Followers

Wednesday, January 30, 2013

Jom jadi baik!



Orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang yang memperoleh kemenangan.”

Nak berubah menjadi lebih baik? Bagus! Tetapi kita kena ingat apapun pekerjaan dimulakan dengan niat. 
Tanya pada diri, kita berubah untuk mendapatkan redha manusia atau redha Allah
Mari sama-sama perbetul niat kita. =)
(Ambil masa 5minit dari sekarang untuk perbetul dan perbaharui niat)

Alhamdulillah semoga Allah membuka jalan buat kita untuk sama-sama menuju ke arah jalan kebaikan. 
Andai anda telah menjejaki jalan kebaikan, teruskan dan jangan pernah berputus asa. 
Andai anda tersungkur sekalipun, carilah penawar di hadapan bukan ke belakang semula. 
Kekalkan perkara kebaikan yang telah anda lakukan dan ingatlah Allah melihat segala usaha kita walaupun sekecil-kecilnya InsyaAllah. 

PERJUANGAN ITU PAHIT, SYURGA ITU MANIS.

Paksa diri kita supaya berusaha untuk berubah, jangan manjakan diri! Nanti nafsu jadi degil dan rasuk diri kita. 
Tanamkan pada diri bahawa kita dapat atasi kesusahan dan kepayahan tersebut. 

Semoga Berjaya!