Followers

Saturday, January 24, 2015

Benteng maruah kita bagaimana?

Assalamualaikum wbt

"I want to touch K-Poppers!"
Ya. Mungkin itulah kata-kata yang berada di dalam hati anak muda sekarang. Bagaikan maruah diri anak muda masa kini di robek-robek dengan rakus sekali oleh artis K-Pop. Hilangnya rasa malu dalam diri. Hingga sanggup menggadai maruah diri. Lantas membawa fitnah kepada agama.

Baru-baru ini Malaysia dihangatkan dengan isu Artis K-pop peluk dan cium Gadis Melayu bertudung. Kenapa perkara ni berlaku? Sebab hilangnya rasa malu.

Malu itu dituntut dalam Islam. Malu adalah sifat semulajadi bagi manusia. Ia menjadikan manusia lebih mulia dan tinggi darjatnya daripada sekalian makhluk. Dan sebaliknya, apabila seseorang itu tidak punyai perasaan malu, maka ia sudah merendahkan nilai akalnya yang dikurniakan oleh Allah, dan ini secara tidak langsung menjatuhkan darjatnya. Orang yang tidak punya rasa malu akan cenderung untuk melakukan maksiat. Kerana apa? Disebabkan hilangnya rasa malu, setiap kehinaan yang timbul tidak lagi dipandang hina. Malah bangga melakukan kerja-kerja mungkar dan menganggap ia sebagai kehidupan moden dan trend terkini.



OBSES!

Apa itu obses?
-Ia adalah satu perbuatan di mana orang terlampau obses akan sesuatu.

Pernah obses kepada Rasulullah tak?
Wajah Rasulullah berseri-seri macam bulan purnama. SubhanAllah.

    Puteriku sayang,
    Matamu itu mahkota suci,
    Hijabmu perisai peribadi,
    Akhlakmu cerminan hati,...
    Redha Allah mesti dicari.

WallahuAlam.

Tuesday, January 13, 2015

Bersangka baik dengan Allah S.W.T

Assalamualaikum....:)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia bersangka baik, maka baginya (kebaikan menurut sangkaan baiknya). Jika dia bersangka buruk, maka baginya (keburukan menurut sangkaan buruknya)." (Riwayat Ibu Hibban)

Allah SWT menjelaskan kepada hamba-Nya bahawa mereka akan memperoleh sesuatu berdasarkan keyakinan mereka kepada-Nya. Keyakinan yang baik akan mengundang kebaikan, begitu juga sebaliknya.

Seperti yang kita sedia maklum, baru- baru ini pelbagai musibah  telah melanda negara kita. Antaranya ialah banjir yang melanda di beberapa buah negeri khususnya di negeri kelantan yang mengalami banjir yang paling teruk dalam tempoh 40 tahun. Gua Musang dan Kuala Krai merupakan daerah yang paling teruk terjejas seolah -olah tsunami kecil yang pernah melanda Acheh.

banjir di Kuala Krai
tsunami di Acheh
 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.Di sebalik bencana ini sebenarnya tersimpan seribu satu hikmah daripada Maha Pencipta kita Allah SWT. Sesungguhnya, setiap musibah mampu membersihkan hati yang berdosa dan meningkatkan darjat di sisi Allah SWT.

Junjungan besar Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditimpa musibah yang lebih dahsyat ketika menyebarkan agama  Islam. Antaranya ialah dugaan lapar dan dahaga apabila Rasulullah SAW dipulau dan diboikot selama 3 tahun oleh puak kafir Quraisy sebagai cara untuk menghalang Baginda  menyebarkan Islam Namun, Baginda selalu meletakkan kebergantungannya kepada Allah SWT serta sabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang hebat.

Bersama- sama ini juga saya ingin kongsikan mengenai seorang wanita warga emas yang kehilangan rumahnya ekoran banjir yang melanda kampungnya di Kuala Krai baru -baru ini. Beliau redha dengan ujian yang dihadapi dan hanya meminta kain telekung dan sejadah agar dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim iaitu menunaikan solat. Allah SWT berfirman yang bermaksud "Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat,"(Surah al- Baqarah, ayat 45)

Ayuhhhh!!!!! kita bersangka baik dengan Allah dan berusaha menjadi seorang hamba yang lebih baik dan meningkatkan amal supaya hidup kita lebih baik daripada tahun lepas.

wallahua'lam