Followers

Monday, March 4, 2013

LOGO KEMPEN JOM TUTUP AURAT


LOGO RASMI KEMPEN JOM TUTUP AURAT ANJURAN AL ISLAH 

Bismillahirrahmanirrahim ...


PELIHARALAH AURAT KAMU WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT .. 



“Wahai anak cucu Adam, sesunggunya kami telah menyediakan untuk menutupi auratmu dan menghiasi dirimu. Tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Demikianlah bahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka ingat” (Al-A'raf-7:26)


kepada semua pengunjung laman ini ambillah apa yang baik dalam laman ini dan kongsilah kepada yang lain. ini bertepatan dengan hadis :

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.
Faedah daripada Nas
Hadis yang dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »

Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Antara faedah-faedah yang boleh dipetik daripada hadis ini:

1) Rasulullah s.a.w. mengingatkan kepada seluruh umatnya supaya sentiasa menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada saudaranya yang lain, walaupun hanya sepotong ayat.

2) Berusahalah menyampaikan apa jua kebaikan kepada masyarakat, kerana ganjarannya begitu besar seperti yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam sepotong hadis riwayat Bukhari : “Demi Allah, sekiranya seorang lelaki
memperoleh hidayah (daripada Allah)kerana (usaha) kamu, itu lebih baik untuk mu daripada nilai unta merah (sesuatu yang sangat berharga).”

3) Kalimah ‘Anni (dari ku) menunjukkan bahawa ilmu yang benar adalah sesuatu yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Daripada Rasulullah s.a.w. samalah juga daripada Allah s.w.t. kerana tutur kata Baginda s.a.w. adalah wahyu daripadaNya.

4) Ancaman keras daripada Rasulullah s.a.w. kepada mereka yang menyampaikan sesuatu tetapi mendustai nya, atau dalam erti kata lain, menyandarkan sesuatu itu daripada Rasulullah s.a.w. sedangkan Baginda s.a.w. langsung tidak pernah bersabda mengenai perkara itu. Takutlah dengan ancaman keras ini !!!

5) Sepatah perkataan yang keluar berlandaskan ilmu adalah lebih baik daripada berborak panjang tetapi kosong daripada hidayah. Berhati-hatilah ketika berbicara, kerana satu patah perkataan yang keluar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt.

Jom Aplikasikan Hadis Ini

Jadi insyaAllah marilah sama-sama kita memeriahkan lagi kempen ini. dan kempen ini bukan hanya untuk sebulan atau setahun bahkan kempen ini perlu dipanjang-panjangkan hingga akhir hayat. insya Allah. 

takbir~

Allahuakbar .. !






No comments:

Post a Comment