Followers

Monday, January 6, 2014

Jom Berebut Mengucapkan Salam!




Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takbur. (Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

Bila kita bercakap tentang memberi salam ni, kadang-kadang ramai orang yang bergurau dengan menggunakan salam. Kadang-kadang pun kalau kita perhatikan 'style' mesej yang kononnya ringkas seperti 'askom' , 'askum' dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Sebenarnya ia tidak membawa maksud yang sebenar seperti mana 'assalamualaikum' yang mana bermaksud dari segi Bahasa Arab 'selamat sejahtera ke atas kamu'. Manakala bagi pihak yang menjawab salam pula akan menjawab 'Waalaikumussalam' yang mana  pula bereti 'selamat sejahtera ke atas kamu juga'.


Setiap orang Islam dianjurkan untuk memberi dan menjawab salam apabila bertemu dengan saudara sesama Islam setiap kali berjumpa. Orang yang memberi salam dihukum sunat untuk menyampaikan salam dan juga diberi PAHALA! Manakala bagi yang menjawab salam pula dihukumkan wajib dan sekiranya seseorang itu enggan menjawab salam dari saudara sesama Islamnya, ia adalah satu perbuatan DOSA!

Kenapa eh dituntut memberi dan menjawab salam ni????
Macam tak penting jer....
Macam tak rock jer....
Macam poyo jer....

Macam..macam..dan macam macam.........bla bla bla........

Ini kerana banyak hadis-hadis yang menceritakan mengenai memberi dan menjawab salam. Selain itu, memberi dan menjawab salam ni merupakan amalan Rasulullah, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Jadi jomlah kita rebut peluang ini untuk menghidupkan kembali amalan-amalan Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabat Baginda yang mulia. ^^ InsyaAllah kita tak akan rugi kerana para malaikat akan mendoakan bagi mereka yang memberi dan menjawab salam sebanyak 70KALI !!

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70kali." (Hadis Riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)

Selain itu........

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah mereka yang memulakan memberi salam." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud)

Kenapa hanya pada mereka yang memulakan memberi salam??

Ini kerana mereka yang memulakan memberi salam kepada saudaranya bermaksud individu tersebut tersebut  sedang mendoakan saudaranya itu supaya Allah menyelamatkannya daripada segala musibah seperti dijauhkan daripada penyakit berbahaya, kejahatan manusia, keseksaan api neraka dan sebagainya.
  

Rasulullah SAW bersabda :
"Kamu tidak akan masuk Syurga selagi kamu tidak beriman,
dan belumlah kamu beriman selagi kamu tidak menyayangi sesama sendiri.
Apakah kamu ingin tahu sesuatu perkara yang dapat membuat kamu menyayangi sesama sendiri ?
Sebarkanlah salam."
(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, dan At-Tirmidzi)

Ruginya kita sekiranya malu untuk mengucapkan salam kepada orang yang kita kenali mahupun kepada mereka yang belum kita kenal. Keadaan ini umpama kita sedang menolak pahala yang mana Allah dah sajikan secara percuma kepada kita dan perkara tersebut tidak perlu dibayar sedikit pun. Selain itu, kita juga tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan apa-apa harta benda mahupun tenaga. ^^ SubhanAllah..

Apa lagi yang nak ditunggu?
Jom berebut ucapkan salam! ^^




No comments:

Post a Comment