Followers

Wednesday, June 24, 2015

Kullu Nafsin Zaiqatun Maut.

Kullu Nafsin Zaiqatun Maut
(Setiap yang hidup itu pasti akan merasa mati)


Kita hanya manusia biasa. Bila-bila sahaja kita akan kembali kepada Sang Pencipta. Mungkin esok, mungkin lusa ataupun sesaat lagi? Bila sebut tentang mati, takut bukan? Rasa macam amalan kita belum cukup lagi untuk bertemu Allah. Muhasabah diri. “Action speaks louder than words”. Ya! Kalau kita nakkan sesuatu, amal dan praktik adalah penting berbanding dengan kata-kata kosong sahaja.

Andai aku mati esok. Sudah tentu persediaan yang dilakukan adalah luar biasa berbanding dengan persediaan yang biasa kita lakukan. Siang malam zikir membasahi lidah dan air mata sentiasa berlinang mengenang akan dosa-dosa yang telah dilakukan. Al-Quran juga tidak akan disia-siakan malah sentiasa dibaca di setiap kesempatan yang ada. Betapa hebatnya persediaan yang kita lakukan untuk bertemu Allah.
Andai aku mati esok. Segala kemewahan, kecantikan dan ke
seronokan duniawi akan kita tinggalkan. Bukannya kita tidak tahu betapa perit dan sakitnya saat sakaratul maut datang menjengah. Mampukah kita menahan kesakitannya yang diibaratkan 300 tusukan pedang sedangkan tersengat lebah pun kita mengaduh kesakitan. Sentiasa soal diri sendiri, andai aku mati esok, bersediakah aku?

No comments:

Post a Comment