Followers

Tuesday, December 30, 2014

Sahabat, sudi tak kau jaga aib aku?



Assalamualaikum semua. :)


Sebelum fokus kepada tajuk entri, jom kita teliti terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan aib. “Aib” secara bahasa bermaksud cacat dan kekurangan. Aib.. Mengaibkan.. Diaibkan..

Secara kasarnya, aib ni lebih kepada menceritakan kelemahan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Aib ni bukanlah kita 'mention' nama orang yang kita aibkan. Sebabnya kalau kita 'mention' nama seseorang, itu namanya MENGUMPAT.

Kadang-kadang kita tengah syok bersembang dengan sahabat kita, hati selalu beringat takut tercerita hal orang lain. Namun kadang-kadang lidah kita yang tidak bertulang terlepas juga nak sebarkan aib orang walaupun tidak sengaja. Maklumlah menceritakan aib orang merupakan sesuatu perbuatan yang tidak baik walaupun apa yang ceritakan itu satu perkara yang betul. Kalau tidak betul lagilah kering kontang dosa kita. Fuh~

Sebuah hadis menyatakan: "Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)

Kekurangan diri seorang mukmin merupakan ujian buat mukmin yang lain. Kenapa? Hal ini kerana sesama mukmin seperti satu tubuh. Ada keterikatan yang begitu kuat. Jika sakit di salah satu bahagian tubuh, bererti sakit pula di bahagian yang lain. Cela pada diri seorang mukmin, bererti cela buat mukmin yang lain.

Sekiranya teringin atau apa-apa yang sewaktu dengannya nak sebarkan aib. Jom baca ayat di bawah:

1. Daripada Mu'az bin Jabal, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

2. Kita terlalu mencari aib orang lain sehingga terlupa aib kita sendiri.

3. Kita sendiri pahala pun takla banyak mana, buat apa susah-susahkan diri tambah dosa dengan mengaibkan orang lain.

Kadang-kadang nak cari solusi supaya sahabat kita tak terus-menerus melakukan aibnya. Berjumpalah dengan sahabat kita untuk mencari jalan penyelesaian. Kemudian bertemulah semula dengan sahabat kita tadi. Cuba atasi dengan menggunakan nada yang lemah lembut dan tidak seperti memerlinya. InsyaAllah dengan cara itu, sahabat kita dapat menerima teguran kita. 

Jadilah daie yang menyebarkan kebaikan dan bukannya seorang hakim yang asyik menjatuhkan hukuman. Sebab kita sendiri belum tahu lagi bagaimana bentuk hukuman yang akan dijatuhkan ke atas kita oleh Sang Pencipta (Allah) di akhirat nanti.

Allah ma'ana.


Assalamualaikum :)

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)." ( Al -Azhab:59 )

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…"


Cuba lihat di sekeliling anda..berapa ramai kaum wanita yang menganggap dirinya sudah pun menutup aurat hanya dengan memakai tudung...walhal sebenarnya mereka belum sepenuhnya menutup aurat dengan sempurna kerana tudung mereka tidak mengikuti syariat islam yang sebenar iaitu melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. 

Bukan itu sahaja, kebanyakkan kaum wanita pada abad ini hanya memakai tudung sekadar mengikuti trend fesyen pada masa kini. Hal ini sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.YA... memang tidak dapat dinafikan yang ISLAM  tidak suka umatnya selekeh, kusut masai dan tidak terurus. Malah..berhias itu dituntut dalam ISLAM. Tetapi kaum wanita pada hari ini seolah -olah meletakkan fesyen nombor 1 dan menjadikannya itu alasan untuk bertudung dan bukannya kerana mematuhi perintah Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik

Ayuh!! kita kaji macam mana perkara ni boleh berlaku....????

Pertama kerana kurangnya kesedaran diri kerana kita sedia maklum dalam silibus matapelajaran pendidikan Islam sudah diajar mengenai aurat yakni supaya melabuhkan tudung, memakai baju yang longgar dan sebagainya. Namun, perkara ini tidak meresap dalam diri kita kerana kita belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan bukannya untuk diamalkan. Syeikh Muhammad Al - Ghazali pernah berkata "Penuntut ilmu di akhir zaman hanya sekadar membaca dan menghafal ilmu  pengetahuan, kemudian memuntahkannya di dewan peperiksaan". 

Kedua kerana kita terlalu mengagung - agungkan artis sebagai idola dalam berfesyen. Memang tidak dinafikan ada artis yang sudah berhijrah memakai tudung yang menepati syariat islam. Namun ada juga yang tidak mengikut syariat islam. Nahh.. sekarang pilihan terletak ditangan kita sama ada ingin mengikut yang baik ataupun tidak. Tetapi kebayakkan daripada kita memilih untuk mengikut yang tidak baik.. Alasannya artis tu boleh jer pakai macam tu kenapa kita xboleh.

dan yang terakhir iaitu yang ketiga ialah media massa yang kurang mengetengahkan iklan-iklan mengenai pemakaian tudung yang betul ini. Hal ini kerana, masyarakat kita mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan melalui media massa. Malah, dengan adanya iklan-iklan ini yang ditonton berulang kali akan membuatkan  kita  sedar tentang cara pemakaian tudung yang sebenar kerana kita tidak tahu pada waktu atau keadaan bila ALLAH nak menjentik hati kita.


kesimpulannya, marilah kita sama -sama memperbaiki diri dan berusaha untuk menyedarkan orang yang berdekatan dengan kita ..wallahua'lam



Wednesday, November 5, 2014





Assalamualaikum..:)

'...cukuplah Allah (menjadi penolong) untuk kami dan Allah adalah sebaik -baik pelindung.
 (Ali 'Imran :173)

Pernahkah Allah merasai keajaiban  pertolongan daripada Allah s.w.t??

Contohnya anda hampir -hampir dilanggar kereta semasa melintas jalan, ataupun anda hilang dompet di pasar raya..di mana anda terselamat dari dilanggar dan dompet anda dijumpai semula..walhal di saat itu, anda hanya nampak katil hospital atau anda nampak anda sedang beratur (di balai polis buat aduan, di JPN buat i/c, di bank buat kad atm dan sebagainya)

Namun,. jika anda masih punya keyakinan yang tinggi kepada Allah, di saat genting sebegini, anda akan meletakkan sepenuh penyerahan kepadaNya...iaitu 'hasbunaAllah wani'malwakil iaitu cukuplah Allah sebagai penolongku..

Tetapi saat itu, kita kadang -kadang lupa tentang adanya Allah sebagai tempat untuk kita meminta pertolongan dariNya.  Kita hanya berfikir ke arah negatif..

bila dompet hilang : "Ah, memang sure hilang la dompet aku tu."
bila nak kena langgar : "Matilah aku. xtaubat lagi ni"

sebenarnya, kalau kita yakin danya ALLAH sebagai penolong kita, sebagai tempat mengadu, berdoa dan sebagainya, tak semua persepsi negatif kita akan menjadi kenyataan.

kita tidak tahu, mungkin dengan doa dan tawakal sepenuhnya kita kepada ALLAH, Allah akan bantu anda dengan pertolongan yang tidak disangka. contohnya, dompet yang hilang ditemui oleh orang baik2, bukan si pencopet.. kereta yang hampir melanggar anda tiba2 kehabisan minyak dan seumpamanya.

Kita tidak tahu, tapi keajaiban pertolongan ALLAH, kita tidak mampu meramal. di saat itu, barulah kita sedar,.......

 betapa dekatnya ALLAH di hati kita,.......
betapa sayangnya ALLAH kat diri kita,....
 betapa ALLAH masih nak kita terus beribadat kepadanya,....
betapa ALLAH memberi peluang untuk kita bertaubat lagi.. masyaAllah..

mungkin tragedi2 sebegini yang mengetuk hati kita untuk sedar tentang adanya ALLAH dan kembali berubah ke arah kebaikan..

kesimpulannya..sebagai seorang muslim,, kebergantungan dan keyakinan kita kepada Allah adalah kunci segala -galanya sama ada di waktu senang atau pun susah...Malah dalam memulakan sesuatu perkara, tajdid niat kita hanya kepada Allah agarrrrrrr segala yang kita lakukan mendapat berkat dan pertolongan daripadanya....wallahua'lam




Tuesday, November 4, 2014

HADIS 6-HALAL DAN HARAM

Assalamualaikum..
Jom kita belajar mengenai hadis 6 yang mana sentiasa berada di sekeliling kita.


Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah s.a,w, bersabda :


“ Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. ” 


Jom tengok video ni. 
InsyaAllah memudahkan kita untuk menghafalnya. :)
Rabbi yassir wala tu assir

Monday, October 27, 2014

Kempen saya mahu sentuh anjing


''Satu kempen untuk membuang stigma bagi orang muslim dan khususnya orang melayu kononnya. Siap bawak dalil kisah orang masuk syurga kerana bagi minum kepada anjing lagi. Membela anjing untuk jaga kebun untuk jaga keselamatan rumah untuk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus di dalam Islam. Tetapi nak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing ayam dll tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian. Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. sebab apa nak pegang? isu apa? nak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang lepastu bela lepastu masuk dalam rumah lepastu? Pastu? Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mughalazahnya. lepas ni buatlah kempen pulak pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepastu melarat ke makan babi pulak. ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Nape tak buat kempen dekat masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep kalimah Allah yang sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti akan ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing kenapa tak bising isu memegang bukan mahram tak bertudung dll, yang itu pun berkali-kali dah saya tegur dan nasihat tapi dalam bab kempen anjing ini, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepasni apa pulak? Jangan lepasni buat kempen babi pulak dengan alasan bahawa babi sekarang bersih dan diternak dlam aircond dan mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa. Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus matahatinya untuk meneliti.''

-Ustaz Mohd Kazim Elias-

Kempen saya mahu sentuh anjing dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh aulawiyat. dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) dalam kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang,kononnya) dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika didapati najis mughalazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program ini telah melanggar dua point.

Hukum menyentuh anjing:
1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughalazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab Syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughalazah (Imam Nawawi, Mughni Al-Muhtaj,Khatib Syarbini) Selain mazhab Syafie(yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

''Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.''
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke atas tubuh kita. Jadi menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab Syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab Syafie? 
Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

Hukum membela anjing:
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak(sepakat) antara semua ulama-uama muktabar dan muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita  peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 perkara yang dibenarkan, iaitu:

-untuk menjaga harta
-untuk menjaga tanaman
-untuk mnjaga ternakan
-sebagai anjing untuk memburu
-menjaga keselamatan keluarga

Nabi SAW bersabda: ''Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjada ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath.''
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Friday, October 24, 2014

Kucing Muezza yang disayangi Rasulullah s.a.w

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan membelai lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya. 

Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah Muezza selalu mengiaw ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya seperti mengikuti lantunan suara azan.


KUCING BUKAN NAJIS
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dari Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhukuntukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.

Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah(bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Jom kita jadi seorang individu yang menyayangi kucing. :)


Monday, September 22, 2014

Ayat-ayat cinta Al-Quran

"Makanan untuk rohani? Al-Quran adalah sebaik-baik menu. Jom baca dan jadi lebih sihat dari segi rohani."

Al-Quran.


"Bacalah ayat-ayat Allah agar sentiasa merasa dekat denganNya."



Pada zaman dahulu...(masa merangkak baca Al-Quran)



Dari pengalaman ana sendiri, dulu sentuh Al-Quran pun sebab arwah pakcik yang mengajar ana dengan cousin-cousin mengaji time petang-petang. Masa tu adalah dalam lingkungan umur 11 tahun. Arwah pakcik sangat garang dan tegas orangnya. Anak lelaki pakcik masa kecik siap ditampar sebab tergagap-gagap baca Al-Quran. Memang masa tu terketar-ketar nak tunggu giliran mengaji takut kena tampar jugak ^^''. Alhamdulillah tak kena tampar, tapi kena marah.hihi.



Dulu pernah jadi qariah masa sekolah rendah dan dari pengalaman jugak sekarang ni ana dapat baca Al-Quran dengan baik dari segi tajwid. Tapi tak 100% ok la. Masih banyak yang perlu dibetulkan. Dapat baca dengan lancar pun, tapi tak hayati apa makna ayat-ayat Al-Quran tersebut pun rugi jugak. Kenapa rugi? Sebab dalam ayat-ayat Al-Quran ni banyak sangat ayat-ayat cinta dari Allah buat semua makhluknya. Tak percaya? Tengok ayat ni..


''Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.'' [Surah An-Nisa' ayat 110]

Sayangnya Allah pada kitakan? Tapi sayangnya kita tak pandai menghargai cintaNya kepada kita. Malah kita salurkan pada mereka yang salah. Allahu.

Al-Quran pun pandai merajuk dengan kita tau tak? 

Perasan tak.
kalau kita dah lama tak baca Al-Quran.
Sampai suatu masa kita baru nak membaca.
dan bacaan kita bagai tersekat-sekat.
Haa. see what have you done to Al-Quran.

:)

Tapi, kalau nak baca Al-Quran, bukan kuantiti muka surat yang banyak diambil kira. Dalam masa sehari boleh nak khatamkan Al-Quran tapi apa yang lagi penting ialah menjaga TAJWID semasa membaca. Kalau tajwid salah, makna ayat itu sendiri akan tertukar. Jadi, jaga Al-Quran dengan tertib sebab itu lebih baik ari membaca Al-Quran dengan laju tapi terlalu banyak ayat yang salah. 


Jom tengok pula tanda-tanda yang ada dalam Al-Quran.





Kalau kita boleh luang masa berjam-jam menghadap cerita korea atau hindustan atau bla bla bla.

kenapa tidak boleh luangkan masa membaca ayat-ayat Al-Quran walaupun seminit cuma.

Kalau kita ada masa pegang buku novel berjam-jam menghadam isi ceritanya.
kenapa tidak boleh luangkan masa berjam-jam lamanya memahami apa yang tersirat dalam Al-Quran.

Jom jadi daie yang hebat. Luangkan masa dengan Al-Quran. Jadikan Al-Quran peneman diri walau di mana pun kita berada. Masa lapang luangkan dengan memahami apa kandungan Al-Quran. Sungguh tak rugi bagi mereka yang mempelajari ilmu Al-Quran.






Sunday, August 10, 2014

Walau jemaah berbeza tujuan kita tetap sama.

'Trend' remaja sekarang tidak kiralah bila masuk IPT atau lain-lain tempat, akan berlaku isu-isu yang berkaitan perbezaan jemaah sama ada jemaah A, jemaah B, jemaah C dan jemaah-jemaah lain. Bila mana ramai orang yang memilih untuk menetap pada jemaah tertentu, akan berlakulah pertelagahan, timbullah perpecahan, rasa tidak puas hati dengan jemaah dan yang berkaitan dengannya.

Kebanyakan orang yang tidak faham mengenai kepentingan untuk memilih jemaah atau apa kepentingan jemaah-jemaah yang ada di Malaysia ini akan mudah menaruh syak wasangka terhadap jemaah lain. Walaupun individu itu tidak mengetahui apa yang visi dan misi yang dibawa atau dipegang oleh jemaah tertentu, mereka tetap akan berprasangka buruk. Adakah baik berprasangka buruk terhadap jemaah lain padahal jemaah tersebut melakukan kebaikan. Mana boleh macam tu Akhi.. Ukhti..

Bila berbeza jemaah antara setiap individu, dan bila mana terdetik di hati seorang individu untuk berprasangka buruk, maka akan terjadilah masalah ukhuwah di antara jemaah yang berbeza ini. Bila hal ini berlarutan, nak pandang muka pun kita tak puas hati, hidup tak aman dan banyak lagi perkara yang membuatkan hati kita rasa sakit.

Apa perlunya jemaah yang pelbagai ni? Hikmah. Supaya kita boleh membuat pilihan untuk memilih jemaah mana yang lebih baik. yang lebih sesuai dengan diri kita. yang boleh mendorong diri kita untuk berubah dan yang paling penting. Lakukan kerja dakwah!

Jangan jadikan jemaah yang pelbagai itu sebagai medium untuk kita saling berjauhan dengan mereka yang berbeza jemaah dengan kita. Stay berukhuwah sesama kita. :)

Wednesday, July 9, 2014

Penduduk Gaza memanggil kita..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Jom luangkan sedikit masa untuk membaca entri ini.. mungkin kita tidak merasai apa yang mereka rasa, tapi sekurang-kurangnya kita hulurkan bantuan walaupun dengan menadah tangan kepada Ilahi.

Sedang kita leka dihiburkan dengan Piala Dunia, FIFA worldcup, saudara seIslam kita di Gaza bermati-matian mempertahankan Islam walaupun raga mereka hancur berderai di bom oleh penduduk Israel. Saat ini, apa yang kita korbankan untuk mereka. Masa kita lebih terluang kepada yang mana? Sekiranya kita sanggup bersenggang mata melihat FIFA selama 90 minit (tidak termasuk masa rehat dan iklan-iklan bagai), sanggupkah kita luangkan masa selama 90 minit untuk menadah tangan memohon perlindungan dari Allah terhadap saudara kita yang berada di Gaza.

Bersyukurlah kita yang lahir di Malaysia dapat berpuasa dengan aman, selesa dan tenang tanpa ada gangguan. Kalau kita perhatikan masyarakat Islam di Xinjiang, mereka dipaksa untuk berbuka. Manakala bagi penduduk Gaza, mereka bertarung nyawa di sana. Namun mereka tidak getar dengan halangan yang berada di hadapan kerana mereka yakin bahawa ada ganjaran yang lebih baik menanti sekiranya mereka syahid kerana memperjuangkan Islam. Beruntungnya mereka kerana dapat merasai apa yang para sahabat zaman dahulu ketika Perang Badar berlangsung yang mana juga pada bulan Ramadhan. AllahuAkbar!

Anak kecil di bumi Gaza terpaksa bertarung nyawa dengan bom. Walaupun mereka masih kecil namun semangat dalam diri mereka berkobar-kobar untuk melawan musuh. Cukup cukup berbeza dengan anak kecil di Malaysia yang mana pada ketika ini saya yakin semangat yang berkobar-kobar dalam diri mereka adalah untuk bermain mercun dan bunga api. Tak percaya? Cuba tanya nak main pertahankan Malaysia atau main bunga api? Saya andaikan jawapannya ialah bunga api.


pejamkan mata..tanya dalam hati..
kalau nak dibandingkan dengan penduduk Gaza dengan diri kita, sudah cukupkah pengorbanan kita untuk pertahankan umat Islam? Dapat tak kita melawan nafsu kita sendiri.

sesungguhnya jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu. :)


Wednesday, June 11, 2014

Rumaiso' Binti Salman, Pemilik Mahar Termahal

"Sebaik sahaja memasuki Syurga, aku mendengar telapak kaki dari hadapan. (Ternyata) aku melihat, Rumaiso', isteri Abu Thalhah."
-Hadith direkodkan oleh Rasulullah s.a.w.-

Rumah tangga dan keturunannya
-merupakan golongan Ansar
-berketurunan Najjariah dari bangsa Khazraj
-turut dikenali dengan panggilan Ummu Sulaim binti Malhan An-Najjari
-mempunyai pertalian darah dengan Nabi Muhammad s.a.w.
-abang kepada Rumaiso' bernama Haram Bin Malhan. Beliau adalah salah seoang di antara 70 Qari terulung.

Kisah kewafatan Haram Bin Malhan
Ketika peristiwa Telaga Maunah, golongan Musyrikin mengkhianati utusan-utusan Nabi Muhammad s.a.w. Manakala Haram adalah salah seorang daripada utusan-utusan itu. Beliaulah yang menyeru kaum Musyrikin itu sambil berdiri, "Sesungguhnya aku adalah utusan Rasulullah kepada kalian!"

Sejurus seruan itu, datan seorang lelaki dari arah belakangnya. Lantas lelaki itu menikam Haram dengan tikaman yang begitu menyayat hati. Tatkala Haram menyedari tusukan di badannya, beliau berkata, "Aku berjaya, dan begitu juga Tuhan Kaabah."

Dia seorang isteri
Ketika zaman jahiliah, Ummu Sulaim mendirikan rumah tangga bersama Malik bin Nadhar An-Najjari. Hasil daripada perkahwinan itu, beliau melahirkan seorang putera yang bernama Anas.

Tatkala Allah s.w.t. menghadirkan Islam ke atas bumi ini, Ummu Sulaim menganutinya bersama golongan terdahulu daripada Ansar. Selepas itu, beliau gia melaksanakan kewajipannya selaku seorang wanita Islam dalam menyebarkan dakwah.

Selaku seorang isteri yang menginginkan kebaikan buat suaminya, Ummu Sulaim mengajak Malik untuk turut memeluk agama Islam. Tetapi Malik sudah terbawa-bawa semangat jahiliahnya. Tidak lama kemudian, Malik meninggalkan Ummu Sulaim dan lari ke daerah Syam. Akhirnya, beliau menemui ajal di sana.

Ummu Sulaim pernah berkata, "Aku tidak akan bernikah selagi Anas belum matang dan mampu duduk dalam majlis." Ungkapan inilah yang menyebabkan Anas berkata selepas sekian lama, "Semoga Allah mengganjari ibuku dengan kebaikan. Sungguh, beliau memeliharaku dengan baik sekali."

Pada suatu hari, Abu Thalhah datang merisik Ummu Sulaim. Ketika ini, Abu Thalhah masih lagi seorang Musyrik. Beliau berkata kepada Ummu Sulaim, "Anas sudah mampu duduk di majlis dan berbicara."

Ummu Sulaim enjawab maksud perbicaraan itu, "Wahai Abu Thalhah, aku secara jujurnya sangat tertarik denganmu. Tiada siapa yang akan menolak insan sepertimu. Tetapi, kamu adalah seorang lelaki kafir. Manakala aku adalah wanita Muslimah. Justeru itu, aku tidak boleh menikahimu."

Abu Thalhah pelik dengan jawapan itu. Beliau berkata lagi, "Apa yang kamu maksudkan wahai Rumaiso'? Apakah kamu tida berminat pada emas dan perak?"

Dengan tegas dan yakin, Rumaiso' membalas pertanyaan itu, "Aku tidak ingin emas mahupun perak. Kamu menghambakan diri pada sesuatu yang kamu tidak mampu mendengar dan melihat. Apalagi memberi manfaat kepadamu. Kamu tidak malukah wahai Abu Thalhah? Kamu menyembah sebatang kayu yang diukir oleh hamba sesuatu kaum? Sekiranya kamu memeluk agama Islam, itulah yang menjadi maharku. Aku tidak mahu mahar yang selain daripada itu."

Kalimat yang penuh kekuatan pendirian dan keimanan ini akhirnya berjaya menggoncangkan pertimbangan Abu Thalhah selepas sekian lama. Kecenderungannya mula berubah. Abu Thalhah tidak mempunyai pilihan lain. Beliau bertanya, "Siapakah yang akan mengislamkan aku, wahai Rumaiso'?"

Rumaiso' menjawab, "Rasulullah s.a.w. yang akan membantumu dalam hal ini. Bersegeralah pergi kepadanya."

Lalu Abu Thalhah bergegas menuju ke arah Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu, Baginda sedang duduk bersama para sahabat. Sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w. memandang Abu Thalhah, Baginda berkata kepada para sahabat, "Abu Thalhah sedang menghampiri kalian dan fajar Islam kelihatan pada matanya."

Akhirnya Abu Thalhah menganut Islam di hadapan Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian beliau memberitahu Baginda tentang kata-kata Rumaiso'. Selepas itu, Nabi Muhammad s.a.w. terus mengahwinkan Abu Thalhah dan Rumaiso' sebagaimana syarat yang ditetapkan.

Wanita kebiasaannya berbangga dengan mahar yang tinggi. Tetapi dalam perkahwinan ini, langsung tiada dirham mahupun dinar yang dijadikan mahar. Bahkan Ummu Sulaim berjaya mencetuskan satu budaya baru. Hasilnya, sepanjang zaman masyarakat sentiasa menyanjungi Ummu Sulaim serta pendiriannya yang hebat.

Tsabit Al-Bannani berkata selepas merekodkan hadith tentang perkahwinan Ummu Sulaim, Kami tidak pernah mendengar mahar yang lebih mahal daripada ini. Ummu Sulaim redha bagi menjadikan Islam sebagai mahar pernikahannya."

Sunday, May 18, 2014

Sunday, May 4, 2014

Tips agar mudah bangun Subuh

Bismillahirrahmanirrahim..

1. TIDUR AWAL
Mulakan tidur selepas Isyak, mudah-mudahan dapat bangun tahajud sekali. Lagi Asyik!









2. MEMELIHARA ADAB TIDUR
Jangan abaikan sunnah-sunnah sebelum tidur seperti berwudhuk, tidur mengiring belah kanan, baca doa sebelum tidur, dan sebagainya.

3. MEMENUHKAN DADA DENGAN IMAN DAN AMAL SOLEH
Setiap hari jangan tinggalkan solat, solat diawal waktu, kemudian tambahkan amalan-amalan yang lain seperti membaca al-Quran, puasa sunat, sedekah dan sebagainya demi meningkatkan iman kepada Allah.  Lama-lama iman dan taqwa makin mantap, makin rasa bertanggungjawab untuk menunaikan kewajipan-kewajipan yang diperintahkan ke atas kita.

4. MENJAUHI PERBUATAN MAKSIAT













Maksiat akan memberi kesan kepada diri kita.  semakin banyak kita berbuat dosa, semakin parah 'hati' kita. Dosa-dosa itu umpama titik-titik hitam yang akhirnya akan menghitamkan seluruh hati.  Sudahlah hitam, berkarat pula, bertambah-tambahlah kerasnya bagaikan sekeras besi dan sehitam batu arang.  Jernihkan hati dengan istighfar, tinggalkan maksiat supaya Allah redha kepada kita dan kurniakan kita kebaikan-kebaikan, hidup pun menjadi lebih tenang, semuanya mudah termasuk mudah untuk bangun menunaikan solat subuh.

5. MENGETAHUI BALASAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Contohnya balasan terhadap orang yang meninggalkan solat subuh, dia akan dicampakkan ke dalam neraka selama 60 tahun.  1 tahun di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.  Agaknya berapa lama kita aan duduk di dalam neraka klau sekadar tinggalkan solat subuh untuk 1 kali tanpa ada keuzuran? Fuhhh, ngeriii...

6. MUJAHADAH
Yakni bersusah payah demi agama.  Ada satu benda dalam diri kita yang tidak suka kepada perkara-perkara agama,  yakni NAFSU.  Maka apa sahaja yang nafsu suka, LAWAN dan LAWAN sebaik mungkin.  Kalau mengantuk, BANGUN! Ingatlah, solat adalah kewajipan, satu perintah ALLAH yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat Islam.


7. DOA
Lahaulawala quwwata'illa billah....
Kita hanya mampu berusaha, tapi jiwa kita ini 'dipegang' oleh Maha Pencipta.  Kita takkan mampu melakukan apa saja tanpa pertolongan dari Allah.  Maka mintalah kepada Allah untuk membangunkan kita setiap pagi untuk menunaikan solat subuh secara BERJEMAAH.

Jom sama-sama kita amalkan =)

Thursday, April 10, 2014

Aku Ingin Berubah!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca.. InsyaAllah kali ni entri mengenai perubahan dalam diri kita supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya.. :) semoga bermanfaat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau kita ingin berubah menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah Allah akan hadirkan orang yang baik-baik di sekeliling kita. 

Perubahan atau penghijrahan diri memang sukar bagi sesetengah orang. Mungkin kerana risau terhadap pandangan orang lain dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Tapi, sampai bila kita nak dahulukan pandangan orang lain lebih daripada pandangan Allah terhadap kita. Sedar atau tidak, kita dah abaikan perasaan Allah semata-mata untuk peroleh kata-kata manis dari manusia..Namun, ada sesuatu yang lagi susah iaitu Istiqomah dalam melakukan kebaikan. 

Namun, kadang-kadang, ada juga insan yang berubah dengan drastiknya sehingga kecundang di akhir perjalanan. Sahabat-sahabat, perubahan dalam diri perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan apabila kita berjaya melakukan langkah pertama, istiqomahkan diri supaya terus dalam jalan-Nya. Sumpah, bila kita ingin berubah, banyak cabaran yang akan kita hadapi. Tapi insyaAllah dengan bantuan Allah, semua cabaran kita dapat tangkis dengan jayanya. Yeay!

Antara tips-tips untuk menghijrahkan diri kepada yang lebih baik ialah:

1. Niat kerana Allah
2. Letak target
3. Mencari suasana dan rakan yang baik
4. Bersabar dengan cemuhan
5. Berdoa kepada Allah

Niat. Lakukan semua perkara kerana Allah insyaAllah semua perkara yang kita lakukan mendapat keredhaan dariNya. Jangan berubah kerana kawan, boyfriend, girlriend kerana bila mana mereka meninggalkan kita, perubahan tersebut akan terhenti. Tapi bila mana kita niat hanya kerana Allah, InsyaAllah ia akan kekal sampai bila-bila namun kita harus istiqomah.

Kadang-kadang kita perlu bijak memilih kawan, kerana kawan memberi pengaruh yang besar kepada diri kita. Dan kadang-kadang orang akan menilai diri kita berdasarkan kawan-kawan kita. Analoginya seperti kalau kita berkawan dengan pembuat minyak wangi (kawan yang baik), InsyaAllah kita turut menjadi wangi manakala kalau kita berkawan dengan pengutip sampah (kawan yang jahat), kita turut akan menjadi busuk. Tapi tidak semestinya kita tak boleh berkawan dengan 'pengutip sampah' itu tadi, cuma kita harus menjadi contoh yang baik supaya dia turut berubah.

Perubahan tak susah. Selagi tak ambil langkah pertama, selagi tu kita takkan berjaya untuk berubah. Jangan hiraukan apa yang orang lain kata, sebab semua tu tak beri mudarat pun pada kita. Kita harus yakin dengan janji Allah, jadi kita takkan hiraukan apa pandangan orang lain terhadap kita. 

Perubahan hidup bermula daripada perubahan diri. Perubahan diri bermula daripada perubahan hati. Jaga iman, jaga solat. In shaa Allah, Allah jaga hati kita. 

"Ya Allah, tetapkanlah hatiku, tetapkanlah imanku dan janganlah diperbolak-balikkan. Aamiin Yarabbal Alamin"

Selamat berhijrah ;)

Thursday, March 27, 2014

Felixia Yeap Chin Yee . Siapakah gerangan??

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian.. :)

Kali ni entri ni akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai Felixia Yeap. Mungkin tak semua tahu siapakah gerangan pemilik nama ini. Ana pun baru mengetahui serba sedikit mengenai Felixia kerana di sebalik identitinya, ada sesuatu yang menarik minat ana untuk bercerita mengenai Felixia.

Bismillahirrahmanirrahim..

Tada!! 
Ni merupakan gambar bagi pemilik nama di atas. sangat comel orangnya, ayu dan juga berwajah sweet sangat.


Felixia Yeap Chin Yee adalah model Malaysia. Dia model pertama dan satu-satunya model bagi Playboy Bunny Malaysia. Sejak Disember 2013, beliau telah menggayakan tudung, mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

But, she is not a muslim girl..
Felixia seorang chinese non-muslim yang telah jatuh cinta dengan pakaian muslimah.
Felixia merasakan dirinya lebih selesa, selamat dan dihormati oleh orang ramai apabila berpakaian muslimah dan Felixia tidak menghiraukan apapun yang diperkatakan oleh orang.

Felixia tidak menolak kemungkinan bahawa dirinya memeluk Islam..
Felixia pernah berkata:
"Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah. Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah"

Subhanallah..Maha Suci Allah..

Apabila dipersoalkan mengenai penampilannya yang terbaru dan kerjayanya, Felixia menjawab seperti berikut:


Begitulah saja kupasan mengenai Felixia Yeap. Semoga hidayah bersamanya dan seperti yang kita Hidayah itu milik Allah.. Semoga Felixia dibuka pintu hatinya oleh Allah untuk memeluk agama Islam.. Amin ya Rabb

Friday, February 7, 2014

Jom selidiki apa itu Sister in Islam (SIS) !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Hari ini ana nak dedahkan serba sedikit mengenai Sister in Islam (SIS) kepada para pembaca sekalian. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang perkara ini. Atau mungkin ada yang tahu tetapi tidak mengambil cakna tentang isu ini.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sampaikanlah dari ku walaupun sepotong ayat." [Hadith Riwayat Bukhari]


Bismillahirrahmanirrahim....


Sister in Islam (SIS) merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Keahlian yang aktif tidak melebihi sepuluh (10) orang. Tetapi mereka terdiri dari kalangan profesional wanita khususnya dalam bidang undang-undang sivil. SIS ini tertubuh apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya merasakan bahawa wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam lalu mereka berpakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak wanita.


Dr Amina Wadud


Beberapa tokoh SIS lain yang menonjol ialah Zainah Anwar selaku Pengarah Eksekutif, Nora Murad sebagai Pegawai Undang-Undang dan Nik Noraini Nik Badlishah seorang Pegawai Penyelidik. Di samping itu, dipercayai beberapa individu terkenal dan berpengaruh seperti anak-anak perempuan beberapa orang bekas Perdana Menteri Malaysia turut terlibat dengan gerakan ini. SIS kerap terlibat dengan forum, diskusi dan juga penulisan di media massa dalam isu-isu hak wanita dan hak asasi Apa yang mengelirukan dan dianggap menyeleweng apabila mereka secara berani cuba membuat tafsiran semula terhadap isi kandungan al-Qur’an dan hukum hakam Islam yang telah muktamad. Begitu juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Sister In Islam (SIS) dianggap cuba menafikan peranan Syariah di dalam Islam. Beberapa contoh kenyataan SIS yang dianggap megelirukan ialah:
 Isu Fatwa
Berkaitan isu fatwa Sister In Islam (SIS) memberi pandangan seperti berikut:

“ There is also an immediate need for the public, and our wakil rakyat in particular, to be educated to understand the difference between what is revealed and therefore divine and infallible and what changeable. The opinion of the Mufti, or Fatwa Council or state religious authorities is merely a human effort in interpreting the limitless message of the Qur’an. It is therefore open to questioning, debate and discussion....” .


Dr Aminah Wadud mengajar di UIAM PJ dalam Islamic Revealed Knowledge Dept yang dipelopori oleh Tan Sri Dr Kamal Hassan mantan Rektor UIAM pada tahun 89 hingga 93. Beliau mengajar subjek Sciences of Quran dan beberapa kursus yang lain. Beliau telah pun mengutarakan bahawa perempuan layak menjadi Imam dalam solat yang dimakmumkan oleh lelaki.

Seolah-Olah Meyakini Adanya Rasul Dari Kalangan Wanita.
SIS juga seolah-olahnya meyakini adanya Rasul dari kalangan wanita walaupun hakikatnya semua Rasul adalah lelaki sesuai dengan tanggungjawab dan peranan mereka. Dalam satu risalah bertajuk Adakah Wanita dan Lelaki Saksama Di Sisi Allah ? SIS menyatakan seperti berikut:

“ Meskipun hanya wanita yang boleh melahirkan anak namun tidak terdapat apa-apa dalam Al-Qur’an yang mengkhususkan sesuatu kepada lelaki. Malahan peranan risalah (yakni menjadi Rasul) tidak merupakan peranan kaum lelaki sahaja tetapi hanya dikhususkan kepada segolongan individu yang luar biasa sahaja. Surah 21: 7-8 Al-Qur’an menyatakan bahawa para rasul adalah lelaki hanya menjelaskan bahawa mereka adalah manusia bukan malaikat."

Cadangan Tafsir Semula Ayat al-Qur’an
SIS menyatakan bahawa “ penyelidikan kami” menunjukkan bahawa tafsiran Al-Qur’an yang mendorongkan penindasan wanita ini telah dipengaruhi oleh prasangka dan nilai budaya yang menganggap wanita sebagai rendah kedudukannya dan tunduk kepada lelaki. Usaha kami mengkaji semula Al-Qur’an dan mempelajari wahyu Allah untuk memahami maksud sebenar merupakan pengalaman yang membuka cakerawala jiwa kami.

Isteri Tidak Perlu Taat Kepada Suaminya
SIS menyatakan bahawa “ merujuk kepada surah an-Nisa’ ayat 34, ayat ini sering disalah tafsirkan sebagai membawa pengertian bahawa seorang isteri mestilah taat kepada suaminya. Al-Qur’an tidaklah memerintahkan para isteri supaya taat pada suami tidaklah membawa maksud sifat ketaatan isteri terhadap suaminya atau sifat berserah seorang manusia terhadap sebarang manusia lain. Rangkai kata “jika mereka telah taat kepadamu” tidak membawa erti bahawa wanita mesti menurut perintah lelaki”.

SIS juga telah terlibat dengan aktif untuk mewujudkan Suruhanjaya Agama Malaysia (IFC). IFC ditubuhkan antaranya bertujuan memperjuangkan:

i.           Untuk meletakkan semua agama adalah sama taraf.

ii.          Untuk menuntut agar anak yang lahir dari ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi Islam.

iii.         Untuk memperjuangkan nasib orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal (murtad).

iv.         Untuk menuntut orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam dan sebaliknya membenarkan untuk orang Islam murtad sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam dan;

v.          Memperjuangkan tuntutan untuk menggunakan wang zakat untuk keperluan dan kegunaan bukan Islam.

SIS telah dianggap melampaui batas apabila mereka tanpa berselindung lagi telah berperanan membela kumpulan ajaran-ajaran sesat atas nama perjuangan hak asasi manusia.  Sebagai contoh apabila  Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JAIT) cuba membanteras ajaran sesat kumpulan Ayah PIN ia telah mendapat pembelaan  dari kumpulan Sister In Islam. Tindakan JAIT ditohmahkan sebagai kejam, tidak demokratik dan menyalahi hak asasi manusia.

SIS telah bergabung dengan beberapa NGO bukan Islam menuntut agar kerajaan menghapuskan undang-undang moral di negara ini. Berkaitan amalan Islam di Malaysia pula, mereka menuntut agar kerajaan mengkaji balik institusi mufti, mengkaji kembali keistemewaan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia, dan beberapa tuntutan lainnya. Mereka secara berterusan menentang pelaksanaan dan juga memperlekehkan hukum hudud. Yang terbaru, dengan secara terang-terangan mereka membela golongan LGBT dengan mempertahankan hak mereka untuk menganjurkan program Seksualiti Merdeka.

NGOs seperti SIS dan lainnya yang memperjuangkan Liberalisme Agama adalah ancaman baru kepada ajaran Islam dan aqidah Ummah. Mereka adalah lebih merbahaya dari kumpulan Maunah, Ayah Pin dan Al Arqam itu sendiri. Penglibatan individu berpengaruh yang mendokong kumpulan ini adalah amat mendukacitakan. Kerajaaan hendaklah bertindak kepada kumpulan ini sebelum keadaan menjadi lebih mudarat.

Jom kita banteras perkara yang boleh memudaratkan aqidah umat Islam kita. Jangan pandang rendah terhadap isu seperti ini. Mungkin sekarang kita tidak nampak kesannya kepada masyarakat, namun sebelum aqidah umat Islam kita terpesong, jom cakna tentang isu semasa Umat!!

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan jangan kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." [Al-Baqarah, 2: 208]

Friday, January 31, 2014

Rasulullah SAW & Limau.

“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahualam…

Wednesday, January 15, 2014

Kenapa agenda COMANGO perlu dihalang

Assalamualaikum wbt.. Jom cakna mengenai isu COMANGO! 

Apa itu COMANGO?

Comango adalah gabungan NGO liberal dan anti Islam yang menghantar laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk melobi negara-negara dunia supaya menekan Malaysia agar menerima tuntutan-tuntutan COMANGO.

Antara tuntutan-tuntutan yang dibuat adalah seperti dibawah:



Dalam isu ini janganlah kita menunggu untuk terhantuk barulah kita hendak mengadah kerana ia adalah amanah yang besar kepada kita iaitu golongan umat Islam masa kini untuk memelihara dan mempertahankan Islam demigenerasi masa hadapan.

.Ayuh bantah dan tentang sekeras-kerasnya terhadap agenda jahat COMANGO !