Bismillahirrahmanirrahim..
Di astro Ria ada movie kum-kum,
saya mulakan entri kali ini dengan Assalamualaikum. :)
Berfokuskan kepada tajuk yakni bila kita berduka apa solusi yang patut kita lakukan sebenarnya. Apa, kenapa dan bagaimana harus kita lakukan apabila kita berduka..
Sedar atau tidak, sebenarnya berduka ni adalah suatu pilihan yang tidak sewajarnya diambil oleh kita bila terjadinya sesuatu perkara yang membuatkan kita berduka. Sekiranya diberi pilihan antara dua iaitu antara gembira atau berduka. Sudah tentu kebanyakan daripada kita akan memilih bahagia. Betulkan? :)
OK! Cuba bayangkan.........
Kalau kita imbas kembali hari-hari yang pernah kita lalui, tatkala kita berasa gembira, ada x kita merasa akan perasaan berduka. Dan begitu juga sebaliknya, tatkala kita berasa berduka, ada x kita merasa akan perasaan gembira? Sudah tentu tidakkan. Kita cuma akan merasa satu sahaja perasaan sama ada gembira atau berduka. Jadi, ia adalah pilihan yang ditentukan oleh diri kita sendiri.
Apabila kita berduka, ia adalah sebuah ujian ataupun dugaan yang diberi kepada kita untuk menjadi lebih tabah dari sebelumnya, untuk kita menjadi seseorang yang lebih kuat dari segi mental mahupun fizikal. Kadangkala kita berdoa supaya Allah menjadikan diri kita menjadi seorang yang tabah, Kemudian kita diuji dengan kehilangan orang yang tersayang mungkin, saat itu kita perasan atau tidak bahawa Allah membantu kita untuk menjadi seorang yang tabah. MasyaAllah..
Dalam kehidupan, kita tidak akan lari dari merasai asam garam, pahit manisnya sebuah kehidupan. Ada hari akan terasa kemanisannya, dan kadangkala ada hari yang membuatkan kita akan merasai keperitan hari tersebut. Namun, jika kita dilanda perasaan berduka, dalam perjalanan ke arah berduka atau ada angin sepoi-sepoi bahasa ke arah perasaan berduka, cepat-cepatlah ambil inisiatif supaya perasaan tersebut dapat dikurangkan, dijauhkan dan kalau boleh tidak ada langsung perasaan berduka. Tetapi manusia tetap manusia. Seorang hamba Allah yang masih punya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.
Kadang-kadang kita berduka atas perkara yang tidak sewajarnya untuk didukakan. Contoh yang paling hampir bagi seorang penuntut ilmu ialah berduka apabila berjauhan dengan keluarga atau lebih dikenali sebagai HOMESICK! Berdukakan bagi orang yang homesick? Tapi kita tidak perasan bahawa kita berjauhan dengan keluarga bukan untuk suka-suka atau bersuka ria tetapi untuk menuntut ilmu Allah yang tiada penamatnya. Tapi tidak salah untuk punya perasaan sedemikian, itu tandanya kita sayangkan keluarga kita. ^^
Apa-apapun, sama ada kita memilih untuk menjadi seorang hamba yang bahagia ataupun seorang hamba yang berduka, ia adalah terletak di tangan kita sendiri. Ini kerana, perasaan tersebut hadir disebabkan kita sendiri. Sekiranya kita sedang dilanda kedukaan, amalkan bacaan doa ini:
Doa Elak Dari Berduka.
" Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kesedihan dan kegusaran, sifat lemah dan malas, penakut dan sifat kedekut, aku berlindung dari-Mu Ya Allah daripada kesempitan hutang dan penindasan orang yang zalim. "
AZAM!
Tanpa AZAM yang kuat, kita tidak akan mampu untuk melawan sesuatu penyakit. Hadirnya ubat hanya menjadi pelengkap kepada proses rawatan yang sedang kita lalui. Tetapi tidak semua penyakit boleh diubati dengan ubat sekiranya kita tidak berazam untuk sembuh. BERAZAMLAH! Berazamlah untuk melawan perasaan duka! Apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak terjangka. InsyaAllah ^^.
Allah berfirman:
"Apabila kamu mempunyai keazaman, hendaklah kamu bertawakal kepada Allah." (Ali-Imran:159)
Apa-apapun, kita sebagai hamba Allah, haruslah sentiasa berdoa. Sesungguhnya doa itu merupakan senjata bagi orang mukmin. Mohonlah kepada Allah kerana Allah sentiasa mendengar permintaan kita. Tetapi segera atau lewat doa kita dikabulkan adalah bergantung kepada kekuatan DOA kita kepada-Nya. Dan sekiranya Allah tidak menjawab doa kita di dunia, InsyaAllah Allah akan menjawab doa itu di akhirat. Itu janji Allah kepada hamba-hambanya yang berdoa.
Sebagai pengakhirannya, kita harus sedar, apa-apa yang dimiliki oleh kita sekarang merupakan HAK MILIK Allah. Kita cuma meminjam akan semua yang dimiliki oleh kita sekarang. Jika ditakdirkan Allah menarik semua kurniaannya dalam keadaan kita futur, tidak berpegang kepada tali Allah, nescaya kita tergolong dalam golongan yang rugi. Nauzubillahiminzalik. Berusahalah untuk SENYUM. Senyumlah apabila berhadapan dengan masalah. Ucapkanlah ALHAMDULILLAH apabila kita sedang diuji. Sesungguhnya ujian itu membantu meningkatkan martabat kita disisi Allah. SubhanAllah :D
Sentiasalah bermuhasabah diri. Sentiasalah ada semangat jihad untuk melawan nafsu diri tatkala kita rasa lemah, kecewa dan banyak lagi. Jangan manjakan diri dengan sesuatu yang kita rasa betul tetapi sebenarnya perkara itu membawa mudarat dalam diri kita.
Rujukan: Mengapa perlu berduka bila ada bahagia. Ustazah Norsaleha Mohd Salleh.
No comments:
Post a Comment