Followers

Sunday, May 18, 2014

Sunday, May 4, 2014

Tips agar mudah bangun Subuh

Bismillahirrahmanirrahim..

1. TIDUR AWAL
Mulakan tidur selepas Isyak, mudah-mudahan dapat bangun tahajud sekali. Lagi Asyik!









2. MEMELIHARA ADAB TIDUR
Jangan abaikan sunnah-sunnah sebelum tidur seperti berwudhuk, tidur mengiring belah kanan, baca doa sebelum tidur, dan sebagainya.

3. MEMENUHKAN DADA DENGAN IMAN DAN AMAL SOLEH
Setiap hari jangan tinggalkan solat, solat diawal waktu, kemudian tambahkan amalan-amalan yang lain seperti membaca al-Quran, puasa sunat, sedekah dan sebagainya demi meningkatkan iman kepada Allah.  Lama-lama iman dan taqwa makin mantap, makin rasa bertanggungjawab untuk menunaikan kewajipan-kewajipan yang diperintahkan ke atas kita.

4. MENJAUHI PERBUATAN MAKSIAT













Maksiat akan memberi kesan kepada diri kita.  semakin banyak kita berbuat dosa, semakin parah 'hati' kita. Dosa-dosa itu umpama titik-titik hitam yang akhirnya akan menghitamkan seluruh hati.  Sudahlah hitam, berkarat pula, bertambah-tambahlah kerasnya bagaikan sekeras besi dan sehitam batu arang.  Jernihkan hati dengan istighfar, tinggalkan maksiat supaya Allah redha kepada kita dan kurniakan kita kebaikan-kebaikan, hidup pun menjadi lebih tenang, semuanya mudah termasuk mudah untuk bangun menunaikan solat subuh.

5. MENGETAHUI BALASAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Contohnya balasan terhadap orang yang meninggalkan solat subuh, dia akan dicampakkan ke dalam neraka selama 60 tahun.  1 tahun di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.  Agaknya berapa lama kita aan duduk di dalam neraka klau sekadar tinggalkan solat subuh untuk 1 kali tanpa ada keuzuran? Fuhhh, ngeriii...

6. MUJAHADAH
Yakni bersusah payah demi agama.  Ada satu benda dalam diri kita yang tidak suka kepada perkara-perkara agama,  yakni NAFSU.  Maka apa sahaja yang nafsu suka, LAWAN dan LAWAN sebaik mungkin.  Kalau mengantuk, BANGUN! Ingatlah, solat adalah kewajipan, satu perintah ALLAH yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat Islam.


7. DOA
Lahaulawala quwwata'illa billah....
Kita hanya mampu berusaha, tapi jiwa kita ini 'dipegang' oleh Maha Pencipta.  Kita takkan mampu melakukan apa saja tanpa pertolongan dari Allah.  Maka mintalah kepada Allah untuk membangunkan kita setiap pagi untuk menunaikan solat subuh secara BERJEMAAH.

Jom sama-sama kita amalkan =)