Jom luangkan sedikit masa untuk membaca entri ini.. mungkin kita tidak merasai apa yang mereka rasa, tapi sekurang-kurangnya kita hulurkan bantuan walaupun dengan menadah tangan kepada Ilahi.
Sedang kita leka dihiburkan dengan Piala Dunia, FIFA worldcup, saudara seIslam kita di Gaza bermati-matian mempertahankan Islam walaupun raga mereka hancur berderai di bom oleh penduduk Israel. Saat ini, apa yang kita korbankan untuk mereka. Masa kita lebih terluang kepada yang mana? Sekiranya kita sanggup bersenggang mata melihat FIFA selama 90 minit (tidak termasuk masa rehat dan iklan-iklan bagai), sanggupkah kita luangkan masa selama 90 minit untuk menadah tangan memohon perlindungan dari Allah terhadap saudara kita yang berada di Gaza.
Bersyukurlah kita yang lahir di Malaysia dapat berpuasa dengan aman, selesa dan tenang tanpa ada gangguan. Kalau kita perhatikan masyarakat Islam di Xinjiang, mereka dipaksa untuk berbuka. Manakala bagi penduduk Gaza, mereka bertarung nyawa di sana. Namun mereka tidak getar dengan halangan yang berada di hadapan kerana mereka yakin bahawa ada ganjaran yang lebih baik menanti sekiranya mereka syahid kerana memperjuangkan Islam. Beruntungnya mereka kerana dapat merasai apa yang para sahabat zaman dahulu ketika Perang Badar berlangsung yang mana juga pada bulan Ramadhan. AllahuAkbar!
Anak kecil di bumi Gaza terpaksa bertarung nyawa dengan bom. Walaupun mereka masih kecil namun semangat dalam diri mereka berkobar-kobar untuk melawan musuh. Cukup cukup berbeza dengan anak kecil di Malaysia yang mana pada ketika ini saya yakin semangat yang berkobar-kobar dalam diri mereka adalah untuk bermain mercun dan bunga api. Tak percaya? Cuba tanya nak main pertahankan Malaysia atau main bunga api? Saya andaikan jawapannya ialah bunga api.
pejamkan mata..tanya dalam hati..
kalau nak dibandingkan dengan penduduk Gaza dengan diri kita, sudah cukupkah pengorbanan kita untuk pertahankan umat Islam? Dapat tak kita melawan nafsu kita sendiri.
sesungguhnya jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu. :)