Followers

Sunday, May 24, 2015

Morsi dituduh menghina mahkamah

KAHERAH, Ahad – Bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi hari ini didakwa atas tuduhan menghina mahkamah dalam kes membabitkan 24 lagi anggota Ikhwanul Muslimin.
Sambil menolak perbicaraan itu yang dianggapnya tidak berperlembagaan, Morsi berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannya, kata saksi.
“Saya menghormati mahkamah tetapi menolak perbicaraan ini. Saya dibawa ke mahkamah ini secara paksa.
“Tidak ada seorang pun yang dibenarkan melawat saya di penjara sejak 7 November 2013,” katanya dari kandang tertuduh mahkamah yang terletak dalam sebuah akademi polis di pinggir Kaherah.
Pada pertengahan 2013, tentera menggulingkan Morsi berikutan tunjuk perasaan besar-besaran ketika hanya setahun usia pemerintahannya.
Dalam perbicaraan hari ini, tertuduh yang lain juga menafikan mereka menghina mahkamah ketika membuat ulasan dalam media.
Mereka termasuk pemimpin aktivis berfahaman sekular, Ala’a Abdul Fattah, yang telah dihukum penjara lima tahun kerana melanggar arahan pengharaman tunjuk perasaan. Beliau mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan terhadap bekas Presiden Hosni Mubarak.
Antara yang turut dituduh ialah pengacara rancangan kontroversi TV, Tawfik Okasha dan wartawan terkenan Abdul Halim. Senarai tertuduh yang lain ialah bekas ahli Parlimen dan peguam serta aktivis sosial.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara selama setahun dan membayar denda RM4,700.
Hakim Mahkamah Jenayah, Ahmad Abdul Wahab, menangguhkan perbicaraan kepada 27 Julai bagi memberi masa kepada peguam bela untuk meneliti kes.
Morsi juga berdepan satu lagi kes iaitu membocorkan maklumat rahsia kepada Qatar. Beliau boleh dihukum mati jika didapati bersalah.
Minggu lalu, beliau dijatuhi hukuman mati atas tuduhan melarikan diri dari penjara ketika pemerintahan Hosni Mubarak pada 2011. – Agensi
Sumber: www.ismaweb.com

Thursday, May 21, 2015

Merogol anak sendiri dan dibebaskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tak kira siapapun anda, buka mata, buka hati, untuk meneliti kes ini.
Persoalan yang muncul di kepala, "Apa nak jadi dengan Malaysia?"


Oleh Azri El
BANGI, Khamis – Pembebasan tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong oleh Mahkamah Rayuan atas alasan tiada bukti penetrasi zakar, menampakkan betapa undang-undang sivil tidak boleh membela mangsa.
Mahkamah Rayuan telah menggugurkan hukuman asal dengan alasan bahawa tiada penetrasi zakar berlaku dan di dalam kes ini, penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol.
Bagi Wanita ISMA, ini satu lagi episod malang dalam sistem keadilan negara apabila fakta tertuduh merupakan bapa kandung dan kesalahan pencabulan tersebut dilakukan berulang kali tidak diambil kira oleh undang-undang sivil.
“Amat dikesalkan undang-undang sivil tidak mengambil kira faktor pembuktian DNA sebagai bukti rogol dan menyebabkan mangsa rogol teraniaya,” kenyataan mereka dipetik daripada laman rasmi Wanita ISMA www.wanitaisma.net
Islam katanya, mengkategorikan rogol atau zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud dan hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian empat orang atau pengakuan tertuduh.
Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui empat orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti atau qarinah kes.
“Hukuman yang boleh dikenakan ialah takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.
Fakta kes menyatakan Bunya Jalong telah digugurkan daripada empat pertuduhan merogol anak gadisnya sendiri berumur 15 tahun sehingga mengandung dan melahirkan bayi.
Ujian DNA telah membuktikan bahawa si pesalah adalah bapa kepada bayi tersebut.
Sumber: www.ismaweb.com

sibuk dakwah vs sibuk study

Assalamualaikum semua.

"Kita datang ke universiti tujuan utama untuk belajar. Mak ayah pun nak tengok kita berjaya, jadi belajarlah bersungguh-sungguh. Dakwah pula..................................."

Ok. sebagai seorang pelajar, kita sibuk dengan banyak benda. Contohnya sibuk dengan assignment, group disscussion, taklimat, bengkel, pertandingan itu, pertandingan ini dan macam-macam lagi. Betul, kita datang ke sesuatu tempat untuk belajar. Nak gembirakan mak ayah kita dengan berjaya dan cemerlang dalam bidang yang kita ambil. Tapi, dalam kesibukan tu, jangan pula dilupa perintah Allah.

Kita merupakan khalifah dan hamba.

HAMBA Allah?

Bila kita mempunyai tuan. Sudah semestinya kita cuba meraih perhatian dari tuan kita. Kita cuba untuk membuat perkara yang menyenangi hati tuan kita. Malahan sanggup berbuat apapun asalkan tuan kita gembira dan tidak memarahi kita. Bukan?

Tapi kenapa tidak kita cuba raih perhatian dari Allah. Kalau kita mendapat kesenangan di dunia, kita terus lupakan Dia manakala bila kesusahan tiba, baru kita sibuk mencari-cari. Hamba yang taatkah kita kepada tuannya?

Dari sisi dakwah pula, boleh jadi kita senang untuk turun mabit, mukhayyam, usrah, jaulah bila mana masa tu kita free, masa kita lapang. Jadi kita terus ok nak pergi sebab kita tahu ganjaran yang bakal kita perolehi. Tapi bila mana kita diuji dengan kesibukan, masa ni la ada mabit, masa ni jugak ada program dengan kawan-kawan, program di institusi pengajaran. Haa. Di sinilah yang membezakan kita dengan orang lain. Bagaimana. Apa solusi yang bakal kita buat. Ikut nafsu atau sebaliknya. Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita imbas balik. Perhatikan orang di sekeliling kita. Ramai sangat manusia. Ada yang urusannya penuh dengan dakwah. Ada yang penuh dengan urusan duniawi. Tapi pernah tak terfikir, macam mana mereka yang sibuk dengan urusan dakwah, mampu mendapat score yang tinggi di setiap bidang institusi! SubhanAllah. Dalam kesibukan pun mampu menyaingi orang yang mempunyai banyak masa untuk belajar. Kenapa?

Jom fikir balik. 
Siapa yang bagi markah untuk kertas ujian? Pensyarah.
Siapa yang bagi ilham kepada pensyarah untuk bagi berapa markah? Allah.

Nampak? Apa-apa yang kita lakukan, kalau Allah tak redha, nescaya sia-sia usaha kita. Tapi bila mana kita lakukan sesuatu atas redha Allah, maka tiada yang mustahil untuk kita capai. Jom sibukkan diri untuk dakwah dan juga sebagai pelajar.

saya cabar anda! Tak mustahil. Tapi anda yang memustahilkan perkara ini. Tak cuba tak tahu.

INGAT!!!

Dakwah nombor 1 tapi study bukan nombor 2.


Sunday, May 10, 2015

Assalamualaikum semua..

hari ni saya nak kongsi tentang cerita yang agak terbaru jugaklah di astro oasis iaitu "Bila Hati Telah Hitam"


dalam cerita ini memaparkan sisi kehidupan yang sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Malah, cerita ini juga boleh dijadikan pedoman dalam hidup kita kerana pengajaran yang bakal diperoleh menyedarkan kita tentang hakikat sebenar yang berlaku dalam hidup kita. Bukan itu sahaja, cerita ni juga akan membuatkan kita berfikir bahawa setiap bait kata -kata yang keluar dari mulut kita seharusnya ditapis dan difikirkan dahulu sebelum mengeluarkannya. 'Hati' apakah maksud hati?


Nabi s.a.w. dalam sabdanya;


ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ
“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Nah.. sudah terbukti bahawa hati ialah anggota yang mengawal seluruh kehidupan kita menjadi baik atau sebaliknya. Hati ni makanan dia rohani. Bila mana kita sibuk sangat dengan urusan duniawi, kadang-kadang kita lupa nak bagi dia makan. Lama-lama jadi tenat dan last-last dia mati. Bila dah mati tu, ya Allah..payahnya nk hidupkan dia balik. Tanda hati mati ni ada tiga. Pertama, dia takde rasa menyesal pun bila terlepas apa-apa perkara yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri dia. Contohnya, dia tak menyesal pun xgi majlis ilmu.. Dia tak menyesal pun tak baca Quran berhari-hari. Maksudnya ialah, Benda-benda kebaikan yang boleh datangkan manfaat tapi dia tak menyesal langsung bila dia tak buat. 
Seterusnya yang kedua, dia tak rasa bersalah langsung bila buat dosa. Bila menipu, dia tak rasa bersalah. Bila tinggalkan solat, dia tak rasa bersalah. Senang cerita, bila dia buat apa-apa kejahatan, dia ni tak rasa dosa pun. Sebab apa? Sebab kejahatan tu dah sebati dalam diri dia. 
Tanda yang last ialah rasa malas nk beribadat. Point ni senang untuk faham kan?. Mksudnya, dia malas solat, malas puasa, malas itu..malas ini.. semua perkara wajib berkaitan dengan ibadat dia malas nk buat apatah lagi yang sunat. Itu tandanya hati dia dah MATII.
Jadi, marilah kita sama -sama muhasabah diri balik dan rawat hati kita supaya hati kita tidak mati @ hitam dan bertaubatlah kepada kepada ALLAH kerana once ALLAH da bagi hidayah kat kita grab la betul2 sbb kita xtahu samada ALLAH nak bagi lagi ke x hidayah kat kita.

wallahua'lam