Followers

Sunday, March 10, 2013

Jom belajar buat tudung labuh....

Assalamualaikum....

entry kali ni ana nak ajar cara nak buat sendiri tudung labuh....

mungkin tudung ni tak ramai yang nak pakai....tp tudung ni senang di pakai dan mudah dibuat....kosnya pun murah jek....

as simple as ABC



hurm....like this...

tentu tak ramai nak pakai kan??? dengar labuh jek pun orang dah fikir macam2....

macam selimut la...n....mcm2 lah tanggapan dan kata2 orang yg tak mahu mencuba untuk memakainya....

tp kat sni ana nak ajarkan cara buat tdung labuh ni....yg sangat mudah dan jimat sangat....

tak macam tdung yang dijual kat luar sana...yg kecik tp mahal harganya.....

sebab apa kita kena labuhkan tdung??

sebabnye!!!


ok 1st step untuk buat tudung ni...kenalah sediakan bahan-bahannya....(mcam nak masak plak)...

ok bahan-bahannya adalah:

1. mestilah kain tudung


kain untuk buat tudung labuh ni tak boleh dibeli sebarangan tau...x semua kain bleh buat tdung labuh ni...

::: syarat dia :::

- G kedai dan tanya penjual kedai tu ada tak tudung untuk buat kain tdung labuh
- bidang 60
- kalau nak saiz standard mintak dalam 1 meter setengah
- kalau agak besar badan...minx la 2 meter ke...hurm
- dia ada byk jenis kain...tp yang ana suka pakai kain jenis "koshibo" (tak lembut sgt, tak keras sgt) dan senang dibentukkan pd muka....

harga biasanya semeter dalam 7 ringgit...kalau 2 meter stgh paling murah ana pernah dpat 9 ringgit dan plg mahal penah jumpa dalam 12 ringgit...

pandai2 la tawo kat org kedai tu yerk...

2. mestilah gunting untuk gunting kain tu kan

make sure tajam untuk mudahkan kerja potong kain...

mak ana tukang jahit...dia cakap...kalau gunting potong kain tak boleh kita gunakan untuk potong kertas atau bnd2 selain kain.....nnti gunting tu cepat tumpul....

hehe....petua orang tua2....tp ada betulnya tau...bukan petua sebarangan kay

3. benang 


kenalah sesuai dengan warna tudung...kalau kain tdung hijau gunalah benag hijau....kalau kain tdung biru kena guna benang biru...hehe....npe msti hijau dan biru ni??? mcm ada unsur lain plak kan....hehe

just example....

tp kalau nak guna warna standard yang boleh masuk dgn smua colour for example....warna putih untuk semua tdung yg warna terang n warna hitam suitable dgn semua tdung yg warna gelap....ok...ikut pilihan anda....

4. jarum peniti???


ni nmenye jarum peniti bg sesiapa yg kt luaq sne yg xtau kay....cek gtau....jarum apa???

peniti ok!!!

ok kte dah nak start buat tdung ni....tak sabarnyeeeeeer....

:::: mula2 kte start dgn potong kain dlu ea  :::

eh cilap....mula dgn bismillah okai...

ok jom potong kain....


ok bentangkan dulu kain yang dipilih untuk dibuat tdung tu....

cantumkan hujung dgn hujung hingga membentuk segi tiga...

mcm dalam gambar tu....biasalah dlm gambar tu tak sme kan cantuman dia....sbb ada kesilapan teknikal pd kain tu mse akak kedai tu potong....terlebih 1meter stgh...tu yang ada lebih tu ble dicantumkan....hurm cantumkan dlu...jangan tak cantum tau...

bentang kain tu kat tempat luas....untuk bg keselesaan kat kain tu kay....hehe


dah siap bentang tu....then anda semua bentang plak kain tudung contoh

kain tudung contoh tudung labuh yang dah siap dibuat....untuk ikut ukuran tudung tu....

kalau xde kain tdung contoh tu....bleh la pnjam spe2 yang ada tdung labuh yang bleh dijadikan contoh yerk....untuk tau saiz...make sure try dulu kan tdung cth tu....untuk anda dapatkan keselesaan untuk tdung baru anda nnti...

yela kot2 nak adjust apa2 ke nnti kan....

hamparkan kain tdung cth tu atas kain yang dibentangkan td....mcm dlm gmbar atas tu....


then, letakkan peniti supaya kain tdung cth dan kain yang hendak dipotong td tu melekat antra satu sme lain....letakkan peniti di sane sni....suka ati la nak letak kat ne....jnji lekat kedua-dua kain tu....n tak terbukak....nnti susah plak kerja memotong kain tu...

yela...ble tak letak peniti....nnti tyme potong tu kain nye akan bergerak2,...kan susah...tu yg kne letak peniti tu kay ;-)


::: letak lagi :::


::: dan lagi :::

okai


ok sekarang kte potong kay....potong kain tu ikut mcm dlm gambar ni....kena lebihkan sket dri ukuran tdung cth....sebabnye kalau silap kte leh ptong lagi kan....

kalau agak labuh sangat....potong lagi..kecilkan sedikit lebihan kain drpd cth tdung cth tu....apa ana ckp ni (mcm india kan)....hehe...

kesimpulannya kena potong lebih lar dri ukuran sbnr tdung cth....


sekarang kte nak buat line kat tdung tu....untuk tentukan tmpt mana yang perlu dijahit nnti...

buka pelahan-lahan bahagia hujung tdung cth.... (jika anda letakkan peniti pd hujung tdung tu mse kerja memotong td)...

tp jgn buka semua dulu (tdung cth td)...

apbila tbe bahagian tengah (yg ada line jahitan) berhenti kat situ kay....sbb kte nak ikut line tu....untuk kita amik line pd tdung cth td dan buat line tu kat tdung yang akan kte buat nnti...

line tu kte akan gunakan untuk kerja menjahit...


kalau xnk buat line bleh gak...just letak jek peniti ikut garisan pd jahitan pd tdung cth td....mcm dlm gambar....sbb nye kalau buat garisan guna warna biasanya garisan akan senget,so jahitan tdung nnti pun akan jd senget la...so it's better kalau kne letak peniti shj....

tp kena make sure selaras dengan garisan pd tdung cth tu td kay


kain yang telah siap dipasang dengan peniti....nampak tak....atas tu yg warna  coklat tu tudung cth td...


pandangan dri hadapan....mcm tu lah lebih kurang...

dah ready nak jahit???

jom!!!


ok bukak tudung tu tadi....tanpa membuang peniti yang kte wat garisan td tu....

bukak tdung tu sampai pada garisan yang kte pasang peniti td tu kay....


tudung yang telah siap dibuka hingga bahagia tgh yang dipeniti td...

mcm ni jadinye...bentuk dia....(gambar diatas)

ni belum dijahit lagi tau....tp anda bleh try sarungkan pd muka...dan letakkan kerongsang pd leher....untuk tentukan setakat mana anda perlu jahit bahagian tgh tudung tu....jgn terlalu ketat...nnti ada plak yang tercekik pakai tdung ni plak...hehe...

tp buat mse ni belum ada lg yerk yang tercekik mse pakai tdung ni....msih selamat dalam perlindungan Allah....insyallah....


mcm ni kay letak kerongsang nyer....


dah nak mula menjahit dah....sebelum tu masukkan benang dalam jarum jahit (yang ada lubang kat hujung tu) -bukan jarum peniti kay...jangan salah jarum plak....

masukkan sebanyak 2 kali benang bersamaan 4 lapisan...untuk biarkan jahitan pada tudung tu nampak tebal....ala2 macam benang sulam...dan jahitan pd tudung akan tahan lama...tak mudah terbuka....

(ni bg sesiapa yang nak jahit guna tangan la)

bg yang nak guna mesen....lg senang....jahit sahaja pada laluan yang dipasang jarum peniti tu td....make sure jahit dulu garisan jarum peniti tu dengan 1 jahitan kasar dulu....nnti leh la bukak jarum peniti tu...then bleh jahit guna mesen....sebab nye kalau terus jek jahit guna mesen jahit dengan keadaan jarum peniti msih melekat pd kain...agak berbahaya untuk anda dan mesen anda....so it's better bukak dlu yerk...

nak lebih selamat....gunakan kepakaran anda menjahit dgn menggunakan tangan jek....as simple as me....hehe


kalau nak jahit guna tangan plak...jangan lupa simpulkan benang tu dulu kat hujung sekali...supaya tak mudah terbukak jahitan tu...dan untuk matikan jahitan...


jahit pd bahagian ni tau....bahagian tgh td yang dipasangkan peniti td...


mulakan jahitan dari bawah kain....dan keluar pada atas kain supaya nampak lebih kemas....dan matikan jahitan supaya permulaan jahitan itu lebih ketat pd awalnya....


teruskan menjahit mengikut corak jahitan yang sesuai seperti "insang pari" atau sebagainya....ikut kesesuaian dan kemahiran anda....teruskan menjahit sehingga sampai kepada bahagia yang anda pinkan guna kerongsang td kay....

dah siap jahit tu...

tepi tudung tu kan agak berbulu kan....anda bleh bakar bulu tepi tudung tu guna lilin...atau anda hantar kedai untuk jahit tepi atau sulam ke....ikut la...

sebelum tu try la dulu tudung tu....kalau agak besar leh la potong sket....untuk ikut saiz anda....tp kalau terkecik alamat x leh la ana nak tolong....biar terbesar...jgn terkecik plak...

apa2 pun must be follow on our syariat....td terlalu keterlaluan dalam setiap perkara....

Rasulullah s.a.w pun skekan sesuatu yang sederhana....tak kira la dlm apa pun perkara....dalam berpakaian....makanan dan sebagainya....

so???

apa tunggu lagi??

anda tak ingin mencuba???

ana dah cuba; anda?? bila lagi?????

hopefully hidayah from Allah can come to u all...

transfer to the beuty of Islam...

come on girls...

Assalamualaikum!!




Monday, March 4, 2013

LOGO KEMPEN JOM TUTUP AURAT


LOGO RASMI KEMPEN JOM TUTUP AURAT ANJURAN AL ISLAH 

Bismillahirrahmanirrahim ...


PELIHARALAH AURAT KAMU WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT .. 



“Wahai anak cucu Adam, sesunggunya kami telah menyediakan untuk menutupi auratmu dan menghiasi dirimu. Tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Demikianlah bahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka ingat” (Al-A'raf-7:26)


kepada semua pengunjung laman ini ambillah apa yang baik dalam laman ini dan kongsilah kepada yang lain. ini bertepatan dengan hadis :

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.
Faedah daripada Nas
Hadis yang dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »

Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Antara faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadis ini:

1) Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya sepotong ayat.

2) Berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat Bukhari : “Demi Allah, sekiranya seorang lelaki
memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”

3) Kalimah ‘Anni (dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga daripada Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya.

4) Ancaman keras daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu tetapi mendustai nya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu itu daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak pernah bersabda mengenai perkara itu. Takutlah dengan ancaman keras ini !!!

5) Sepatah perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada berborak panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berbicara, kerana satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt.

Jom Aplikasikan Hadis Ini

Jadi insyaAllah marilah sama-sama kita memeriahkan lagi kempen ini. dan kempen ini bukan hanya untuk sebulan atau setahun bahkan kempen ini perlu dipanjang-panjangkan hingga akhir hayat. insya Allah. 

takbir~

Allahuakbar .. !






KEMPEN JOM TUTUP AURAT [POSTER]


Demi Tuhan yang rohku dalam tangan-Nya, tidak beriman sesiapa pun antara kamu hinggalah dia inginkan kebaikan bagi saudaranya sepertimana dia inginkan kebaikan itu untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

[KEMPEN JOM TUTUP AURAT]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Kempen Jom Tutup Aurat yang bertemakan “yang tertutup itu indah” ini merupakan program yang julung-julung kalinya. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas mengenai konsep menutup aurat yang bukan sahaja lebih tertumpu kepada wanita tetapi, kewajipan tersebut juga untuk kaum lelaki. Dengan adanya kempen seperti ini maka penguna-penguna facebook ini akan mendapat pendedahan secara tidak langsung mengenai kewajipan menutup aurat sebagai seorang muslim menerusi poster-poster kempen yang di masukan kedalam page dan dan juga risalah-risalah yang berkaitan dengan konsep menutup aurat yang akan diedarkan kepada mereka. Dengan adanya kempen seperti ini maka personaliti individu muslim yang mengikut syariat Islam dapat dibentuk sepertimana yang disyariatkan.