Sedar atau tidak, sebenarnya sepanjang ramadhan , kita banyak melakukan latih tubi. Ibadah yang dilakukan secara, mendadak dan berterusan sebulan secara intensif.
Kini rutin biasa berubah menjadi luar biasa.
Antara ibadah yang bersifat latih tubi ialah:
· Puasa dengan menahan lapar dan dahaga
· Solat sunat seperti tarawih, witir, tahajud dan sebagainya
· Melazimkan solat jemaah di masjid atau surau
· Membaca Al-quran dan bertadarus
· Iktikaf
· Berzikir
· Menambah ilmu melalui pelbagai medium
· Bangun awal, seawal jam 5 pagi untuk bersahur
· Mengurangkan hiburan
· Banyak bersedekah
· Beribadah bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir
· Menunaikan zakat fitrah
Seperti mana latih tubi intensif bagi menghadapi exam, maka latih tubi pada bulan ramadhan adalah persedian kita menjadi muslim yang lebih bertakwa, menghadapi hari-hari yang penuh cabaran dan ujian selepas ramadhan nanti
SELAMAT BERPUASA SEMUA ! :)
No comments:
Post a Comment