" Akak, saya tak dapat hadir ke daurah.."
" Kenapa?
weekend ni takde pape kan?"
" Saya nak
balik kampung, ada aktiviti dgn kawan2, ada hal…."
" Oh..
ok.."
Mesej berakhir di situ. Luluh hati seorang
murobbiyah apabila tiada seorang pun anak halaqah mereka mengikuti daurah.
Padahal, untuk mengukur kejayaan seseorang akhwat itu dalam membina adalah
hadirnya mutorobiah mereka ke daurah
Sarana tarbiyah
Mungkin ada yang
kurang faham tentang kepentingan hadir ke daurah. Atau merasakan tarbiyah hanya
cukup diperolehi di halaqah sahaja. Dan sebagai seorang murobbiyah, pentingnya
untuk kita menerangkan secara jelas bahawa tarbiyah tidak hanya di
halaqah tetapi perlunya menghadiri acara-acara lain untuk mendapat tarbiyah
yang sempurna.
Begitu juga
seorang cikgu, untuk menjadikan anak muridnya cemerlang dalam akademik,
perlunya dia menyediakan kelas tambahan, tuisyen, program skor A, speed modul,
teknik jawab soalan dan sebagainya. Ini kerana, seorang cikgu percaya bahawa
program pengajian di dalam kelas tidak akan mampu sepenuhnya membantu pelajar
untuk memahami pengajaran dengan baik, tetapi perlu dilakukan kelas-kelas
tambahan untuk memastikan mereka memahami sebenarnya subjek yang dipelajari.
Maka, semestinya
program tarbiyah yang kita ikuti perlu juga memastikan mutorobiyahnya atau
peserta tarbiyahnya mengikuti program-program yang diadakan seperti rehlah,
mukhayyam, mabit, iftar, daurah dan program-program yang berkaitan. Ini demi
memastikan seorang mutorobiyah itu memahami sebenarnya tarbiyah yang mereka
ikuti dan meningkatkan kefahaman mereka sebagai orang yang ditarbiyah disamping
membina ukhwah dikalangan mereka yang mengikuti tarbiyah sepertinya.
Keutamaan
kita
memilih keutamaan
Kita perlu jelas
bahawa, apabila kita mengikuti tarbiyah, maka, terdapat perbezaan antara
program tarbiyah dan program islamik yang lain. Jikalau program lain hanya
bersifat umum dan mempunyai peserta yang ramai, maka program tarbiyah adalah
bersifat fokus dan pesertanya hanyalah orang yang mengikuti tarbiyah @ halaqah.
Jadi, perlunya
kita mengutamakan program tarbiyah itu sendiri daripada program lainnya kerana
setiap program yang dibuat untuk kita sememangnya ada objektif tertentu.
Bukanlah
bermaksud apabila kita memasuki arena tarbiyah, kita dihalang mengikuti program
islamik yang lain. Malah, kita memang sangat digalakkan untuk mengikutinya.
Cuma, adalah menjadi keutamaan kita untuk kita terus memilih sesuatu yang lebih
patut diprioritikan daripada yang lain.
Jika, tidak ada
apa-apa program tarbiyah yang dilakukan, maka, silakan untuk mengikuti program
islamik yang lain. Tiada masalah.
Penutup:
Halaqah bukan setakat ilmu
Tarbiyyah bukan sekadar Halaqah
Sekiranya kita
mahukan hanya ilmu daripada halaqah itu sendiri, maka silakan belajar di Mesir,
Jordan atau Mekah kerana disana terdapat begitu ramai para ilmuan yang
boleh kita jadikan guru. Namun, kita perlu tahu bahawa halaqah bukan setakat
itu sahaja. Malah, ia lebih daripada itu.
Halaqah adalah
lebih bersifat pembinaan dan kesedaran individu dalam berislam. Dan bagaimana
sikap seseorang apabila mahu menjadi individu muslim yang sempurna.
Jadi, marilah kita sama-sama memahami bahawa, kita datang halaqah bukan setakat mahukan ilmu tetapi kita mahukan tahu dan amal. Sekali kita tahu, maka kita dituntut untuk mengamalkannya dengan pantauan murobbiyah. Itulah yang lebih berkesan sebenarnya.
Jadi, marilah kita sama-sama memahami bahawa, kita datang halaqah bukan setakat mahukan ilmu tetapi kita mahukan tahu dan amal. Sekali kita tahu, maka kita dituntut untuk mengamalkannya dengan pantauan murobbiyah. Itulah yang lebih berkesan sebenarnya.
No comments:
Post a Comment