Assalamualaikum semua...;D
hari ni saya nak kongsi mengenai sunnah2 Rasulullah saw yang ditinggalkan...
apa itu sunnah???
sunnah ialah segala perkataan,perbuatan dan taqrir Rasulullah saw
Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:
"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]
Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:
"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah:
(a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya;
(b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.
contohnya sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:
"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."
Haa..sekarang da tahu kan apa itu sunnah,,jadi jom! kita kaji apa sunnah2 yang semakin ditinggalkan dan tak diamalkan oleh kita..
Dari
Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda:
"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang
kamu tidak sekali-kali
akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab
Allah dan sunnah Rasulullah,"
(s.a.w.).
kalau kita tgk hadis kat atas, kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana kita mempunyai panduan dalam hidup iaitu Al-Quran dan As -sunnah means segala permasalahan serta perkara-perkara yang terjadi dalam hidup kita segalanya ada di dalam Al-Quran serta kita mempunyai role model yang terbaik iaitu Rasulullah saw dengan mengikuti sunnah2 baginda.
ok..antara sunnah2 yang semakin ditinggalkan ialah:
1) Mendoakan orang yang bersin ketika kita mendengarnya bersin.
“Hak seorang
Muslim ke atas
Muslim yang lain ada lima
iaitu: menjawab salam, menziarahi
orang yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan
orang yang bersin.”
Riwayat al-Bukhari dan
Muslim
Orang
mendengar bersin membaca :
يَرْحَمُكَ
اللهُ
Yarhamukallaah
Ertinya :
" Semoga
Allah memberi rahmat kepadamu."
kemudian, orang yang bersin itu membalas doa tersebut, 'Yaghfirullahu lanaa walakum'
(semoga Allah mengampuniku dan mengampuniku). Namun, hukum mendoakan orang bersin ada pengecualiannya. Tidak perlu kita mendoakan seseorang yang bersin jika dia :
i) Tidak mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t setelah bersin
- ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang menceritakan terdapat dua orang yang bersin berdekatan dengan Baginda. Maka, Rasulullah s.a.w mendoakan seorang dan seorang lagi tidak. Apabila ditanya oleh para sahabat, Baginda s.a.w bersabda "Orang ini mengucapkan Alhamdulillah," sedang yang seorang lagi diam".
ii) Bukan muslim
- Orang bukan Islam yang bersin tidak didoakan dengan doa yang mutlak seperti doa yang bermaksud 'Semoga Allah mengasihani kamu'. Sebaliknya seperti ditunjukkan oleh Nabi sa.w, Baginda mengucapkan yang lain. Di dalam hadis diceritakan bagaimana ada orang Yahudi berpura-pura bersin di hadapan Rasulullah s.a.w dan mengharapkan Baginda mendoakan 'Yarhamukallah'. Sebaliknya , Nabi s.a.w mengucapkan ,'Yahdikumullah wayuslihu baalakum'. (Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk dan memperbaiki keadaanmu
iii) Bersin terlalu kerap
- Contohnya orang yang sedang selsema, dan bersin berulang -ulang kali. Maka, ketika itu bolehlah didoakan agar segera sembuh dan dikurnia kesihatan yang baik
iv) Bersin ketika khutbah
- Ketika khutbah disampaikan, jemaah tidak dibenarkan untuk berkata -kata. Malah jika ada orang yang bersin ketika itu, tangguhkan doa untuknya sehingga selepas selesai khutbah.
2) Mendahulukan anggota sebelah kanan daripada sebelah kiri
Aisyah berkata , "Rasulullah gemar sekali mendahulukan anggota kanannya ketika melakukan kebanyakan perbuatan. Sama ada ketika Baginda mengambil wuduk, menyikat rambut dan memakai kasut". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3) Memakai wangi-wangian
•Rasulullah SAW menggalakkan umatnya memakai wangi-wangian terutama apabila hendak beribadah kepada
Allah SWT.
•“Sesiapa yang
diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya, kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya”. Riwayat
Muslim
4) Mengucapkan Salam Kepada Semua Orang Islam Termasuk Anak Kecil
Diriwayatkan dari
Abdullah bin Amru Radhiyallahu Anhu, ia menceritakan, ”Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, ‘Apa ciri keislaman seseorang yang
paling baik?’Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menjawab, ‘Kamu memberikan makanan (kepada
orang yang membutuhkan) dan mengucapkan salam kepada
orang yang kamu kenal dan
orang yang tidak kamu kenal.”
(HR. Al-Bukhari dan
Muslim)
5) Membaca
‘Amin’ Dengan Suara Keras Saat Menjadi Makmum
“Jika imam
membaca
“Amin” maka
kalian juga harus membaca
“Amin” karena barangsiapa yang
bacaan
Amin-nya bersamaan dengan bacaan malaikat maka diampunkan dosa-dosanya yang
telah berlalu.”
(HR. Al-Bukhari dan
Muslim)
6)Bersiwak (bersugi)
“Andaikata tidak memberatkan umatku niscaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali
hendak shalat.”
(HR. Al-Bukhari dan
Muslim)
7) Menjaga Dan Memelihara Wudhu
“Istiqomahlah
kalian semua (dalam menjalankan perintah
Allah) dan
kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang
akan
Allah berikan. Ketahuilah bahwa sebaik-baik perbuatan adalah shalat, dan tidak ada yang
selalu memelihara wudhunya kecuali seorang mukmin.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
8) Mengikuti Bacaan Muadzin
“Jika
kalian mendengar adzan, maka ucapkanlah seperti yang
diucapkan oleh muadzin, kemudian bershalawatlah kepadaku. Barangsiapa yang
bershalawat kepadaku, maka
Allah akan bershalawat kepadanya sepuluh kali.Kemudian mintakan wasilah untukku, karena wasilah merupakan tempat di syurga yang
tidak layak kecuali bagi seorang hamba
Allah dan aku berharap agar
akulah yang
mendapatkannya. Barangsiapa yang
memintakan wasilah untukku maka ia akan mendapatkan syafaatku (di akhirat kelak).”
(HR. Muslim)
Jadi, marilah kita menerapkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan kita agar kita mendapat syafaat pada hari akhirat kelak.