena di depannya terdapat istrinya. Istrinya berkata: “Aku datang kepadamu dari manusia yang paling baik, mannusia yang paling penyayang, manusia yang paling santun, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku telah meminta perlindungan dan keamanan untukmu darinya. Beliau telah menjamin keamananmu, maka janganlah kamu binasakan dirimu sendiri! Kembalilah, karena sesungguhnya kamu akan aman.”
Ummu Hakim menceritakan hal ihwal pemuda Romawi yang bersamanya. Ia telah meminta bantuan kepada sebagian orang-orang pedalaman dan mereka mau memberikan bantuan. Ia masih tetap bersama dengan pemuda ini, sehingga nafsu pemuda ini tertuju kepadanya. Maka dalam perjalanan menuju Makkah, Ikrimah pun membunuh pemuda tersebut.
Saat diajak berduaan oleh Ikrimah, Ummu Hakim berkata: “Wahai Ikrimah, sesungguhnya kamu musyrik, sedang aku muslimah. Allah telah mengharamkan diriku atasmu.” Kata-kata yang seperti panah ini telah menancap di hati Ikrimah, sehingga hati Ikrimah pun terluka dan pikirannya menjadi kacau balau.
Sementara di Makkah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri diantara para sahabatnya sambil bersabda: “Sesungguhnya Ikrimah bin Abi Jahal akan datang kepadamu dalam keadaan beriman dan berhijrah, maka janganlah kamu mencela ayahnya, karena mencela orang yang sudah mati dapat menyakitkan orang yang masih hidup, walaupun celaan itu tidak sampai kepada orang yang sudah mati.”

Masuk islamnya Ikrimah bin Abu Jahal

Ikrimah pun datang. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Selamat datang, pengendara yang berhijrah.”Beliau berdiri kepadanya, meluaskan kain untuknya, dan menyambutnya dengan sebaik-baik sambutan.
Ikrimah berkata: “Aku mendengar bahwa engkau telah menjamin keamananku, wahai Muhammad ?”
“Ya sungguh kamu aman,” jawab Rasul
“Untuk apa kamu menngajakku ?” tanya Ikrimah.
“Untuk menyembah Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu  bagi-Nya, melaksanakan shalat, membayar zakat, menunaikan puasa, dan berhaji di Baitullah,” kata Rasul.
Ikrimah berkata: “Demi Allah, engkau tidak mengajakku, kecuali kepada kebenaran; dan engkau tidak memerintahku, kecuali kepada kebaikan.” Ikrimah mengulur tangannya dan bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.
Ikrimah berkata: “Wahai Rasulullah, aku memohon kepadamu untuk mengampuniku atas setiap permusuhanku terhadapmu, setiap jejak langkahku, setiap kesempatan aku bertemu denganmu, dan setiap perktaan yang aku ucapkan dihadapanmu atau tidak dihadapanmu.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa untuk Ikrimah:
 Ya Allah ampunilah setiap permusuhan yang dilakukannya terhadapku, setiap jejak langkahnya yang ia inginkan untuk memadamkan cahaya-Mu. Ampunilah perkataan yang diucapkan guna merendahkan martabatku, baik ketika dia berada di hadapanku maupun tidak dihadapanku.”
Ikrimah berkata: “Wahai Rasulullah, tidaklah aku mengeiuarkan satu hartapun yang telah aku gunakan untuk memusuimu, kecuali aku juga akan menginfakkan harta yang sama di jalan Allah.”
Setelah masuk Islam, Ikrimah bersumpah: “Demi Dzat yang telah menyelamatkanku saat perangBadar.” Ia bersyukur kepada Tuhannya karena ia tidak mati terbunuh dalam perang Badar (karena pada waktu itu Ikrimah masih dalam keadaan kafir, red). Ia masih tetap hidup sampai akhirnya Allah pun memuliakannya dengan Islam. Ia selalu membawa mushaf sambil menangis: “Kitab Tuhanku ! Kitab Tuhanku !“

Syahidnya Ikrimah bin Abu Jahal

Pada saat perang Yarmuk meletus dengan hebatnya dan pasukan Romawi hampir mengalahkan pasukan Islam, maka singa buas Ikrimah pun bangkit dan berkata: “Minggirlah, wahai Khalid bin Walid, biarkan aku menebus apa yang telah aku dan ayahku lakukan. Dulu aku memusuhi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apakah sekarang aku akan lari dari pasukan Romawi ? Demi Allah tidak, selamanya tidak akan terjadi !”
Ikrimah berteriak: “Siapa yang akan membaiatku untuk mati ? “
Pamannya Harits bin Hisyam, dan juga Dhirar bin Al-Azwar berdiri untuk membaiatnya. Ikut bersama mereka 400 pasukan muslim. Mereka memasuki arena peperangan hingga mereka dapat mengalahkan pasukan Romawi, dan Allah pun memberikan kemenangan dan kemuliaan bagi pasukan-Nya.
Perang pun selesai. Ikrimah tergeletak terkena 70 tikaman di dadanya, sedang disampingnya adalah Al-Harits bin Hisyam dan Ayyasy bin Abi Rabi’ah. Al-Harits memanggil-manggil meminta air namun ia melihat Ikrimah sangat kehausan maka ia berkata: “Berikanlah air kepada Ikrimah.” Ikrimah melihat Ayyasy bin Abi Rabi’ah juga sangat kehausan, lalu ia berkata: “Berikanlah air kepada Ayyasy.” Ketika air hampir diberikan, Ayyasy sudah tidak bernyawa. Para pemberi air dengan cepat menuju Ikrimah dan Al-Harits, namun keduanya pun sudah tiada untuk meminum air surga dan sungai-sungainya.
Sumber: Kisah Teladan 20  Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam untuk Anak, Dr. Hamid Ahmad Ath-Thahir, Irsyad Baitus Salam, 2006 (Dipublikasikan ulang oleh KisahMuslim.com)


Kata Kunci Terkait: ali bin abi thalibkisah sahabatabu dzarhamzahpeperangan nabiabu jahal,ikrimah bin abu jagalzaidsahabat nabi