Followers

Friday, December 16, 2011

Rasulullah s.a.w suri teladan

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t


Apa khabar sahabat-sahabat? moga semua sentiasa berada dalam redha Allah.insyaAllah.


InsyaAllah, hari ini saya akan berkongsi tentang qudwah hasanah yang teragung, iaitu Rasulullah s.a.w . 


Sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W  telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak kepada umatnya, iaitu, tentunya kita semua yang merupakan umat akhir zaman.sebagaimana sabda Rasulullah: 

            “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.



Dalam kehidupan seharian kita, Rasulullah s.a.w merupakan contoh paling baik untuk kita jadikan role model dalam apa jua kegiatan kita. Banyak contoh-contoh akhlak Rasulullah s.a.w yang dapat kita amalkan dalam kehidupan kita. Antaranya ialah

  • Apabila Rasulullah s.a.w berjalan, selalu kanak-kanak datang mengelilingi baginda kerana sifat penyayang. 
  • Apabila gembira, baginda senyum dengan seluruh hatinya, ketawanya adalah senyuman dan baginda tidak ketawa secara kuat. 
  • Apabila bertemu orang, baginda akan memberi salam terlebih dahulu sebelum orang sempat memberi salam. 
  • Baginda sangat kasih terhadap fakir miskin, anak yatim dan haiwan. 
  • Kalau berjalan, pandangan matanya lebih banyak ke bumi berbanding ke hadapan (rupanya, berjalan tunduk tu salah satu sunnah).. 
  • Baginda sangat memelihara pakaiannya agar sentiasa rapi dan bersih. 
  • Baginda juga sangat suka pakaian yang berwarna putih. 
  • Selain itu, wajah baginda sentiasa kelihatan bersih, bersinar dan bercahaya.


(Rujukan : "Riwayat Rasulullah s.a.w : Sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w". Gabungan beberapa buah kitab sirah nabi tulisan Maulana Syed Abul Hasan Ali An-Nadw) Halaqah.net
___________________________________________________

InsyaAllah,semoga kita dapat amalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita
kalau tak boleh semua pun, kita boleh cuba satu persatu secara perlahan-lahan tetapi istiqomah, dan seterusnya secara tidak langsung, kita akan jadikan sebagai amalan dalam hidup kita. 

insyaAllah, ana akan berkongsi tentang qudwah hasanah Rasulullah s.a.w mengikut skop dan lebih terperinci pada perkongsian akan datang ^.^

jom sama-sama kita jadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola kita :)
wslm 

No comments:

Post a Comment