Assalamualaikum semua..
hari ni saya nak kongsi tentang cerita yang agak terbaru jugaklah di astro oasis iaitu "Bila Hati Telah Hitam"
dalam cerita ini memaparkan sisi kehidupan yang sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Malah, cerita ini juga boleh dijadikan pedoman dalam hidup kita kerana pengajaran yang bakal diperoleh menyedarkan kita tentang hakikat sebenar yang berlaku dalam hidup kita. Bukan itu sahaja, cerita ni juga akan membuatkan kita berfikir bahawa setiap bait kata -kata yang keluar dari mulut kita seharusnya ditapis dan difikirkan dahulu sebelum mengeluarkannya. 'Hati' apakah maksud hati?
Nabi s.a.w. dalam sabdanya;
ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ
“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).
Nah.. sudah terbukti bahawa hati ialah anggota yang mengawal seluruh kehidupan kita menjadi baik atau sebaliknya. Hati ni makanan dia rohani. Bila mana kita sibuk sangat dengan urusan duniawi, kadang-kadang kita lupa nak bagi dia makan. Lama-lama jadi tenat dan last-last dia mati. Bila dah mati tu, ya Allah..payahnya nk hidupkan dia balik. Tanda hati mati ni ada tiga. Pertama, dia takde rasa menyesal pun bila terlepas apa-apa perkara yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri dia. Contohnya, dia tak menyesal pun xgi majlis ilmu.. Dia tak menyesal pun tak baca Quran berhari-hari. Maksudnya ialah, Benda-benda kebaikan yang boleh datangkan manfaat tapi dia tak menyesal langsung bila dia tak buat.
Seterusnya yang kedua, dia tak rasa bersalah langsung bila buat dosa. Bila menipu, dia tak rasa bersalah. Bila tinggalkan solat, dia tak rasa bersalah. Senang cerita, bila dia buat apa-apa kejahatan, dia ni tak rasa dosa pun. Sebab apa? Sebab kejahatan tu dah sebati dalam diri dia.
Tanda yang last ialah rasa malas nk beribadat. Point ni senang untuk faham kan?. Mksudnya, dia malas solat, malas puasa, malas itu..malas ini.. semua perkara wajib berkaitan dengan ibadat dia malas nk buat apatah lagi yang sunat. Itu tandanya hati dia dah MATII.
Jadi, marilah kita sama -sama muhasabah diri balik dan rawat hati kita supaya hati kita tidak mati @ hitam dan bertaubatlah kepada kepada ALLAH kerana once ALLAH da bagi hidayah kat kita grab la betul2 sbb kita xtahu samada ALLAH nak bagi lagi ke x hidayah kat kita.
wallahua'lam

No comments:
Post a Comment