Followers

Friday, January 31, 2014

Rasulullah SAW & Limau.

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahualam…

Wednesday, January 15, 2014

Kenapa agenda COMANGO perlu dihalang

Assalamualaikum wbt.. Jom cakna mengenai isu COMANGO! 

Apa itu COMANGO?

Comango adalah gabungan NGO liberal dan anti Islam yang menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi negara-negara dunia supaya menekan Malaysia agar menerima tuntutan-tuntutan COMANGO.

Antara tuntutan-tuntutan yang dibuat adalah seperti dibawah:



Dalam isu ini janganlah kita menunggu untuk terhantuk barulah kita hendak mengadah kerana ia adalah amanah yang besar kepada kita iaitu golongan umat Islam masa kini untuk memelihara dan mempertahankan Islam demigenerasi masa hadapan.

.Ayuh bantah dan tentang sekeras-kerasnya terhadap agenda jahat COMANGO ! 


Tuesday, January 7, 2014

Cenderahati yang simple

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Harini ana nak kongsikan salah satu cenderahati yang ana pernah buat semasa ana menjadi AJK hadiah dan cenderahati sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013. 


Kadang-kadang bila kita ditugaskan untuk menjadi AJK hadiah, mesti kita pening untuk memikirkan cenderahati apa yang sesuai untuk diberikan kepada para ahli tambah-tambah lagi waktu yang diberi suntuk je contohnya 3 hari. Kalau beli memang mudah tapi rasa tak seronok sebab bukan air tangan kita yang buatkan. 


Tadaaaa! inilah hasil ana. Mungkin ada banyak kekurangan tapi insyaAllah dapat siapkan dalam masa beberapa hari je ^^.



Haaa.... senang je nak buat cenderahati macam kat dalam gambar tu.. sangat-sangat senang macam petik jari je.

1st )
Batang aiskrim yang dijual di kedai. 

1 paket dalam 25 batang ni baru berharga RM2.90 aje. ^^ Kalau nak nampak lagi menarik, belilah batang aiskrim yang warna warni. Tapi harga mungkin mahal sikit dari yang di atas. Sebab lagi menarikkan.

2nd)
Fluorescent colour paper-sticker

Pastikan kertas warna berbentuk A4 yang kita beli tu merupakan sticker. Nanti kerja kita jadi mudah, bina je ayat yang kita nak masukkan contohnya dalam gambar di atas, ana pilih :

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (52:56)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Nak tulis huruf tu senang je. Tapi sebelum print kena try print kat kertas lain dulu. Takut nanti saiz tak sesuai dengan lebar batang aiskrim ke. Dan yang paling penting. Masa nak print, pastikan kertas A4 penuh. Sebab nanti akan membazir bila print untuk 1 batang aiskrim je. Bila kertas tu dah gunting, susah la nak guna balik untuk print yang lain.

3rd)
Sticker timbul yang menarik (mengikut kegemaran masing-masing)

 Lastly, beli sticker yang kita minat, untuk dijadikan hiasan di hujung batang aiskrim. Baru nampak lebih menarik. :D 

Senang je kan? selamat mencuba! Hasilkan yang lebih menarik dari ni tau. Selamat maju jaya dan good luck!!! 


Monday, January 6, 2014

Jom Berebut Mengucapkan Salam!




Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takbur. (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

Bila kita bercakap tentang memberi salam ni, kadang-kadang ramai orang yang bergurau dengan menggunakan salam. Kadang-kadang pun kalau kita perhatikan 'style' mesej yang kononnya ringkas seperti 'askom' , 'askum' dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Sebenarnya ia tidak membawa maksud yang sebenar seperti mana 'assalamualaikum' yang mana bermaksud dari segi Bahasa Arab 'selamat sejahtera ke atas kamu'. Manakala bagi pihak yang menjawab salam pula akan menjawab 'Waalaikumussalam' yang mana  pula bereti 'selamat sejahtera ke atas kamu juga'.


Setiap orang Islam dianjurkan untuk memberi dan menjawab salam apabila bertemu dengan saudara sesama Islam setiap kali berjumpa. Orang yang memberi salam dihukum sunat untuk menyampaikan salam dan juga diberi PAHALA! Manakala bagi yang menjawab salam pula dihukumkan wajib dan sekiranya seseorang itu enggan menjawab salam dari saudara sesama Islamnya, ia adalah satu perbuatan DOSA!

Kenapa eh dituntut memberi dan menjawab salam ni????
Macam tak penting jer....
Macam tak rock jer....
Macam poyo jer....

Macam..macam..dan macam macam.........bla bla bla........

Ini kerana banyak hadis-hadis yang menceritakan mengenai memberi dan menjawab salam. Selain itu, memberi dan menjawab salam ni merupakan amalan Rasulullah, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Jadi jomlah kita rebut peluang ini untuk menghidupkan kembali amalan-amalan Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabat Baginda yang mulia. ^^ InsyaAllah kita tak akan rugi kerana para malaikat akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan menjawab salam sebanyak 70KALI !!

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70kali." (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

Selain itu........

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan memberi salam." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud)

Kenapa hanya pada mereka yang memulakan memberi salam??

Ini kerana mereka yang memulakan memberi salam kepada saudaranya bermaksud individu tersebut tersebut  sedang mendoakan saudaranya itu supaya Allah menyelamatkannya daripada segala musibah seperti dijauhkan daripada penyakit berbahaya, kejahatan manusia, keseksaan api neraka dan sebagainya.
  

Rasulullah SAW bersabda :
"Kamu tidak akan masuk Syurga selagi kamu tidak beriman,
dan belumlah kamu beriman selagi kamu tidak menyayangi sesama sendiri.
Apakah kamu ingin tahu sesuatu perkara yang dapat membuat kamu menyayangi sesama sendiri ?
Sebarkanlah salam."
(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, dan At-Tirmidzi)

Ruginya kita sekiranya malu untuk mengucapkan salam kepada orang yang kita kenali mahupun kepada mereka yang belum kita kenal. Keadaan ini umpama kita sedang menolak pahala yang mana Allah dah sajikan secara percuma kepada kita dan perkara tersebut tidak perlu dibayar sedikit pun. Selain itu, kita juga tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan apa-apa harta benda mahupun tenaga. ^^ SubhanAllah..

Apa lagi yang nak ditunggu?
Jom berebut ucapkan salam! ^^




Friday, January 3, 2014

Bila Berduka, Apa Solusinya?

Bismillahirrahmanirrahim..

Di astro Ria ada movie kum-kum,
saya mulakan entri kali ini dengan Assalamualaikum. :)

Berfokuskan kepada tajuk yakni bila kita berduka apa solusi yang patut kita lakukan sebenarnya. Apa, kenapa dan bagaimana harus kita lakukan apabila kita berduka..

Sedar atau tidak, sebenarnya berduka ni adalah suatu pilihan yang tidak sewajarnya diambil oleh kita bila terjadinya sesuatu perkara yang membuatkan kita berduka. Sekiranya diberi pilihan antara dua iaitu antara gembira atau berduka. Sudah tentu kebanyakan daripada kita akan memilih bahagia. Betulkan? :)

OK! Cuba bayangkan.........

Kalau kita imbas kembali hari-hari yang pernah kita lalui, tatkala kita berasa gembira, ada x kita merasa akan perasaan berduka. Dan begitu juga sebaliknya, tatkala kita berasa berduka, ada x kita merasa akan perasaan gembira? Sudah tentu tidakkan. Kita cuma akan merasa satu sahaja perasaan sama ada gembira atau berduka. Jadi, ia adalah pilihan yang ditentukan oleh diri kita sendiri.


Apabila kita berduka, ia adalah sebuah ujian ataupun dugaan yang diberi kepada kita untuk menjadi lebih tabah dari sebelumnya, untuk kita menjadi seseorang yang lebih kuat dari segi mental mahupun fizikal. Kadangkala kita berdoa supaya Allah menjadikan diri kita menjadi seorang yang tabah, Kemudian kita diuji dengan kehilangan orang yang tersayang mungkin, saat itu kita perasan atau tidak bahawa Allah membantu kita untuk menjadi seorang yang tabah. MasyaAllah..

Dalam kehidupan, kita tidak akan lari dari merasai asam garam, pahit manisnya sebuah kehidupan. Ada hari akan terasa kemanisannya, dan kadangkala ada hari yang membuatkan kita akan merasai keperitan hari tersebut. Namun, jika kita dilanda perasaan berduka, dalam perjalanan ke arah berduka atau ada angin sepoi-sepoi bahasa ke arah perasaan berduka, cepat-cepatlah ambil inisiatif supaya perasaan tersebut dapat dikurangkan, dijauhkan dan kalau boleh tidak ada langsung perasaan berduka. Tetapi manusia tetap manusia. Seorang hamba Allah yang masih punya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Kadang-kadang kita berduka atas perkara yang tidak sewajarnya untuk didukakan. Contoh yang paling hampir bagi seorang penuntut ilmu ialah berduka apabila berjauhan dengan keluarga atau lebih dikenali sebagai HOMESICK! Berdukakan bagi orang yang homesick? Tapi kita tidak perasan bahawa kita berjauhan dengan keluarga bukan untuk suka-suka atau bersuka ria tetapi untuk menuntut ilmu Allah yang tiada penamatnya. Tapi tidak salah untuk punya perasaan sedemikian, itu tandanya kita sayangkan keluarga kita. ^^

Apa-apapun, sama ada kita memilih untuk menjadi seorang hamba yang bahagia ataupun seorang hamba yang berduka, ia adalah terletak di tangan kita sendiri. Ini kerana, perasaan tersebut hadir disebabkan kita sendiri. Sekiranya kita sedang dilanda kedukaan, amalkan bacaan doa ini:

Doa Elak Dari Berduka.


" Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kesedihan dan kegusaran, sifat lemah dan malas, penakut dan sifat kedekut, aku berlindung dari-Mu Ya Allah daripada kesempitan hutang dan penindasan orang yang zalim. "

AZAM!

Tanpa AZAM yang kuat, kita tidak akan mampu untuk melawan sesuatu penyakit. Hadirnya ubat hanya menjadi pelengkap kepada proses rawatan yang sedang kita lalui. Tetapi tidak semua penyakit boleh diubati dengan ubat sekiranya kita tidak berazam untuk sembuh. BERAZAMLAH! Berazamlah untuk melawan perasaan duka! Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak terjangka. InsyaAllah ^^.

Allah berfirman:
"Apabila kamu mempunyai keazaman, hendaklah kamu bertawakal kepada Allah." (Ali-Imran:159)

Apa-apapun, kita sebagai hamba Allah, haruslah sentiasa berdoa. Sesungguhnya doa itu merupakan senjata bagi orang mukmin. Mohonlah kepada Allah kerana Allah sentiasa mendengar permintaan kita. Tetapi segera atau lewat doa kita dikabulkan adalah bergantung kepada kekuatan DOA kita kepada-Nya. Dan sekiranya Allah tidak menjawab doa kita di dunia, InsyaAllah Allah akan menjawab doa itu di akhirat. Itu janji  Allah kepada hamba-hambanya yang berdoa.



Sebagai pengakhirannya, kita harus sedar, apa-apa yang dimiliki oleh kita sekarang merupakan HAK MILIK Allah. Kita cuma meminjam akan semua yang dimiliki oleh kita sekarang. Jika ditakdirkan Allah menarik semua kurniaannya dalam keadaan kita futur, tidak berpegang kepada tali Allah, nescaya kita tergolong dalam golongan yang rugi. Nauzubillahiminzalik. Berusahalah untuk SENYUM. Senyumlah apabila berhadapan dengan masalah. Ucapkanlah ALHAMDULILLAH apabila kita sedang diuji. Sesungguhnya ujian itu membantu meningkatkan martabat kita disisi Allah. SubhanAllah :D

Sentiasalah bermuhasabah diri. Sentiasalah ada semangat jihad untuk melawan nafsu diri tatkala kita rasa lemah, kecewa dan banyak lagi. Jangan manjakan diri dengan sesuatu yang kita rasa betul tetapi sebenarnya perkara itu membawa mudarat dalam diri kita.

Rujukan: Mengapa perlu berduka bila ada bahagia. Ustazah Norsaleha Mohd Salleh.