Followers

Friday, August 19, 2011

Sejarah Lailatul Qadr : Janggut Lebih Keras Daripada Besi.




Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.



Siapakah lelaki Bani Israil itu?



Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah.
tali yang terputus -sekadar gambar hiasan-

Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.


Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.
syaitan yang menyamar -gambar hiasan lagi-

Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.

Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.
ini pun gambar hiasan
[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]

Akhir kalam, adakah saudara tahu sejarah ini? Malulah kita beribadah kepada Allah tanpa mengetahui sejarahnya. Seperti ibadah solat, kita tahu sejarah baginda mendapat perintah solat pada malam Isra' Mikraj yang asalnya 50 waktu ditukar kepada lima. Semoga dengan tahunya sejarah Lailatul Qadar membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan 
tersebut.




*Kisah ini diambil dari kitab Mukashafah al-Qulub (Penenang Jiwa) bab 103 karangan Imam al-Ghazali.


WALLAHUALAM ..


-ARTIKEL DARI iluvislam.com-






p/s:: apa-apa pun.. SETTING la niat kita betul2 ..
beribadah bukan kerana LAILATULQADR..
tetapi ..because of ALLAH.


^^






selamat melakukan ibadah semua!!

Tuesday, August 9, 2011

ahlan wa sahlan ya Ramadhan ....!


Sedar atau tidak, sebenarnya sepanjang ramadhan , kita banyak melakukan latih tubi.  Ibadah yang dilakukan    secara, mendadak dan berterusan sebulan secara intensif. 

Kini rutin biasa berubah menjadi luar biasa.








Antara ibadah yang bersifat latih tubi ialah:



· Puasa dengan menahan lapar dan dahaga









· Solat sunat seperti tarawih, witir, tahajud dan sebagainya
· Melazimkan solat jemaah di masjid atau surau





· Membaca Al-quran dan bertadarus



· Iktikaf

· Berzikir





· Menambah ilmu melalui pelbagai medium





· Bangun awal, seawal jam 5 pagi untuk bersahur







· Mengurangkan hiburan
· Banyak bersedekah


· Beribadah bersungguh-sungguh pada 10 malam     terakhir




· Menunaikan zakat fitrah





Seperti mana latih tubi intensif bagi menghadapi exam, maka latih tubi pada bulan ramadhan  adalah persedian kita menjadi muslim yang lebih bertakwa, menghadapi hari-hari yang penuh cabaran dan ujian selepas ramadhan nanti



SELAMAT BERPUASA SEMUA ! :)