Followers

Monday, March 4, 2013

[KEMPEN JOM TUTUP AURAT]

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Kempen Jom Tutup Aurat yang bertemakan “yang tertutup itu indah” ini merupakan program yang julung-julung kalinya. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih jelas mengenai konsep menutup aurat yang bukan sahaja lebih tertumpu kepada wanita tetapi, kewajipan tersebut juga untuk kaum lelaki. Dengan adanya kempen seperti ini maka penguna-penguna facebook ini akan mendapat pendedahan secara tidak langsung mengenai kewajipan menutup aurat sebagai seorang muslim menerusi poster-poster kempen yang di masukan kedalam page dan dan juga risalah-risalah yang berkaitan dengan konsep menutup aurat yang akan diedarkan kepada mereka. Dengan adanya kempen seperti ini maka personaliti individu muslim yang mengikut syariat Islam dapat dibentuk sepertimana yang disyariatkan.


No comments:

Post a Comment