Followers

Wednesday, July 13, 2011

ADA APA DENGAN MAJLIS ILMU ???





ASSALAMUALAIKUM W.B.T.. Salam ukhuwwah, salam rindu buat semua bakal guru ( siswi ) IPG KSM ..Apa khabar? Moge2 anda semua makin sihat lagi bersemangat bersempena tahun baru ni.. Insya Allah..=) okeylah.

Sebelum ni pernah menghadiri majlis ilmu x? Apa yang kamu rasakan? Tenang? Sedih? Insaf?
Bersmangat? Atau..Boring? Stress? Menyampah? Bazir masa? Ish2, jgn begitu bakal guru sekalian, sebenarnya, majlis ilmu ada banyak jenis. Menghadiri ceramah, forum perdana, usrah atau tazkirah. Atau yang seangkatan dengannya. Ke kelas pengajian pun sebahagian daripada majlis ilmu. Namun apa yang ingin diutarakan di sini berkenaan majlis ilmu yang benar-benar menjadikan pengisian rohani sebagai keutamaan

Tanpa Majlis Ilmu

Ia sudah menjadi darah daging. Merasa susah jika tidak menghadirinya. Tidak tenang. Hanya dengan majlis ilmu kita beroleh pelbagai hikmah. Bukan sekadar ilmu. Bukan sekadar kesedaran. Bukan sekadar itu.
Dalam konteks pelajar, ilmu yang   dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah- kuliah yang ada adalah peluang yang baik untuk kita    seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia didunia.

Dengan Majlis Ilmu
...hati kita akan menjadi tenang!


Kerana dengan majlis ilmu kita banyak diingatkan untuk mengingati Allah. Untuk taat kepada perintah Allah. Untuk menghayati dan seterusnya berbuat. Bukan sekadar tahu.

yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah
hati menjadi  tenteram. (ar-Ra’d:28)

Dengan Majlis Ilmu
...Malaikat bersama dengan kita, menaungi dan mendoakan!


Tidaklah sekali-kali sebuah kaum duduk dengan berdzikir kepada Allah kecuali mereka akan      dikelilingi malaikat dan akan disirami rahmat dan akan turun kepada mereka
ketenangan. Allah akan menyebutkan tentang mereka pada malaikat yang ada di sisi-Nya (HR. Muslim)

Dengan Majlis Ilmu
...kita beroleh rahmat!


Seperti mana yang dianjurkan dalam hadis di atas. Malaikat mendoakan kita. Kunci ke syurga adalah 10% dunia dan 90% akhirat.

Segala amalan yang kita lakukan di dunia hanya bernilai 10%. Selebihnya rahmat Allah-lah yang 90%. Dengan kasih sayang dan rahmat Allah yang boleh membawa kita ke syurga.

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka,     termasuk juga aku, tetapi ialah
semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.
(Riwayat Muslim)

Dengan Majlis Ilmu
...kita diingati Allah!


Umat manusia di muka bumi ini terlalu ramai. Banyak. Untuk memenangi ‘hati’ Allah, kita perlu menonjolkan diri. Menjadi orang yang diingati Allah.

Rasulullah SAW bersabda :
Allah SWT berfirman : Wahai anak Adam, bangunlah kepada-Ku niscaya Aku akan berjalan kepadamu, dan berjalanlah kepada-Ku niscaya Aku akan datang kepadamu dengan
berlari.
(Riwayah Ahmad)

Allah, apabila kasih dan sayang kepada kita, Dia pasti membantu kita. Sekalipun kita ditimpa ujian, itu adalah bukti kasih dan sayangnya. Inilah sumber kekuatan kita.

Maha pengasih lagi penyayangnya ALLAH..

Rugi, Masa Itu Emas

Jadi tidak rugi kita meluangkan sedikit masa bersama majlis ilmu.
Tidak sekali-kali.
Yakinlah dengan janji Allah ini.

Hai orang-orang yang beriman, apabila      dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majelis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan
memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(al-Mujadilah:11)


You spent your time with Allah, He will give you more time.
In addition, He raised your status.
You are ‘izzah(mulia).


Muliakanlah diri kita dengan majlis ilmu, maka Allah akan muliakan kita.
Carilah jalan untuk             mendekatkan diri dengan  majlis ilmu. Bermulalah dari sekarang..

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Al-maidah:35)

Masih terasa was-was? Belum bersedia?

Janganlah begitu wahai bakal guru sekalian. Mulakanlah  langkahmu dengan menghadiri solat berjemaah di surau atau masjid. Jinak-jinakkan telinga mendengar peringatan dan nasihat. Walau kamu terasa berat.
Tidak rugi jika bakal guru sekalian meluangkan sedikit masa         untukNYA.. Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu. Kadang2, jika kita fikir2kan, kenapa jika kita diajak untuk ke tempat2 untuk bersukaria atau sebagainya, kita pergi tanpa berfikir panjang. Tapi jika diajak ke majlis ilmu, ada aje alasan yang diberikan..tepuk dada, tanyalah iman..

Bila lagi?

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa
ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(at-Taubah:41)

Inilah bukti cinta kita kepada Allah.
Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.
Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang   berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu  kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
(al-Baqarah:165)...wassalam…~

P/S : Tuntutlah Ilmu Tanpa Jemu, Moga di syurga Kita Bertemu..amin.. =)

1 comment:

  1. satu perkongsian yang menarik. banyak kelebihan orang yang duduk dalam majlis ilmu ni. kita patut pergi ke majlis ilmu ni. seminggu sekali pn dh ckup asalkan istiqamah. para malaikat berdoa kepada kita jika hadir majlis ilmu ini.

    ReplyDelete