Followers

Friday, December 25, 2015

Maulidur Rasul 2015

Hadir mu bagai matahari
Cahyamu terang menerangi kami
Membawa panji obor keislaman sehingga
Dijulang serata pelusok alam

12 rabiul awal tahun gajah
Tatkala abrahah cuba menyanggah
Lahirmu tanpa ibumu siti aminah
Tiada bapamu Abdullah

Dalam dekad yang panjang
Suara langit berbicara
Memuji Muhammad yang mulia

Muhammad indah kalam bicara
Namamu terpahat dijiwa
Menceraikan dusta dunia
Menceraikan malang insan yang terleka
Terleka dengan buana cinta dunia jahil dan noda
Demi menyubur falsafah agung penuh makna
Yang terukir dalam ruhi seorang Muhammad

Ummati,
Ummati,
Ummati

Hingga akhir hayat mu
Masih ingt pada umatmu
Begitu cintany engkau kepada umatmu
Sedar dengan kalbu,lihat dengan mahu
Seorang insan mulia sehingga akhir jasadny
Sunnah mu al quran jadi pegangan sunnah mu jadi ikutan
Muhammad manusia agung tiada gantinya

Wednesday, December 16, 2015

SAKIT??

Assalamualaikum semua..semoga semua sihat2 yaa...


oklah..hari ni nak kongsi tentang sakit. Semua orang pernah sakit xkisahlah sakit yang ringan ataupun yang berat. Contohnya demam ke, sakit gigi ke, hatta sakit kepala pun sakit sebab xboleh nak buat kerja kalau sakit kepala..


Sakit ini ialah ujian. sebab apa saya kata ujian? jom kita lihat ayat ni

 “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.” (QS. Al-Baqarah: 155-156).

ujian yang mana Allah bagi sebab Allah tahu kita mampu dan boleh menghadapinya. Malah, ujian ini juga untuk mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah. Seterusnya, mari kita selami bait2 kata yang ditulis oleh fb Tarbiah Sentap...


Kadang-kadang..
Allah bagi hambaNya tertekan, stress dan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.
Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi hati semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan segala amal.
Tapi kadang kita lupa, Allah nak kita buat lebih lagi. Buat amal, amal, amal, amal, amal... Sampai kita dapat rasa kehangatan cinta dengan Allah.
Dapat menangis, rintih, tunduk dan sujud. Itulah yang sangat nikmat bagi orang beriman.
Dan, kadang kala benda tu kita akan rasa nak buat sungguh2 bila Allah UJI dengan pelbagai aspek.
Wallahi...
Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin TAK BERAPA nak rasa untuk buat amal, doa menangis-nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa tu lah kita akan sungguh2 jaga amal dan berdoa sampai menangis.
HARGAILAH DETIK fasa down ni. Hargai detik fasa tengah stress dan tertekan. Sebab Allah nak bagi kita kesedaran agar lebihkan SUJUD padaNya meminta ampun dari dosa yang sengaja dan tak sengaja.
Wallahi...
Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita dan Allah berseorangan diri.
Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, take time. Rehat dan Iktikaf di masjis untuk beberapa hari.
IKTIKAF. Cari ketengan di masjid. Baca Quran banyak-banyak dan zikir. Istighfar banyak2, selawat byk2. Ucap syukur pada Allah banyak2...
Wallahi.
Kita akan rasa tenang. Kita akan tersenyum di saat air mata kita berlinangan kerana Allah.


nah..baiknya Allah pada kita sebabnya masih lagi memberikan kesempatan kepada kita dalam kesempitan.. Jadi!!! jom semua bersangka baik dengan Allah bila ditimpa ujian xkisahlah sakit, musibah atau apa sahaja yang dapat mengingatkan kita kepada Allah.. 

wallahua'lam


Wednesday, November 18, 2015

mana kawan, mana musuh?

Assalamualaikum.

Ingat tak lagi? Mana-mana kita pergi parents selalu berpesan rambut sama hitam, hati lain-lain. Hati-hati dalam memilih kawan. Kalau baik kawan kita, baiklah jugak kita. Kalau jahat kawan kita, terpengaruhlah kita dengan akhlak dia.

Pepatah arab pun ada kata,
Berkawan dengan pembuat minyak wangi, maka kita pun terjangkit bau wangi. Tapi kalau berkawan dengan si tukang pembuat besi. Habis baju kita koyak-koyak terkena percikan api dan lebih dasyat lagi, bau besi melekat pada kita.

Sejauh mana kita ambik pesanan orang tua-tua dan semat dalam hati dan diri?
Mereka pesan kerana mereka pernah merasai. mereka nasihat kerana mereka sayang kita. Bila dah besar panjang, kita mampu nilai yang mana kawan yang mana musuh. Musuh dalam erti kata saya ialah, kawan yang boleh bagi pengaruh tak elok.

Kalau kita berkawan dengan yang baik-baik, macam mana nak approach hati yang jahat-jahat?

Seekor kambing biri-biri mudah untuk dibaham oleh harimau berbanding biri yang berada dalam kumpulan. Kebiasaannya, bila kita sorang-sorang berkawan dengan rakan yang bercouple. Adakah possibility untuk kita tidak couple tinggi? Kalau kita sorang-sorang dikelilingi rakan yang kuat merokok, adakah anda dapat jamin anda takkan terpengaruh untuk merokok?

Boleh berkawan. Pastikan sekitar kita ada rakan yang kuat dan qawiy!
Misal kata iman kita tengah down. 

Tengok orang couple, kita nak couple.
Tengok orang merokok, kita nak merokok.
Tengok orang mengumpat, kita join sekaki.
Tengok orang beli hp, kita beli tanpa keperluan.
Tengok orang baca novel, kita habiskan duit beli novel.
Tengok orang lepak, kita join padahal banyak benda penting nak kena settle.

Kawan mana yang akan kita cari? Yes. Kadang-kadang kawan yang 'down iman' kawan yang setia. Yang 'up iman' selalu perasan dia bagus sangat dan judge orang sekeliling. Itulah dugaan hidup yang Allah bagi dalam memilih kawan. Cuma kita jangan silap memilih kawan.

Tak semua orang baik benar-benar jujur dalam kebaikannya. dan yang jahat takkan selama-lamanya jahat.

Come on guys.
Be matured.
Ubah persepsi diri! Kita sendiri dulu berubah jadi kawan yang baik. Kawan yang dipercayai baru kita dapat kawan yang serupa. Kita curiga, kawan kita rasa curiga, masing-masing curiga sampai tak sudah.

Pengalaman membuatkan kita lebih berpada-pada dalam memilih kawan. Kita takkan tahu orang sekeliling kita yang mana kawan yang mana bukan sampai satu masa dia akan 'meletup' bagitau rassa ketidakpuasan hati tentang kita yang dia dah lama pendam atau dia kekal berkawan kerana berlapang dada dengan kita.

"Aku share kat dia tapi dia buat derk. Buat taktau"
Jangan cepat buruk sangka pada kawan. Kau taktahu masa tu dia tengah serabut tapi kau asyik fikir pasal masalah kau sorang. Lagi 1, mungkin kau pernah buat kat orang lain, tapi kau tak sedar?? Bila terkena kat batang hidung sendiri rasa macam 1 dunia tak hiraukan kau.

"Baik share kat kawan lain jantina, sama jantina ni bukan fokus sangat dengar"
Guys. Bila kawan sama jantina share masalah diri dia kat kita, cuba respons. jangan sampai disebabkan kita, dia cari orang yang berlainan jantina untuk share masalah. Tak pasal-pasal kita pendorong orang tu untuk buat benda tak elok. Ikhtilat!

(Al-Baqarah, 2:216)

"Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana suatu hari kelak dia menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai" 
[HR Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ibnu Majah]

Dalam hidup, kita memang memerlukan seseorang yang bernama kawan. Tapi jangan pernah lupa orang yang kita anggap kawan akan menjadi lawan.

Berbuat baik dengan orang sekeliling. Biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang. Sebab apa? Kita bukan penghukum. Sebaik-baik penghukum ialah Allah swt.

Wallahualam.



Monday, October 19, 2015

S. A. B.A. R

Assalamualaikum semua.. harapnya semua sihat2 yer..hari ni saya nak kongsikan mengenai satu perkataan iaitu SABAR. Kalau kita tengok sabar ni sesuatu yang payah, susah, perit dan seangkatan dengannya bila mana kita berada dalam situasi atau keadaan emosi yang tidak stabil. Kenapa? sebabnya kita xtahu yang hikmah bersabar ini sangatlah indah.. jadi,, jom! kita teroka apa sebenarnya perkataan sabar itu ...

Maksud sabar

- sabar dari segi bahasa ialah menahan atau mengekang
- dari segi istilah kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu @ menahan atau kekang diri dari keluh kesah dan sedih dalam hadapi sesuatu yang tidak disukai 

nah, sekarang dah tahu kan apa maksud sabar yang sebenarnya..next, jom kita selidiki apa peringkat2 sabar..

1) SABAR DALAM TUNAIKAN PERINTAH ALLAH

- fitrah manusia sememangnya sukankan benda yang mudah kan..bila benda tu susah dan memenatkan diri, maka mulalah rasa malas nak buat.. samalah dalam menunaikan perintah Allah,,kita mestilah bersabar dalam melakukan apa yang disuruh oleh Allah. kerana apa?? sebabnya kita tengok balik tujuan kita diciptakan??semestinya untuk menjadi hamba yakni menunaikan perintah Allah serta menjadi khalifah iaitu mengajak orang ke arah kebaikan.


Dan perintahkanlah kepada keluarga engkau agar mendirikan solat dan bersabarlah engkau atasnya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepada engkau, bahkan Kami (Allah) yang memberi rezeki kepada engkau. Dan akibat (yang baik) itu bagi orang yang bertakwa. ( 20:132)


2) SABAR TINGGALKAN MAKSIAT

- maksiat..hmm sesuatu yang susah untuk ditinggalkan bila ianya sudah lama bersarang dalam diri, namun bila kita dah bertekad nak tinggalkan maksiat, kita mestilah bersabar dan pasakkan dalam diri dengan sebenar- benarnya yang mana inshaAllah Allah akan mudahkan azam kita untuk meninggalkan maksiat

“jgn kamu saling marah-memarahi, jgn kamu saling berhasad dengki. Jgn kamu kata-mengata(riwyat al-bukhari dan muslim)
- ™“jika x dpt jd garam yg memasinkan ikan jgn jadi lalat yg busukkannya (maksudnya kalau
 kita xamampu menahan diri kita dari melakukan maksiat, jangan pula kita mempengaruhi
 orang lain untuk melakukan maksiat). 

 3) SABAR KETIKA DITIMPA MUSIBAH
- semua orang akan mengalami musibah..musibah yang berlaku bukanlah tujuannya
  untuk melemahkan tapi untuk menguatkan kita kerana Allah nak uji kita sejauh mana 
 kebergantungan kita  kepadanya semasa susah ataupun senang. Malah, taat dan maksiat 
 brgntung pd khndk manusia, tapi musibah dtg terus dari Allah 

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (64: 11) 

seterusnya.. langkah2 atau cara untuk kita bersabar iaitu...........

1. Bertahan ketika hadapi hentaman pertama dari sesuatu musibah (contohnya tarik nafas
   ke, gengam tangan kuat2 ke dan sebagainya)
2. ™Segera ingat Allah dan pohon keampunan (syatan mudah nak hasut kita bila emosi kita 
    xbetul jadi segeralah beristighfar)
™3. X tergesa-gesa nampakkan musibah pada orang lain ( jangan salahkan orang lain 
    terhadap masalah yang berlaku, tapi cuba recheck @ muhasabah diri sendiri)
4. ™Cari punca masalah sediakan alternatif penyelesaian dan bertindaklah 
    menyelesaikannya. 

next...apa hikmah sabar ni yer??semestinya banyak hikmah sekiranya kita meletakkan 
sabar dalam diri kita..

-1- yakin akan dapat pahala tanpa batas
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (39: 10)
- 2- dapat berita gembira dengan rahmat dan petunjuk dari allah
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (2:155-157)
-3- diampunkan segala dosa (pembersihan dosa)
-4- mendapat syurga di akhirat kelak
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (13:23-24)

Kesimpulannya, sabar itu haruslah di semai dan dibaja dalam diri kita kerana banyak hikmah yang kita akan dapat kalau kita sabar. Tapi orang mesti akan kata aku ni manusia biasa, ada had sabarnya,,tapi sebenarnya sabar tu xde had pun tapi kita yang menghadkannya.. jadi jom kita renungi mutiara kata di bawah

wallahua'lam




Saturday, October 3, 2015

Stay away from Zina !

Alhamdulillah.. Ini peringatan kita bersama untuk jauhi diri dan tidak dekati zina.

Al-quran itu apa?
(jawapan anda)

Al-quran ni sangat unik bin ajaib. Semua terkandung di dalam Al-quran. So, kalau rasa bosan, nak cari NOVEL, ana sarankan antum ambil Al-Qurndan tadabbur maksudnya. Banyak kot kisah-kisah yang kita boleh ambil iktibar, pengajaran dan banyak lagi benda-benda positif yang boleh dekatkan diri kita dengan ALLAH.

Kalaulah antum ambil NOVEL. Menangis tak tentu pasal hero meninggal sebab eksiden. Si heroin koma, lupa asal usul and bla bla bla. Sia-sia air mata tu kawan. SERIOUS. Baik menangis sebab kenangkan dosa-dosa lepas dan muhasabah diri. Refleks dan berubah.

Kalau kita amati ayat famous, surah Al-Israa', aya 32:
"Dan janganlah kamu MENDEKATI zina, Sesungguhnya ia adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk!!' (Al-israa' :32)

Kalau kita teliti balik ayat tu, Allah tak kata:

"Jangan kamu berzina!"

Tapi Allah sebut dengan jelas:

"Jangan kamu DEKATI zina."

Dapat beza tak? OK. ana bagi analogilah. Cuba bayang antum masih budak yang umur 7 tahun. Kecil, comel, semua orang geram setiap kali jumpa. Pipi memang merah sebab selalu kena cubit. Serious ye. Anggap antum tu comel. (bila lagi nak perasan)

Antum seronok je main dekat taman permainan. Lepastu ibu pesan. Jangan dekati orang yang tidak dikenali. Berbeza dengan jangan ikut orang yang xdikenali. Ikut dan dekati. Apa bezanya? Bila kita tengok perkataan 'ikut', maksudnya penculik tu sempat je nak ajak/pelawa kita untuk ikut dia. Boleh jadi dia umpan dengan gula-gula, coklat, keropok supaya kita tertipu.

Tapi kalau 'jangan dekati', maksudnya penculik tu xsempat pun nak taaruf dengan kita. Sebab setiap kali dia nak dekat, kita jauhi diri. Sekali penculik tu mengorak langkah, berkali-kali kaki kita melangkah kembali ke ibu.

Macam tu jugak dengan ayat di atas. Segala ayat Allah yang berbentuk larangan, bermakna ia adalah HARAM. Kalau kita faham betul-betul ayat tu dengan mata hati, kita faham yang Allah bukan haramkan zina je, tapi segala perkara yang MENDEKATKAN diri kita dengan zina. Jadi segala perkara tu WAJIB kita jauhi.

Dekati je pun dah berdosa, apatah lagi orang yang melakukannya. Bila kita dah buat benda salah, kita akan cuba defends kesalahan kita dengan cari alasan. Xpercaya? Jom tengok.

"Alaa, kami couple tapi xde pegang-pegang pun."
"Alaa, kami couple tapi tak pernah keluar sama-sama."
"Kami couple islamik, xcalling pun. Berurusan pun kalau ada hal mustahak."

Zina hati. Pernah dengar?
Jom kaji tentang zina hati.

Sekian untuk entri kali ini :)

Monday, August 31, 2015

Apa yang perlu anda tahu tentang BERSIH 4?


ARTIKEL ini menyeru rakyat Malaysia  kembali berfikir dengan pertimbangan matang, rasional dan neraca yang waras. Saya sedikit kecewa melihat sambutan gerakan BERSIH sejak daripada tahun 2006, ketika awal gerakan BERSIH 1.0 ditubuhkan sehinggalah perhimpunan BERSIH 4.0 tahun 2015, sambutan masih lagi hangat dan masih umat Islam kekal dalam kejahilan juga kenaifan percaturan geopolitik kuasa imperial Amerika Syarikat.
Artikel ini juga tiada sedikit pun hasrat menjadi ‘macai’ melindungi kerajaan. Apa yang ingin ditonjolkan di akhir artikel ini adalah agar umat Islam tidak tersepit dalam kerangka fikir kepartian antara kerajaan atau pembangkang dan ingin menanam satu sudut pandang baru dari kaca mata melihat segala isu yang berlaku dalam konteks yang lebih besar iaitu permasalah geopolitik, percaturan kuasa besar dunia, dan penggembelengan dunia ke arah New World Order (NWO)[i].
Ya, entiti NWO inilah yang sedang mencaturkan negara Malaysia dengan memanfaatkan isu integriti kerajaan Malaysia yang sememangnya tidak boleh dinafikan wujud. Persoalannya, bagaimana ia dilakukan?
Bagaimana percaturan permainan kuasa imperial AS ini berlaku?
Color revolution sentiasa menggunakan ramuan yang sama dalam resepinya. Saya permudahkan kepada lima ramuan utama[ii]:
  • Demi hasrat Amerika Syarikat (AS) menjadi sebuah kuasa imperial, maka AS telah menubuhkan beberapa institusi swasta seperti National Endowment of Democracy (NED), International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) Freedom House, Open Society Institute (OSI) dan International Centre for Non-Violent Conflict (ICNC) yang berfungsi mendanai, melatih, membantu dan memantau gerakan sivil dan NGO yang boleh membawa hasrat pendemokrasian AS dalam negara mereka.
  • Colour revolution boleh berjaya dengan mencatur, melatih dan memberi pendanaan kepada gerakan anak muda, gerakan sivil dan gerakan yang membawa sentimen orang ramai. Dalam masa yang sama gerakan ini akan melaksanakan strategi yang dihasilkan oleh Gene Sharp iaitu Method of Non-Violent action dengan menampilkan NGO yang mampu menghasilkan fenomena logo, warna, dan strategi pemasaran melalui media-media yang juga mendapat dana daripada AS.[iii]
  • Jika dikaji dengan lebih mendalam, AS sentiasa mencaturkan gerakan color revolution ini di negara yang strategik, yang memiliki sumber alam seperti minyak, gas, ataupun boleh dijadikan sebagai pangkalan tentera AS dan berada pada kedudukan geografi yang strategi dalam hal-hal berkaitan ekonomi.
  • Protes akan dilakukan di saat negara sedang menghadapi krisis ataupun mendekati pilihan raya. Niatnya mudah, supaya suasana tegang dan persoalan-persoalan mengenai salah laku dan integriti menekan benak hati rakyat.
  • Objektif protes bukan semata-mata untuk menggerakan massa rakyat, tetapi lebih tertumpu menghasilkan sikap ragu-ragu ke atas rejim pemerintah supaya wujud persepsi tidak percaya pada rakyat, penjawat awam seperti polis, SPRM, dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pengurusan negara.
Kelima-lima perkara ini wujud pada gerakan BERSIH. Percaya ataupun tidak sepanjang usia BERSIH daripada tahun 2006, kita boleh mengenal pasti kesemua perkara ini tersusun dalam gerakan mereka.
Bersih 1.0
Gambar 1.0: Ambiga bekas pengerusi BERSIH mengaku menerima dana NDI dan OSI (The Malaysian Insider 27 Jun 2011)
Bersih comment
Gambar 2.0: Maria Chin Abdullah mengaku menerima dana daripada NDI dan OSI (Malaysia Today 1 Ogos 2015)[iv]
Pada 27 Jun 2011, portal The Malaysian Insider telah memetik kenyataan bekas pengerusi BERSIH 3.0, Ambiga Sreenevesan yang gerakan BERSIH telah menerima dana NDI dan Open Society Institution (OSI) yang dimiliki penyangak mata wang George Soros.
Kenyataan yang sama diulangi pengerusi BERSIH 4.0 iaitu Maria Chin Abdullah pada 1 August 2015 dalam portal Malaysia Today bahawa BERSIH 4.0 sekali lagi menerima dana daripada NDI dan OSI dan menafikan penerimaan dana daripada NED.
Kenyataan Maria ini perlu dilihat dengan lebih terperinci. Jika dikaji dengan lebih lanjut maka kita akan ketahui bahawa NDI adalah penerima dana dan projek daripada NED. NED turut sama mendanai IRI dan CIPE yang kedua-duanya pencatur di rantau Asia Tenggara. Alen Weinstein, antara pengasas NED pernah mengeluarkan kenyataan “A lot of what we (NED) do today was done covertly 25 years ago by the CIA.”[v]
Ya. NED, NDI, IRI, OSI, CIPE semuanya sedang meneruskan misi sulit yang ‘terbuka’ di Malaysia ini. Memang perlu diakui di negara-negara yang dimasuki oleh NED, sememangnya negara itu pasti akan mempunyai konflik, tidak aman dan akhirnya akan tercetus color revolution.
Bukan itu sahaja, sejak daripada tahun 2006 lagi gerakan BERSIH telah menerima latihan yang intensif daripada NDI dalam menggerakan massa untuk menghasilkan color revolution ini. Malangnya, maklumat tersebut telah dipadamkan daripada portal NDI sendiri.[vi]
Modus operandi BERSIH adalah dengan memilih masa yang sesuai dan kritikal bagi negara Malaysia ini. Kita boleh lihat, BERSIH 1.0 dilakukan sebagai prototaip demonstrasi awal, BERSIH 2.0 dianjurkan pula sewaktu memuncak isu Lynas, BERSIH 3.0 dibuat di ambang Malaysia menghadapi PRU 13 dan BERSIH 4.0 pula pada ketika tercetusnya isu 1MDB dan pendedahan skandal ketirisan pemerintah iaitu Dato’ Seri Najib Razak sendiri.
yellow-occupy-a
Gambar 3.0: Penyokong Umbrella Revolution di Hong Kong
Adakah kita boleh mengharapkan kuasa asing untuk mengubah kerajaan yang korup kepada kerajaan yang bersih?
Jawapan mudah adalah TIDAK. Kuasa asing tidak pernah ikhlas dalam membantu negara lain menjadi lebih baik. Jika diperhatikan ketika empayar kesultanan Melayu sebelum ini, Tanah Melayu tergadai juga disebabkan oleh konflik antara golongan elit Sultan yang kemudiannya mengundang campur tangan kuasa asing. Sejarah pasti akan berulang jika kita membuat kesilapan yang sama seperti dahulu.
Negara-negara lain juga tidak terkecuali dalam menerima nasib yang buruk. Apabila AS melalui NED melabuhkan hasrat mereka pada negara-negara lain, maka kerosakan yang sama terjadi. Lihat sahaja bagaimana percaturan revolusi ini seawal tahun 1974 di Portugal melalui revolusi Carnation sehinggalah Revolusi Payung di Hong Kong pada tahun 2014, AS telah mencaturkan lebih daripada 17 revolusi serata dunia demi kepentingan kuasa AS.
Kini, AS menggencarkan lagi usaha mereka pada tahun 2015 dengan mewujudkan revolusi di Kyrgyzstan melalui Richard Miles (Father of color revolution), Armenia melalui Victor Nuland dan Uzbekistan melalui Pamela Spratlen. Kesemua mereka hadir sebagai duta AS.[vii]
Tidak ketinggalan juga di Myanmar, Macedonia, Ecuador, Russia dan Hong kong yang diberi perhatian dalam misi Pivot to Asia. Dalam hal ini, lebih mustahak untuk kita perhatikan apakah kesan revolusi di negara-negara pasca revolusi ini? Itu soalan yang lebih kritikal!
Di Macedonia, color revolution diwujudkan bukan untuk membumikan demokrasi tetapi untuk mendapatkan sumber paip gas asli ke negara Eropah daripada Russia. Di Georgia pula, hasil daripada Revolusi Oren pada tahun 2004, Georgia telah kehilangan dua wilayah iaitu Ossetia Selatan dan Abkhazia.
Di Tunisia pula seusai Arab Spring, negara tersebut hampir dua tahun tiada presiden tetap. Di Nepal, mereka yang beragama hindu terpaksa akur dengan konsep negara sekular walaupun 80% menginginkan republik hindu, termasuklah jatuhnya takhta Raja dan terbinanya empangan penjanaan kuasa eletrik yang menghapuskan ekosistem di wilayah Bhutan.
Bukan itu sahaja, US special force bahkan telah membina Stesen Radioisotope Thermoelectric Generator (RTG) di kaki gunung Everest di bahagian Tibet dan utara Nanda Devi bagi mencari Plutonium bagi tujuan tenaga dan senjata nuklear.[viii]
Apa pula yang AS harapkan di Malaysia?
Apa sebenarnya AS inginkan daripada gerakan BERSIH di Malaysia?
Secara peribadi, saya lebih gemar untuk melontar persoalan ini kepada para demonstran jalanan. Hal ini kerana merekalah yang telah berhempas pulas di jalanan sambil disimbahi terik matahari. Sewajarnya mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Namun begitu, saya yakin kebanyakan mereka jauh sekali sedar akan hasrat kuasa AS untuk mendapatkan pemimpin yang boleh menuruti kehendak AS, melaksanakan pendemokrasian liberal di Malaysia dan yang lebih penting adalah kesetiaan pimpinan negara dalam melaksanakan Rebalancing policy AS dalam membendung kuasa Russia dan China di Asia Tenggara.
Rebalancing policy juga berhasrat melakukan penjajahan ekonomi melalui perdagangan (TPPA), menempatkan pelabuhan tentera AS di Asia Tenggara, memudahkan pelaburan AS di Malaysia dan membina jaringan negara demokrasi yang kukuh di bawah hegemoni AS.
Kesimpulan
Bagi mereka yang sayang akan negara ini, amatlah wajar mereka kembali bermuhasabah, adakah mereka sebenarnya ingin mengulangi sejarah lama dengan menjual negara ini kepada kuasa asing?
Penjajahan gaya baru pasti wujud dan penguasaan New World Order tidak pernah lekang dalam mencaturkan hegemoni mereka. Sejarah telah banyak mengajar kita.
Sebelum kita turun ke jalanan, buatlah sedikit kajian. Jangan sekadar terikut-ikut dengan sentimen. Iya, kita mungkin marahkan pemerintah kerana tidak telus, dan tidak dapat mentadbir negara dengan baik, tapi adakah dengan menjemput kuasa asing dalam mencaturkan politik kita?
Aiman Faudzi
Penganalisis IRIS
Rujukan
[i] http://www.globalresearch.ca/an-imperial-strategy-for-a-new-world-order-the-origins-of-world-war-iii/15686
[ii] http://www.globalresearch.ca/colored-revolutions-a-new-form-of-regime-change-made-in-the-usa/27061
[iii] Gene Sharp. 1990. The Role of Power in Non Violent Struggle. United States of America: The Albert Einstein Institute.
[iv] http://www.malaysia-today.net/little-white-lies-and-bersih/
[v] Blum, W. 2000. Rogue State: A Guide to The World’s Only Superpower. Ed. Ke-3. Monroe: Common Courage Press.
[vi] http://landdestroyer.blogspot.com/2011/07/malaysiasbersihfacadeofclean.html
[vii] http://www.globalresearch.ca/russia-under-attack/5438194
[viii] http://www.globalresearch.ca/twards-a-colored-revolution-in-nepal-foreign-interference-triggers-political-and-social-chaos/5307747

sumber: ismaweb.net