"Wahai
nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu
dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh
tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap
dosa kamu di masa lalu)." ( Al -Azhab:59 )
Dalam
mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t.
memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar
mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah
(yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung
kepala…"
Cuba lihat di sekeliling anda..berapa ramai kaum wanita yang menganggap dirinya sudah pun menutup aurat hanya dengan memakai tudung...walhal sebenarnya mereka belum sepenuhnya menutup aurat dengan sempurna kerana tudung mereka tidak mengikuti syariat islam yang sebenar iaitu melabuhkan tudung sehingga menutupi dada.
Bukan itu sahaja, kebanyakkan kaum wanita pada abad ini hanya memakai tudung sekadar mengikuti trend fesyen pada masa kini. Hal ini sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.YA... memang tidak dapat dinafikan yang ISLAM tidak suka umatnya selekeh, kusut masai dan tidak terurus. Malah..berhias itu dituntut dalam ISLAM. Tetapi kaum wanita pada hari ini seolah -olah meletakkan fesyen nombor 1 dan menjadikannya itu alasan untuk bertudung dan bukannya kerana mematuhi perintah Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik
Ayuh!! kita kaji macam mana perkara ni boleh berlaku....????
Pertama kerana kurangnya kesedaran diri kerana kita sedia maklum dalam silibus matapelajaran pendidikan Islam sudah diajar mengenai aurat yakni supaya melabuhkan tudung, memakai baju yang longgar dan sebagainya. Namun, perkara ini tidak meresap dalam diri kita kerana kita belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan bukannya untuk diamalkan. Syeikh Muhammad Al - Ghazali pernah berkata "Penuntut ilmu di akhir zaman hanya sekadar membaca dan menghafal ilmu pengetahuan, kemudian memuntahkannya di dewan peperiksaan".
Kedua kerana kita terlalu mengagung - agungkan artis sebagai idola dalam berfesyen. Memang tidak dinafikan ada artis yang sudah berhijrah memakai tudung yang menepati syariat islam. Namun ada juga yang tidak mengikut syariat islam. Nahh.. sekarang pilihan terletak ditangan kita sama ada ingin mengikut yang baik ataupun tidak. Tetapi kebayakkan daripada kita memilih untuk mengikut yang tidak baik.. Alasannya artis tu boleh jer pakai macam tu kenapa kita xboleh.
dan yang terakhir iaitu yang ketiga ialah media massa yang kurang mengetengahkan iklan-iklan mengenai pemakaian tudung yang betul ini. Hal ini kerana, masyarakat kita mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan melalui media massa. Malah, dengan adanya iklan-iklan ini yang ditonton berulang kali akan membuatkan kita sedar tentang cara pemakaian tudung yang sebenar kerana kita tidak tahu pada waktu atau keadaan bila ALLAH nak menjentik hati kita.
kesimpulannya, marilah kita sama -sama memperbaiki diri dan berusaha untuk menyedarkan orang yang berdekatan dengan kita ..wallahua'lam

No comments:
Post a Comment