Followers

Thursday, February 23, 2012

renungan sebentar ja








Kagum dengan kisah As-Syahid Imam Hassan al-Banna ketika mana diminta menjadi pemidato menyampaikan Islam di sebuah tempat. Setibanya beliau di situ, kelihatan tiada orang dan tempat masih belum tersedia. Lantas, beliau melakukan kerja menyiapkan tempat pidato tersebut seperti mengangkat kerusi dan lain-lain kerja yang berat di situ. Lalu seorang pekerja yang baru tiba di situ bertanya as-syahid mengapa engkau melakukan semua ini sedangkan engkau sepatutnya menyampaikan syarahan agama bukan melakukan kerja sebegini. As-Syahid tersenyum dan mengatakan aku melakukan kerja ini kerana aku tidak tahu amal aku yang manakah akan Allah terima,jadi aku lakukan semua ini. Subhanallah, tawadhuk dan penuh mengharapnya beliau. Satu lagi kisah menarik ibrahnya adalah mengenai keikhlasan panglima perang Khalid bin Al-Walid yang bersedia berjuang walau tidak dikurniakan jawatan apa pun. Kata beliau, aku berjuang bukan kerana jawatan, bukan kerana Saidina Umar, tetapi kerana Allah dan Rasul-Nya. Allah! Hebat peribadi para sahabat dan prinsip serta disiplin dalam perjuangan! IKHLAS ruh ibadah. :-)

No comments:

Post a Comment