Assalamualaikum semua. :)
Sebelum fokus kepada tajuk entri, jom kita teliti terlebih
dahulu apa yang dimaksudkan dengan aib. “Aib” secara bahasa bermaksud cacat dan kekurangan. Aib.. Mengaibkan.. Diaibkan..
Secara kasarnya, aib ni lebih kepada menceritakan kelemahan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Aib ni bukanlah kita 'mention' nama orang yang kita aibkan. Sebabnya kalau kita 'mention' nama seseorang, itu namanya MENGUMPAT.
Kadang-kadang kita tengah syok bersembang dengan sahabat kita, hati selalu beringat takut tercerita hal orang lain. Namun kadang-kadang lidah kita yang tidak bertulang terlepas juga nak sebarkan aib orang walaupun tidak sengaja. Maklumlah menceritakan aib orang merupakan sesuatu perbuatan yang tidak baik walaupun apa yang ceritakan itu satu perkara yang betul. Kalau tidak betul lagilah kering kontang dosa kita. Fuh~
Sebuah hadis menyatakan: "Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)
Kekurangan diri seorang mukmin merupakan ujian buat mukmin yang lain. Kenapa? Hal ini kerana sesama mukmin seperti satu tubuh. Ada keterikatan yang begitu kuat. Jika sakit di salah satu bahagian tubuh, bererti sakit pula di bahagian yang lain. Cela pada diri seorang mukmin, bererti cela buat mukmin yang lain.
Sekiranya teringin atau apa-apa yang sewaktu dengannya nak sebarkan aib. Jom baca ayat di bawah:
1. Daripada Mu'az bin Jabal, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
2. Kita terlalu mencari aib orang lain sehingga terlupa aib kita sendiri.
3. Kita sendiri pahala pun takla banyak mana, buat apa susah-susahkan diri tambah dosa dengan mengaibkan orang lain.
Kadang-kadang nak cari solusi supaya sahabat kita tak terus-menerus melakukan aibnya. Berjumpalah dengan sahabat kita untuk mencari jalan penyelesaian. Kemudian bertemulah semula dengan sahabat kita tadi. Cuba atasi dengan menggunakan nada yang lemah lembut dan tidak seperti memerlinya. InsyaAllah dengan cara itu, sahabat kita dapat menerima teguran kita.
Jadilah daie yang menyebarkan kebaikan dan bukannya seorang hakim yang asyik menjatuhkan hukuman. Sebab kita sendiri belum tahu lagi bagaimana bentuk hukuman yang akan dijatuhkan ke atas kita oleh Sang Pencipta (Allah) di akhirat nanti.
Allah ma'ana.
No comments:
Post a Comment