Followers

Saturday, October 8, 2011

Jauhi prasangka sesama Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah kita diberi lagi kesempatan untuk bertemu di Pena Islah ini
apa khabar semua?mesti sedang sibuk study kan.untuk peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang
kalau rasa malas, rajin-rajinkanlah diri . paksa diri walaupun malas!

insyaAllah, hari ini ana nak kongsi beberapa ilmu yang ana petik dari sebuah blog.
Moga sama-sama mendapat manfaat walaupun ringkas sahaja,insyaAllah.
____________________________________________________________________


JAUHI PRASANGKA SESAMA ISLAM


Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku di kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.
Hayatilah firman Allah swt yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,
“Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan”  Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
Sejarah perjuangan umat yang panjang telah menyaksikan bahawa siri kemenangan umat yang lampau hanya tercapai apabila kekuatan umat yang ada pada ketika itu digembelingkan bersama-bersama dan mereka telah menjadikan kekuatan aqidah dan keakraban ukhuwah sesama sendiri sebagai tunjang perjuangannya.

Cuba kita renungkan bersama :
1-Apa untungnya kita menghabiskan masa dan tenaga dengan berbuat sesuatu yang tidak menguntungkan sesiapa di kalangan kita dan tidak membekas apa-apa kepada pihak musuh ?
2-Kenapa tidak kita kerahkan pemikiran dan tumpahkan keringat di atas agenda besar yang akan membawa perubahan yang positif di dalam masyarakat dan negara?
Jom, luaskan dada dan perkasakan amal…
_____________________________________________________________

dipetik dari blog Peduli Ummah
http://zainurrashid.com/?p=1329




InsyaAllah, semoga kita mendapat peringatan dan manfaat daripada ilmu ini
ingatkan diri sendiri supaya jangan pernah berburuk sangka pada orang lain
lebih-lebih lagi kita sesama Islam ini kan?
sama-sama kita semaikan ukhuwwah antara kita
sayang sesama kita untuk mencari keredhaan Allah.
insyaAllah

sekian sahaja dari ana,
wslm

No comments:

Post a Comment