Followers

Monday, October 27, 2014

Kempen saya mahu sentuh anjing


''Satu kempen untuk membuang stigma bagi orang muslim dan khususnya orang melayu kononnya. Siap bawak dalil kisah orang masuk syurga kerana bagi minum kepada anjing lagi. Membela anjing untuk jaga kebun untuk jaga keselamatan rumah untuk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus di dalam Islam. Tetapi nak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing ayam dll tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian. Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. sebab apa nak pegang? isu apa? nak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang lepastu bela lepastu masuk dalam rumah lepastu? Pastu? Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mughalazahnya. lepas ni buatlah kempen pulak pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepastu melarat ke makan babi pulak. ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Nape tak buat kempen dekat masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep kalimah Allah yang sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti akan ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing kenapa tak bising isu memegang bukan mahram tak bertudung dll, yang itu pun berkali-kali dah saya tegur dan nasihat tapi dalam bab kempen anjing ini, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepasni apa pulak? Jangan lepasni buat kempen babi pulak dengan alasan bahawa babi sekarang bersih dan diternak dlam aircond dan mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa. Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus matahatinya untuk meneliti.''

-Ustaz Mohd Kazim Elias-

Kempen saya mahu sentuh anjing dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh aulawiyat. dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) dalam kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang,kononnya) dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika didapati najis mughalazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program ini telah melanggar dua point.

Hukum menyentuh anjing:
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughalazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab Syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughalazah (Imam Nawawi, Mughni Al-Muhtaj,Khatib Syarbini) Selain mazhab Syafie(yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

''Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.''
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita. Jadi menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab Syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab Syafie? 
Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Hukum membela anjing:
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak(sepakat) antara semua ulama-uama muktabar dan muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita  peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 perkara yang dibenarkan, iaitu:

-untuk menjaga harta
-untuk menjaga tanaman
-untuk mnjaga ternakan
-sebagai anjing untuk memburu
-menjaga keselamatan keluarga

Nabi SAW bersabda: ''Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjada ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.''
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

No comments:

Post a Comment