Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca.. InsyaAllah kali ni entri mengenai perubahan dalam diri kita supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya.. :) semoga bermanfaat..
Bismillahirrahmanirrahim..
Kalau kita ingin berubah menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah Allah akan hadirkan orang yang baik-baik di sekeliling kita.
Perubahan atau penghijrahan diri memang sukar bagi sesetengah orang. Mungkin kerana risau terhadap pandangan orang lain dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Tapi, sampai bila kita nak dahulukan pandangan orang lain lebih daripada pandangan Allah terhadap kita. Sedar atau tidak, kita dah abaikan perasaan Allah semata-mata untuk peroleh kata-kata manis dari manusia..Namun, ada sesuatu yang lagi susah iaitu Istiqomah dalam melakukan kebaikan.
Namun, kadang-kadang, ada juga insan yang berubah dengan drastiknya sehingga kecundang di akhir perjalanan. Sahabat-sahabat, perubahan dalam diri perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan apabila kita berjaya melakukan langkah pertama, istiqomahkan diri supaya terus dalam jalan-Nya. Sumpah, bila kita ingin berubah, banyak cabaran yang akan kita hadapi. Tapi insyaAllah dengan bantuan Allah, semua cabaran kita dapat tangkis dengan jayanya. Yeay!
Antara tips-tips untuk menghijrahkan diri kepada yang lebih baik ialah:
1. Niat kerana Allah
2. Letak target
3. Mencari suasana dan rakan yang baik
4. Bersabar dengan cemuhan
5. Berdoa kepada Allah
Niat. Lakukan semua perkara kerana Allah insyaAllah semua perkara yang kita lakukan mendapat keredhaan dariNya. Jangan berubah kerana kawan, boyfriend, girlriend kerana bila mana mereka meninggalkan kita, perubahan tersebut akan terhenti. Tapi bila mana kita niat hanya kerana Allah, InsyaAllah ia akan kekal sampai bila-bila namun kita harus istiqomah.
Kadang-kadang kita perlu bijak memilih kawan, kerana kawan memberi pengaruh yang besar kepada diri kita. Dan kadang-kadang orang akan menilai diri kita berdasarkan kawan-kawan kita. Analoginya seperti kalau kita berkawan dengan pembuat minyak wangi (kawan yang baik), InsyaAllah kita turut menjadi wangi manakala kalau kita berkawan dengan pengutip sampah (kawan yang jahat), kita turut akan menjadi busuk. Tapi tidak semestinya kita tak boleh berkawan dengan 'pengutip sampah' itu tadi, cuma kita harus menjadi contoh yang baik supaya dia turut berubah.
Perubahan tak susah. Selagi tak ambil langkah pertama, selagi tu kita takkan berjaya untuk berubah. Jangan hiraukan apa yang orang lain kata, sebab semua tu tak beri mudarat pun pada kita. Kita harus yakin dengan janji Allah, jadi kita takkan hiraukan apa pandangan orang lain terhadap kita.
Perubahan hidup bermula daripada perubahan diri. Perubahan diri bermula daripada perubahan hati. Jaga iman, jaga solat. In shaa Allah, Allah jaga hati kita.
"Ya Allah, tetapkanlah hatiku, tetapkanlah imanku dan janganlah diperbolak-balikkan. Aamiin Yarabbal Alamin"
"Ya Allah, tetapkanlah hatiku, tetapkanlah imanku dan janganlah diperbolak-balikkan. Aamiin Yarabbal Alamin"
Selamat berhijrah ;)