Followers

Saturday, July 2, 2011

Hijrah

Hijrah itu memang susah, memang payah,
Kadangkala orang membuat kita lemah,
Namun yakinlah, Allah sentiasa membuat kita gagah.

Hijrah itu memerlukan keikhlasan, Biarlah kita melangkah perlahan, Asalkan ada manfaat di penghujung jalan, insyaAllah, amin.



Temanku yg disayangi,
Jjka kamu berhasrat utk melakukan perubahan yg positif, maka teruskanlah melakukannya. Bersyukurlah kerana kau dibukakan hati untuk membuat kebaikan dan perubahan. Jangan berhenti di separuh jalan. Bulatkan tekad dan kuatkanlah keazamanmu. Kemudian, bertawakallah kepada Allah, nescaya Dia akan selalu membantumu di saat manusia lain meninggalkanmu.
Usah ditakut pada pandangan manusiawi.
Namun,lihatlah pada pandangan Rabb mu yang menciptakan. PASTI, Dia akan gembira dengan usahamu untuk mendekatinya.
Berubah bukan hanya terbatas dari segi pemakaian, tetapi seorang muslim itu perlu sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dalam semua aspek kehidupan, baik dari segi tutur kata, perbuatan, dan pergaulan.
Ayuh temanku, mari bersama kita berubah, ke arah jalan yang diredhaiNYA… =)

No comments:

Post a Comment