Followers

Tuesday, December 30, 2014

Sahabat, sudi tak kau jaga aib aku?



Assalamualaikum semua. :)


Sebelum fokus kepada tajuk entri, jom kita teliti terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan aib. “Aib” secara bahasa bermaksud cacat dan kekurangan. Aib.. Mengaibkan.. Diaibkan..

Secara kasarnya, aib ni lebih kepada menceritakan kelemahan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Aib ni bukanlah kita 'mention' nama orang yang kita aibkan. Sebabnya kalau kita 'mention' nama seseorang, itu namanya MENGUMPAT.

Kadang-kadang kita tengah syok bersembang dengan sahabat kita, hati selalu beringat takut tercerita hal orang lain. Namun kadang-kadang lidah kita yang tidak bertulang terlepas juga nak sebarkan aib orang walaupun tidak sengaja. Maklumlah menceritakan aib orang merupakan sesuatu perbuatan yang tidak baik walaupun apa yang ceritakan itu satu perkara yang betul. Kalau tidak betul lagilah kering kontang dosa kita. Fuh~

Sebuah hadis menyatakan: "Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)

Kekurangan diri seorang mukmin merupakan ujian buat mukmin yang lain. Kenapa? Hal ini kerana sesama mukmin seperti satu tubuh. Ada keterikatan yang begitu kuat. Jika sakit di salah satu bahagian tubuh, bererti sakit pula di bahagian yang lain. Cela pada diri seorang mukmin, bererti cela buat mukmin yang lain.

Sekiranya teringin atau apa-apa yang sewaktu dengannya nak sebarkan aib. Jom baca ayat di bawah:

1. Daripada Mu'az bin Jabal, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

2. Kita terlalu mencari aib orang lain sehingga terlupa aib kita sendiri.

3. Kita sendiri pahala pun takla banyak mana, buat apa susah-susahkan diri tambah dosa dengan mengaibkan orang lain.

Kadang-kadang nak cari solusi supaya sahabat kita tak terus-menerus melakukan aibnya. Berjumpalah dengan sahabat kita untuk mencari jalan penyelesaian. Kemudian bertemulah semula dengan sahabat kita tadi. Cuba atasi dengan menggunakan nada yang lemah lembut dan tidak seperti memerlinya. InsyaAllah dengan cara itu, sahabat kita dapat menerima teguran kita. 

Jadilah daie yang menyebarkan kebaikan dan bukannya seorang hakim yang asyik menjatuhkan hukuman. Sebab kita sendiri belum tahu lagi bagaimana bentuk hukuman yang akan dijatuhkan ke atas kita oleh Sang Pencipta (Allah) di akhirat nanti.

Allah ma'ana.


Assalamualaikum :)

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)." ( Al -Azhab:59 )

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…"


Cuba lihat di sekeliling anda..berapa ramai kaum wanita yang menganggap dirinya sudah pun menutup aurat hanya dengan memakai tudung...walhal sebenarnya mereka belum sepenuhnya menutup aurat dengan sempurna kerana tudung mereka tidak mengikuti syariat islam yang sebenar iaitu melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. 

Bukan itu sahaja, kebanyakkan kaum wanita pada abad ini hanya memakai tudung sekadar mengikuti trend fesyen pada masa kini. Hal ini sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.YA... memang tidak dapat dinafikan yang ISLAM  tidak suka umatnya selekeh, kusut masai dan tidak terurus. Malah..berhias itu dituntut dalam ISLAM. Tetapi kaum wanita pada hari ini seolah -olah meletakkan fesyen nombor 1 dan menjadikannya itu alasan untuk bertudung dan bukannya kerana mematuhi perintah Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik

Ayuh!! kita kaji macam mana perkara ni boleh berlaku....????

Pertama kerana kurangnya kesedaran diri kerana kita sedia maklum dalam silibus matapelajaran pendidikan Islam sudah diajar mengenai aurat yakni supaya melabuhkan tudung, memakai baju yang longgar dan sebagainya. Namun, perkara ini tidak meresap dalam diri kita kerana kita belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan bukannya untuk diamalkan. Syeikh Muhammad Al - Ghazali pernah berkata "Penuntut ilmu di akhir zaman hanya sekadar membaca dan menghafal ilmu  pengetahuan, kemudian memuntahkannya di dewan peperiksaan". 

Kedua kerana kita terlalu mengagung - agungkan artis sebagai idola dalam berfesyen. Memang tidak dinafikan ada artis yang sudah berhijrah memakai tudung yang menepati syariat islam. Namun ada juga yang tidak mengikut syariat islam. Nahh.. sekarang pilihan terletak ditangan kita sama ada ingin mengikut yang baik ataupun tidak. Tetapi kebayakkan daripada kita memilih untuk mengikut yang tidak baik.. Alasannya artis tu boleh jer pakai macam tu kenapa kita xboleh.

dan yang terakhir iaitu yang ketiga ialah media massa yang kurang mengetengahkan iklan-iklan mengenai pemakaian tudung yang betul ini. Hal ini kerana, masyarakat kita mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan melalui media massa. Malah, dengan adanya iklan-iklan ini yang ditonton berulang kali akan membuatkan  kita  sedar tentang cara pemakaian tudung yang sebenar kerana kita tidak tahu pada waktu atau keadaan bila ALLAH nak menjentik hati kita.


kesimpulannya, marilah kita sama -sama memperbaiki diri dan berusaha untuk menyedarkan orang yang berdekatan dengan kita ..wallahua'lam