Followers

Friday, December 16, 2011

Rasulullah s.a.w suri teladan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t


Apa khabar sahabat-sahabat? moga semua sentiasa berada dalam redha Allah.insyaAllah.


InsyaAllah, hari ini saya akan berkongsi tentang qudwah hasanah yang teragung, iaitu Rasulullah s.a.w . 


Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W  telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya, iaitu, tentunya kita semua yang merupakan umat akhir zaman.sebagaimana sabda Rasulullah: 

            “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.



Dalam kehidupan seharian kita, Rasulullah s.a.w merupakan contoh paling baik untuk kita jadikan role model dalam apa jua kegiatan kita. Banyak contoh-contoh akhlak Rasulullah s.a.w yang dapat kita amalkan dalam kehidupan kita. Antaranya ialah

  • Apabila Rasulullah s.a.w berjalan, selalu kanak-kanak datang mengelilingi baginda kerana sifat penyayang. 
  • Apabila gembira, baginda senyum dengan seluruh hatinya, ketawanya adalah senyuman dan baginda tidak ketawa secara kuat. 
  • Apabila bertemu orang, baginda akan memberi salam terlebih dahulu sebelum orang sempat memberi salam. 
  • Baginda sangat kasih terhadap fakir miskin, anak yatim dan haiwan. 
  • Kalau berjalan, pandangan matanya lebih banyak ke bumi berbanding ke hadapan (rupanya, berjalan tunduk tu salah satu sunnah).. 
  • Baginda sangat memelihara pakaiannya agar sentiasa rapi dan bersih. 
  • Baginda juga sangat suka pakaian yang berwarna putih. 
  • Selain itu, wajah baginda sentiasa kelihatan bersih, bersinar dan bercahaya.


(Rujukan : "Riwayat Rasulullah s.a.w : Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w". Gabungan beberapa buah kitab sirah nabi tulisan Maulana Syed Abul Hasan Ali An-Nadw) Halaqah.net
___________________________________________________

InsyaAllah,semoga kita dapat amalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita
kalau tak boleh semua pun, kita boleh cuba satu persatu secara perlahan-lahan tetapi istiqomah, dan seterusnya secara tidak langsung, kita akan jadikan sebagai amalan dalam hidup kita. 

insyaAllah, ana akan berkongsi tentang qudwah hasanah Rasulullah s.a.w mengikut skop dan lebih terperinci pada perkongsian akan datang ^.^

jom sama-sama kita jadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola kita :)
wslm 

Friday, December 9, 2011

Student Laptop

salam...
Value/Budget

Ramai yang bertanya laptop  apa sesuai dengan sifat diri mereka sebagai seorang pelajar. 
Yela kn, nak beli laptop mahal2 tapi harap duit elaun/ptptn je, memang xcukup pulak kan.
 So, lady and gentleman, please have no worry, our guide here will show you the ways to laptop heaven.


Untuk Rm1800, korang boleh dapatkan laptop Intel Core i3, 
Pentium atau AMD E-Series processor dengan intergrated graphic, 
RAM 4 GB, HDD 500gb dan lain-lain lagi.



 Toshiba Satellite L655-S5161


Merupakan processor i3 generasi kedua yang memberikan prestasi terbaik untuk Satellite L655, 
seperti grafik dan hayat bateri yang terbaik dalam harga yang murah. 
Saiz skrin 15-inci adalah sesuai untuk mereka yang budjet duit untuk beli laptop untuk tujuan pembelajaran. 
Laptop ini turut menyediakan 80-2.11n Wi-fi, 3 USB 2.0 port, SD car reader, HDMI dan DVD drive.
 


Quick specs | Full specs Starting price: RM 1899.00
Processor: Intel Core i3 2310M 2.1GHzGraphics: Intel HD Graphics
Memory: 4GB DDR3 1333MHz memoryStorage: 500GB 5,400RPM HDD
Display size: 15.6" (1366x768)Optical: DVD SuperMulti
Weight: 5.5 lbBattery: 6-cell (~4.5 hours)




Samsung RV511


Laptop yang stylish ini juga korang boleh dapatkan  dengan harga sekitar RM 1700.00. 
Ia mempunyai processor i3, 4GB RAM serta 500GB HDD.
 

Quick specs | Full specs Starting price: RM1700.00
Processor: Intel Core i3 380M 2.53GHzGraphics: Intel HD Graphics
Memory: 4GB DDR3 (2 DIMMs)Storage: 500GB HDD
Display size: 15.6" (1366×768)Optical: DVD SuperMulti
Weight: 5.3 lbsBattery: 6-cell (~4.5 hours)


ok...stakat ni nanti kite sambung lg..maklumat utk laptop yg sesuai utk student.
sekian bersua lg...

Tuesday, December 6, 2011

Kelebihan puasa Hari Asyura (10 Muharram)


Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya: وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”.
Maksud Hari-hari Allah ialah ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar di mana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda “أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud,“Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”. يعني رمضان)وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah di antara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).
Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluhbulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Di kalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Pendapat sebahagian ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke-9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke-9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke-10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita ke arah mendaulatkan kembali Islam di negara, rantau dan dunia ini. Ameen.
Ustaz Abdul Halim Abdullah

Tuesday, November 22, 2011

Cheese Tart - Langkah Demi Langkah



Assalamualaikum warahmatullah 


Apa khabar semua? Moga-moga semuanya berada dlm keadaan sihat hendaknya ye. Insyallah, pada kali ini ana akan kongsikan langkah demi langkah untuk membuat cheese tart..  


Tanpa membuang masa, jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya... =)


BAHAN UNTUK CRUST/SHELL



170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart



CARA-CARA


Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar terlalu lama. 
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170 Celcius selama 15 - 20 minit atau sehingga masak. 
(Masa untuk crust kekuningan/masak bergantung kepada saiz acuan tart yang digunakan)

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.





Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. 


Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.


BAHAN UNTUK CREAM CHEESE

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.



TIPS MENDAPATKAN CHEESE TART YANG GEBU

  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan cream cheese hingga penuh crust.


Ok, sekarang jom kita deco cheese tart ni =)




Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yg kita inginkan.

  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.


Ni cheese tart yg dah siap di deco..Ok, sedia untuk dibakar.


Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.


Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama



 Selamat Mencuba (",)


* Resepi asal : Azita Kitchen, Azlita Masam Manis



Friday, November 4, 2011

Biskut Oat+ Cokelat Cip+ Mentega Kacang.

assalamu'alaikum

hari ini saya nak share dgn rakan2 tentang resipi biskut yang sedap
resipi ini diambil dar website Martha Stewart pd tahun 2008 yang lalu
dan dimodify sedikit mengikut kesesuaian bahan penulis

sebelum masak, baca bismillah dahulu dan niat kerana Allah.
memasak pun dikira ibadah kalau kita niat kerana ALLAH ^.^ hebat kann!
ok,jom tgk resipinya,

PEANUT BUTTER CHOCOLATE CHIP OATMEAL COOKIES

3 cawan oat
1/3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula merah
1 cawan gula
1 cawan mentega(better guna Buttercup ye puan2)
1/2 cawan mentega kacang(peanut butter)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan kacang tanah(tapi,saya tukar dgn almond and gajus)
2 cawan chocolate chip

1. mula2 panaskan oven 350 degree Fahrenheit..ataupn lebih kurang 180 darjah celcius.
2. Campurkan bahan2 yg kering,(oats,tepung gandum,baking soda,baking powder, dan garam dalam satu mangkuk.kacau siap2 ek.senang sket.pastu letakkan sahaja di tepi.
3. Dlm mangkuk mixer pulak,masukkan gula(gula merah n gula biasa),mentega dan peanut butter.Mix smua bahan2 ni,dgn speed medium .jgn laju sgt,nati terpelanting abes ke dinding puan2.Mix smua ni smpai nmpak agak fluffy dlm lebih kurang 5 minit..kalau bhs melayu..fluffy tu..kembang kot .selepas itu,masukkan telur dan esen vanilla
4. Kurangkan kelajuan mixer kepada slow,campurkan bahan-bahan kering (yang kat no 2 tu) ke dalam mixer sehingga ia nmpak sebati.Kemudian masukkan kacang tanah(nak tukar dgn almond dan gajus boleh gak) dan chocolate chips..
5. Lepas tu,cedok dgn tgn..agak2 dlm besar satu sudu besar..ataupun tpulang pada kemahuan masing2.tapi biskut ni cepat kembang.letak sikit pun nnti jadi besar.so letak sikit pun takpe.Letak atas dulang.Then masukkan dlm oven.lebih kurang 15 minit,kemudian angkat.


taadaa.beginilah hasilnya :D

biskut sedia dihidangkan  ^.^ untuk keluarga tersayang :)