Followers

Friday, February 24, 2012

Ombak Rindu?


OMBAK RINDU..

Assalamu’alaikum w.b.t. sahabat sekampus yang saya sayangi sekalian.
Akhir tahun 2011, kita semua disajikan dengan filem terbaru yang mendapat sambutan hangat iaitu Ombak Rindu yang diadaptasi dari novel popular. Siapa tak kenal bukan? Artis yang berlakon pula favourite ramai, Aaron Aziz, dan Maya Karin. Ramai yang menitiskan air mata menghayati filem ini dengan penuh perasaan. Tidak ketinggalan juga, ramai cair dengan kekacakan Aaron Aziz. Sehingga kita langsung tidak ingat bahawa kisah cinta dan rindu dalam filem Ombak Rindu tidak setanding dengan kisah rindu dan cinta kepada yang Satu.

CINTA PADA YANG SATU?
Bagaimana cinta kita pada yang Satu?Mari kita berfikir sejenak, nikmat yang Allah beri. Kita ada tangan untuk memegang, ada kaki untuk berjalan,mata untuk melihat dan yang penting sekali, udara untuk bernafas! Tidakkah kita rasa bersyukur dengan segala hadiah yang Allah beri kepada kita jika dibandingkan dengan hadiah manusia yang berupa ‘teddy bear’, kek, cokelat, cincin dan bunga? Apa yang Allah beri kepada kita sangat tidak ternilai dan infiniti jika dibandingkan dengan apa yang dapat manusia berikan kepada kita. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang tetap memberikan kita kasih sayangNya walaupun kita selalu ingkar padaNya. Bila kita solat lambat, Allah masih beri nafas. Bila kita berdua-duaan dengan kekasih hati,Allah masih beri kita pinjaman kaki untuk berjalan.Allah masih bagi peluang untuk kita berubah dan bertaubat. Namun kita masih mengulangi kesilapan yang sama tanpa memikirkan betapa Allah sayang dan cinta pada kita! Sungguh,kita sangat sombong dan tidak bersyukur...
ALLAH RINDU KITA TAK?
Ya, mestilah Allah rindukan kita! :)  Antara hikmah dugaan dan musibah, sebenarnya Allah rindukan hambaNya. Rindukan doa dari kita yang sering lupa padaNya. Pernah tak kita perasan, bila kita senang,kita jarang sekali ingat padaNya. Tapi bila kita sakit,kita ditimpa ujian hidup, baru kita akan teringat..Allah...Ya Allah,bantulah aku!....Yakinlah bahawa Allah rindu kita meminta padaNya. Dan kita pasti mendapat ketenangan apabila selalu rindu dan ingat padaNya. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah,hati menjadi tenteram (13:28).

BAGAIMANA  SAYA BOLEH BERUSAHA UNTUK RINDUKAN ALLAH?
· Sentiasa membaca Al-Quran,memahami dan menghayati maknanya. Al-Quran kan surat cinta dari Allah :)
· Sayang-menyayangi antara keluarga,adik-beradik,sahabat, jiran-jiran dan semua Muslim kerana Allah. 
· Melihat betapa unik dan hebatnya setiap makhluk ciptaan Allah seperti langit,bintang, pokok, serangga, dan semua yang berada di muka bumi ini.
· Memberi sedekah kepada kurang mampu walaupun hanya sebiji kurma.
· Korbankan masa kita untuk membuat kebaikan dan mencari ilmu Allah.
· Selalu memikirkan bahawa dunia ini Allah jadikan untuk kita mempersiapkan bekalan amalan untuk kita ke akhirat yang kekal abadi.
· Memperbaiki diri walaupun sedikit dan lambat perubahan yang dilakukan. Allah melihat usaha kita!

Mudahkan untuk rindu pada Allah? Pasti kita tidak akan dikecewakan olehNya ^.^ Jom kita  berusaha untuk rindukan Allah! :D


No comments:

Post a Comment