Followers

Tuesday, March 20, 2012

~~kerana seekor nyamuk~~


quran hijaunya itu terus dibelek-belek
sudah masuk kali ke-7 dia mengulangi ayt y sama
ayat itu dirasakan cukup menarik
seperti terkena pada batang hidung nya sendiri
seolah-olah Allah sedang bekomunikasi dengannya
memberikan jawapan kepada persoalan yang bermain dalam mindanya
tentang peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas
memang sahlah seperti yang Allah firmankan dalam kalam sucinya
bahawa alquran ini diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia

Surah al-Baqarah,2:185:
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia ...(hingga akhir ayat)

*******
Allahu Akbar
sejurus takbir bergema, serentak makmum bangkit untuk duduk tahiyyat akhir
cuma ada la segelintir yang masih bersujud
mungkin menyampaikan hajat mereka kepada Yang Maha Mendengar kerana
waktu sujud itu antara waktu mustajab berdoa
termasuk Umar...
dalam sujud nya itu dia menitis kan air mata
sebaik bangkit daripada sujud
Umar terus membaca tahiyyat akhir
sampai pada kalimah syahadah 
spontan jari telunjuk nya diangkat apabila
kalimah LAILAHAILLAH  meniti di bibir
menandakan hanya Dia yang satu

kemudian,
tiba-tiba kelihatan seekor nyamuk sedang terbang
berdekatan dengan jari telunjuknya tadi
untuk terus berusaha mendapatkan khusyuk
kerana dia tahu
orang yang khusyuk dalam solatnya akan berjaya
itulah yang dijanjikan Allah
dan dia yakin janji Allah itu pasti
cuma waktu nya yang tidak kita ketahui
Umar cuba mengabaikan kewujudan nyamuk tersebut
tetapi nyamuk itu singgah di hujung jari telunjuknya
Umar dapat merasakan nyamuk itu sedang menggigit nya
dia cuba menahan
sesekali jarinya digerak-gerakkan sedikit
kerana pada sangkaannya nyamuk itu akan lari
tetapi sangkaannya meleset
Umar semakin geram, tetapi dia tidak mahu mematikan nyamuk itu
kerana ingin menjaga khusyuknya
umar langsung tida sedar bahawa yang sebenarnya dia sudah lari dari khusyuknya

Assalamualaikum Warahmatullah~~~
sebaik imam melafazkan salam
nyamuk itu dengan cantiknya terbang meninggalkan mangsa gigitannya
cukup berderau darah Umar ketika itu
kerana dia sudah merancang ingin membunuh nyamuk itu
dan tatkala itu juga dia sedar bahawa dia sudah tidak khusyuk lagi sebenarnya
usai memberi salam 
terbit suatu rasa dalam hatinya ingin mencari jawapan terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya sebentar tadi
******

ayat itu dibelek sekali lagi

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya (39)
kecuali hambaMu yang terpilih (40)
(QS Surah al-Hijr,15: 39-40)

dan dalam ayat 'hambaMu yang terpilih' itu
menggunakan kalimah al-mukhlasin 
lalu umar berfikir
takkan lah mukhlasin itu orang-orang yang melakukan maksiat
takkanlah mukhlasin itu orang yang melaksanakan perintah Allah sebagai adat
jadi sudah tentunya mukhlasin itu adalah golongan yang melaksanakan ibadah
ikhlas semata-mata kerana NYA
ikhlas semata-mata kerana NYA
ikhlas semata-mata kerana NYA
ikhlas semata-mata kerana NYA

 dan bijak sungguh syaitan itu menarik Umar keluar dari kekhusyukan
hanya dengan menghantar nyamuk
licik kan helah si syaitan???

sementara itu, umar terus bermuhasabah diri
gelisah diri nya andai dia tidak tergolong dalam golongan yang dikecualikan oleh syaitan dalam ayat itu
risau dirinya andai ibadahnya selama ini tidak disertai niat yang ilkhlas
dan malam itu Umar Mujahid terus memuhasabah dirinya
dengan disertakan solat taubat dan deraian air mata
sebagai muaqabah kepada dirinya
kerana Umar tidak mahu hidup jauh dari rahmatNya
dan malam itu Umar tertidur di atas sejadah
sambil quran hijaunya itu berada dalam dakapannya


kenyang,,thx syaitan

No comments:

Post a Comment