Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah, segala pujian dilafazkan buat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, dapat kita berjumpa lagi dalam ruangan Bicara Islah. Diharapkan iman dan amal kita di tahun ini akan lebih bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Apabila bercakap mengenai
tahun baru, yang selalu dibualkan ialah mengenai azam baru. Namun, untuk keluaran kali ini, team Al—Islah ingin menyentuh mengenai satu perkara yang amat dekat dengan diri kita, iaitu mengenai hijrah ke arah kebaikan, yakni suatu
PERUBAHAN.
Secara fitrahnya, manusia memang diciptakan dengan segala sifat kebaikan. Namun, apabila sudah terdedah dengan anasir-anasir luar yang tidak sihat, maka berlakulah penambahan unsur-unsur negatif pada diri masing-masing. Sebagai contoh, secara asalnya setiap insan akan berasa malu untuk mendedahkan auratnya. Namun, apabila mereka terdedah kepada iklan di televisyen, pengaruh kawan dan sebagainya membuatkan adakalanya mereka tersasar dalam mengurus diri sendiri.
Duhai muslimat yang disayangi, ayuh!, kita bangkit membina diri ke arah yang lebih baik. Lakukanlah perubahan supaya kita dapat sama-sama mengumpul bekalan ke akhirat sana. Perubahan tidak hanya terikat kepada cara berpakaian. Maka, hijrahkanlah dirimu, baik dari segi pergaulan, tutur kata, percakapan malahan ilmu agama.
Sedarilah temanku, sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan, ke mana wang kita belanjakan, apa yang kita lakukan di usia muda, pendek kata setiap amal perbuatan kita di dunia ini akan dihisab di hadapan Allah s.w.t nanti.
Maka, jika kita masih lagi leka dengan hiasan di dunia dan tidak menyediakan apa-apa bekalan untuk ke negeri yang kekal abadi itu, apakah yang dapat kita persembahkan di hadapan Allah s.w.t nanti??
Ingatlah saudaraku, sesunguhnya ketika itu tiada lagi peluang kedua untukmu. Penyesalan sudah tidak berguna ketika itu.
Jangan pernah MALU untuk melakukan perkara kebaikan tetapi bersyukurlah kerana Allah s.w.t masih lagi menyayangi kita dan melembutkan hati kita serta memberikan ruang dan peluang untuk kita melakukan kebaikan sebagai bekalan ke akhirat nanti.
Ayuh, berhijrahlah ke arah kebaikan, pilihan di tangan kita =)Setelah melakukan perubahan, maka beristiqamahlah. Insyallah, Allah pasti menolongmu.
Moga berjumpa lagi di lain keluaran. Wassalam =)
Contoh Istiqamah
1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
2. Istiqamah dalam solat dan ibadah khusus yang lain.
3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.
Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menambahkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:
1. Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
2. Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.
3. Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasul
4. Usaha yang berterusan.
5. Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.
8. Berdoa dan bertawakal.
9. Bersyukur dan redha.
No comments:
Post a Comment