Followers

Thursday, July 9, 2015

APAKAH AZAM ANDA UNTUK RAMADHAN KALI INI?


1) Target berapa kali nak khatam quran?

2) Yang baca quran tak lancar dan tersekat-sekat, ada tak plan untuk belajar sungguh-sungguh Alquran sehingga lancar? Dah berapa tahun hidup, tapi masih belum lancar bacaan alquran. Kena target ramadhan ni perubahan.

3) Ada tak target supaya kita istiqomah tahajud setiap hari sepanjang ramadhan?

4) Ada target untuk menangis ketika berdoa, dan nangis baca quran, atau nangis tika bertaubat? Dah lama tak menangis. Asyik nangis tengok drama korea je. Target ramadhan ni, kita dapat menangis ingat Allah, rindu Allah!

5) Ada tak target untuk sedeqah? Berapa banyak nak sedeqah sepanjang ramadhan? RM 10, RM 100, RM1000, RM10,000?

6) Ada tak target untuk usaha meninggalkan maksiat? Kalau yang ketagih video lucah, ada target tak untuk usaha gila-gila tinggalkan benda tu? Yang ketagih tengok drama cintan cintun korea jepun melayu hindustan bangla, ada azam tu untuk tinggalkan benda mengarut dan merosakkan hati tu? Yang merokok, ada plan tak untuk tinggalkan?

7) Ada tak target untuk kuasai ilmu dengan banyakkan membaca? Apa buku yang kita target nak baca ramadhan ni? Buku SIRAH nabi, buku DAKWAH dan TARBIAH, buku-buku ilmiah, fiqh dan sebagainya. Buku Tarbiah Sentap, Momento, Bedtime Stories Sentap(sempat promote. Huhuhu), atau buku-buku yang membangkitkan kefahaman kita tentang islam? Asyik baca novel cinta je sampai bila? Kena move on.

8) Ada tak plan untuk taubat pada Allah? Dah berapa lama tak solat taubat? Ada tak target nak mintak maaf kat Allah dengan taubat yang jujur dan ikhlas, bukan pura-pura dan palsu?

9) Ada tak target untuk iktikaf kat masjid, buru pahala, kejar malam lailatul qadar, dan sebagainya?

Dan yang terakhir...

10) Anda plan nak jadi baik dan berubah time ramadhan sahaja, atau nak berubah jadi baik seumur hidup?

Ingat....

Tuhan kita adalah Allah. Bukan Ramadhan. Orang yang bertuhankan ramadhan, dia hanya baik time ramadhan. Tapi orang yang bertuhankan Allah, dia akan baik sampai mati.
"Celakalah, mereka yang bila tamat ramadhan, dia tidak di ampuni..."

Nauzubillah.

Salam ramadhan :)


Sumber: Tarbiyah sentap

Hurmmm...Ramadhan???


Assalamualaikum semua.. harapnya semua sihat -sihat belaka untuk kita menjalani Ramadhan yang hanya tinggal kurang dari sepuluh  hari lagi.. hari ini saya nak kongsikan tentang perkataan Ramadhan  yang sebenarnya mempunyai takrifannya yang tersendiri. Maklumat ini saya dapat melalui sebuah rancangan televisyen yang bertajuk Ramadan 101

oke..jom!! kita selidik apa sebenarnya maksud perkataan ramadhan itu sendiri




Ra - Riduanullah (keredhaan kepada Allah)
 haa.. kat sini dah jelas yang mana memang tujuan kita hidup kat muka bumi ni untuk  mencari dan menggapai redha Allah. Jadi, pada bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama - sama mencari redha Allah dengan cara mentaati perintahnya dan melawan hawa nafsu kita.

Mim - Minatullah (pemberian daripada Allah)

Pada bulan Ramdhan ini  juga kita mendapat pemberian daripada Allah iaitu tak lain xbukan pahala la..yang mana kita diberikan gandaran pahala yang berlipat -lipat..lipat...lipat kali ganda yang bukan sikit..tapiiiii banyakkkkkkkkkk iaitu kalau dilakukan amalan sunat, ianya akan mendapat pahala mengerjakan amalan fardu. Manakala, 1 fardu diberi 70 gandaan fardu. Jadi, marilah kita melipatgandakan peluang pada bulan Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Dhod - Dhamanullah (jaminan daripada Allah)

Seterusnya, pada bulan Ramadhan ini juga Allah memberi jaminan daripada kita iaitu pada fasa pertama diberi rahmat dan kasih sayang daripadaNya, pada fasa kedua diberi maghfirah yakni  (keampunan dosa) dan pada fasa ketiga iaitu pada sekarang ini ialah kebebasan daripada api neraka. Jom kita kaji yang mana memang Allah dah atur kesemua jaminan daripadaNya tersusun elok kerana  sesudah kita suci daripada noda yakni pada fasa kedua, kita mendapat kebebasan dari api neraka yang mana alangkah beruntungnya kita jika kita memanfaatkan jaminan daripada Allah dengan sebaik- baiknya.

Alif - Alfathullah (kelembutan daripada Allah)

Pada bulan mulia ini juga , kalau kita tengok senang jer kita untuk melakukan kebaikan, contohnya senang untuk baca Al -Quran, senang untuk solat tarawih dan sebagainya kerana apa? kerana Allah memberi kelembutan  kepada kita pada bulan mulia ini.

Nun - Nuruallah (cahaya daripada Allah)

Malah, pada bulan ramadhan ini juga bulan untuk kita memperbaiki diri kita keran bulan mulia ini kita berpuasa bukan sekadar menahan hawa nafsu tidak makan dan minum, malah kita berusaha untuk memperbaiki diri kita untuk tidak melakukan maksiat yang mana sebelum ini kita pernah lakukan. 

Kesimpulannya marilah kita sama -sama melipatgandakan usaha kita merebut baki beberapa hari Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah kita dan mendapat jaminan daripada Allah iaitu kebebasan hari akhirat


wallahua'lam















Tuesday, July 7, 2015

Assalamualaikum dan salam ke 21 Ramadan,, hari ini saya nak kongsi mengenai Sister In Islam (SIS) yang dipetik dari ismaweb..:)

Bertaubatlah wahai ‘sister-sister’

Logo_Sisters_In_IslamPERTUBUHAN yang diharamkan dan dikategorikan sesat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – Sisters In Islam atau SIS – terus mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah di negara ini, apabila kali ini  mengatakan al-Quran tidak menetapkan rambut sebagai aurat.
Demikianlah SIS yang kerap kali hanya mampu bercakap dan menghebahkah kenyataan songsang mereka di dalam dan kepada media yang fahamannya sealiran dengan mereka, yang sesungguhnya berusaha menghapuskan pandangan hadis, ulama, ijmak dan qiyas.
Namun, apabila diajak berdebat mereka terketar-ketar dan akhirnya menarik diri.
Anggota kumpulan ini yang masih tidak bertaubat setelah Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan fahaman yang SIS amalkan iaitu liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Bagi mengingatkan SIS dan umat Islam keseluruhannya pembaca boleh melayari laman sesawang keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor berhubung fahaman itu yang dikeluarkan pada 17 Julai 2014. DI SINI.
Begitu juga dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah membincangkan Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di Malaysia.
Muzakarah berkenaan memutuskan bahawa gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.
Dalam aspek akidah, pemikiran golongan ini berkonsepkan pluralisme iaitu berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.
Golongan ini juga membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.
Selain itu aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah ‘message’ budaya Arab.
Banyak lagi keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung aliran pemikiran liberal dan pluralisme seperti yang diamalkan oleh SIS. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, muzakarah memutuskan bahawa aliran pemikiran liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.
Siapalah SIS untuk mempertikaikan pandangan dan keputusan anggota Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang terdiri daripada ulama.
SIS perlu ingat bahawa Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Malaysia berpegang kepada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias dalam menetapkan sesuatu keputusan.
Dalam hal rambut yang dikatakan oleh SIS tidak dimaklumkan dalam al-Quran sebagai aurat wanita, saya tidak mahu menyangkalnya di sini kerana mereka yang lebih arif seperti Ketua Penerangan Wanita ISMA, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Pegawai Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus Zalani, sudah membidas kenyataan itu. DI SINI dan DI SINI.
Malah, saya yakin jika ditanya kepada mana-mana ulama pun mereka tetap akan mengatakan rambut adalah aurat wanita yang haram ditunjukkan kepada khalayak, kecuali orang tertentu, berdasarkan pandangan hadis. Malah, di antara sesama wanita juga mereka mempunyai syarat menutup aurat.
Mudahnya buat SIS mengeluarkan suatu kenyataan, terutama apabila sesuatu hukum itu tiada dalam al-Quran. Saya yakin, mereka mempunyai ahli yang kerjanya mengkaji al-Quran bagi menafikan perintah dalam hadis, ijmak ulama dan qiyas.
Saya pernah menulis artikel mengkritik kenyataan Latheefa Koya seorang peguam, aktivis sosial dan pemimpin PKR juga dalam portal liberal yang mengatakan hukuman rejam tiada dalam al-Quran. DI SINI
Kenyataan beliau bahawa hukum rejam tiada dalam al-Quran saya kaitkan dengan cara-cara kita bersolat yang mempunyai 13 rukun, seperti mengangkat takbiratul ihram, membaca doa iftitah, taawudz, membaca al-Fatihah, rukuk, i’tidal, sujud pertama, duduk antara dua sujud, sujud kedua dan lain-lain lagi.
Semua cara ini tidak dinyatakan dalam al-Quran! Atau mungkin ahli kumpulan SIS ini hanya pada namanya saja ‘Islam’ tetapi tidak solat?
Apapun, saya percaya jika ditanya kepada orang kampung apakah SIS mereka pasti menggelengkan kepala. Namun, ajaran liberalisme dan sekularisme yang menjadi amalan kumpulan ini harus ditolak dan dijauhi.
Kepada ‘sister-sister’ dalam SIS… BERTAUBATLAH!
P/S: Kita ingin tahu bagaimana ahli SIS solat kerana cara-cara solat tidak ditunjukkan atau diajarkan dalam al-Quran? Mungkin SIS boleh mengajak kumpulan G25, menunjukkan cara-caranya!
Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net
sumber: http://www.ismaweb.net/2015/06/bertaubatlah-wahai-sister-sister/