Followers

Friday, October 25, 2013

Mari Belajar Membuat Doodle :)

Bismillah..

Doodle. Apa itu doodle? Adakah ianya sejenis makanan? atau mungkin juga spesis dodol? Bukan..Bukan.. :) Doodle dan dodol bukan perkara yang sama ye.. :D Gambar berikut merupakan contoh-contoh doodle menggunakan Microsoft Excel..




Faham dah doodle tu apa? Dengan mempelajari bagaimana menghasilkan doodle, kita boleh berdakwah dengan cara yang kreatif. Yang penting anda ada perisian Microsoft Excel dan Paint di dalam komputer. Tutorial ini insyaAllah mudah untuk diikuti..Hasil akhir doodle kita adalah seperti gambar di bawah.


Gambar di bawah merupakan sedikit preview bagaimana langkah demi langkah menghasilkan doodle ini. 






 **Untuk tutorial penuh sila klik disini.
**Anda bebas untuk download tutorial tersebut.
**Semoga memberi manfaat. InsyaAllah. 


Assalamualaikum. :)




Monday, October 21, 2013

Tarbiyah bukan setakat halaqah!



" Akak, saya tak dapat hadir ke daurah.."

" Kenapa? weekend ni takde pape kan?"

" Saya nak balik kampung, ada aktiviti dgn kawan2, ada hal…."

" Oh.. ok.."


Mesej berakhir di situ. Luluh hati seorang murobbiyah apabila tiada seorang pun anak halaqah mereka mengikuti daurah. Padahal, untuk mengukur kejayaan seseorang akhwat itu dalam membina adalah hadirnya mutorobiah mereka ke daurah
Sarana tarbiyah
Mungkin ada yang kurang faham tentang kepentingan hadir ke daurah. Atau merasakan tarbiyah hanya cukup diperolehi di halaqah sahaja. Dan sebagai seorang murobbiyah, pentingnya untuk kita menerangkan secara jelas  bahawa tarbiyah tidak hanya di halaqah tetapi perlunya menghadiri acara-acara lain untuk mendapat tarbiyah yang sempurna.
Begitu juga seorang cikgu, untuk menjadikan anak muridnya cemerlang dalam akademik, perlunya dia menyediakan kelas tambahan, tuisyen, program skor A, speed modul, teknik jawab soalan dan sebagainya. Ini kerana, seorang cikgu percaya bahawa program pengajian di dalam kelas tidak akan mampu sepenuhnya membantu pelajar untuk memahami pengajaran dengan baik, tetapi perlu dilakukan kelas-kelas tambahan untuk memastikan mereka memahami sebenarnya subjek yang dipelajari.
Maka, semestinya program tarbiyah yang kita ikuti perlu juga memastikan mutorobiyahnya atau peserta tarbiyahnya mengikuti program-program yang diadakan seperti rehlah, mukhayyam, mabit, iftar, daurah dan program-program yang berkaitan. Ini demi memastikan seorang mutorobiyah itu memahami sebenarnya tarbiyah yang mereka ikuti dan meningkatkan kefahaman mereka sebagai orang yang ditarbiyah disamping membina ukhwah dikalangan mereka yang mengikuti tarbiyah sepertinya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgx2lasCHJfPnwhXhhJrQMrlV_P7UUkvw6JTxfmZUmiSlY5o_vFq64DihbBSz1n52yq8vcZBtoarl8rV_dgV4VoqdHSxo2S10cnqKj6untIvU-CYk0yCERjgOJ5beZF0nD4RJxWoT6MHZ4/s1600/Tarbiyah_by_luzeon.jpg

Keutamaan kita
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYLvXy6R2ygQnAhts5TMKg2IqTP4l8XFfvNHSIprbs_iHVcGU1mivDWlkTO1vS2JYMG2ZQRs7i8dlVjm6hh-o49I30vfoVFhEUDx0t9Ko4LzPpuomxS4U1EYR4bokS_qF58y8wo9WxwEyw/s1600/priority.jpg
memilih keutamaan
Kita perlu jelas bahawa, apabila kita mengikuti tarbiyah, maka, terdapat perbezaan antara program tarbiyah dan program islamik yang lain. Jikalau program lain hanya bersifat umum dan mempunyai peserta yang ramai, maka program tarbiyah adalah bersifat fokus dan pesertanya hanyalah orang yang mengikuti tarbiyah @ halaqah.
Jadi, perlunya kita mengutamakan program tarbiyah itu sendiri daripada program lainnya kerana setiap program yang dibuat untuk kita sememangnya ada objektif tertentu.
Bukanlah bermaksud apabila kita memasuki arena tarbiyah, kita dihalang mengikuti program islamik yang lain. Malah, kita memang sangat digalakkan untuk mengikutinya. Cuma, adalah menjadi keutamaan kita untuk kita terus memilih sesuatu yang lebih patut diprioritikan daripada yang lain.
Jika, tidak ada apa-apa program tarbiyah yang dilakukan, maka, silakan untuk mengikuti program islamik yang lain. Tiada masalah.




Penutup: Halaqah bukan setakat ilmu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGCbmBszGhvJJDa0MNwhIr6QneufawNYUc3OQnRq7mdLtYaEdBFqe4Bab4BRdIp-Jvcy5Cp81_OuBZpZmSHpQJgbMPua0vTZLhTTYYAKW2-mZNIxXJ3aqOh9A-pFWyPt3vYbBcRqii4oud/s1600/halaqah.jpg
Tarbiyyah bukan sekadar Halaqah
Sekiranya kita mahukan hanya ilmu daripada halaqah itu sendiri, maka silakan belajar di Mesir, Jordan atau Mekah  kerana disana terdapat begitu ramai para ilmuan yang boleh kita jadikan guru. Namun, kita perlu tahu bahawa halaqah bukan setakat itu sahaja. Malah, ia lebih daripada itu.
Halaqah adalah lebih bersifat pembinaan dan kesedaran individu dalam berislam. Dan bagaimana sikap seseorang apabila mahu menjadi individu muslim yang sempurna.

Jadi, marilah kita sama-sama memahami bahawa, kita datang halaqah bukan setakat mahukan ilmu tetapi kita mahukan tahu dan amal. Sekali kita tahu, maka kita dituntut untuk mengamalkannya dengan pantauan murobbiyah. Itulah yang lebih berkesan sebenarnya.