Pada
zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tak
mempunyai zuriat. Lalu, terdetik dalam hati dia (nazar),"kalau aku dapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita,
isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki
ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat
pd zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.
kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi
kena denda(dam) atau sedekah. Tapi, kalau zamanNabi Musa, barangsiapa
bernazar,walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang
dapat anak tu, dengan susah hatinya, pun pegilah bertemu dengan Nabi-Allah
Musa. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa
menjawab bahawa lelaki tu tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan
minum air yang lebih hina dr air kencing anjing hitam.Nabi Musa perintahkan
lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dr bumbung rumah orang yang
meninggalkan sembahyang dan minum air tu. Lalu, lelaki tu pun senang hati,
menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihat..
betapa hinanya org yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dr
bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung
rumah,belum air tangan lagi.Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan
masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat ,
sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan, nasi, dsb. anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang
dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org
tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dengan kita ni.. pagi
petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu..ada pulak segelintir tukang
masak yang tak solat.. kita pun makan bekasair tangan dia.. gelap lah hati
kita.. sebab tu liat nak buat keja2 yangbaik. beware apa yang kita makan...
betapa beratnya amalan solat ni,hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj,sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui
Jibril a. s.Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina
Ali(&untuk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."maknanya
,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah org2yang lemah
di bawah tanggunganmu. " jadi, sama2lah kita pelihara solatkita, dr segi
zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula2akan ditimbang di
neraca Mizan kelak