Followers

Thursday, May 21, 2015

Merogol anak sendiri dan dibebaskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tak kira siapapun anda, buka mata, buka hati, untuk meneliti kes ini.
Persoalan yang muncul di kepala, "Apa nak jadi dengan Malaysia?"


Oleh Azri El
BANGI, Khamis – Pembebasan tertuduh kes rogol bawah umur, Bunya Jalong oleh Mahkamah Rayuan atas alasan tiada bukti penetrasi zakar, menampakkan betapa undang-undang sivil tidak boleh membela mangsa.
Mahkamah Rayuan telah menggugurkan hukuman asal dengan alasan bahawa tiada penetrasi zakar berlaku dan di dalam kes ini, penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol.
Bagi Wanita ISMA, ini satu lagi episod malang dalam sistem keadilan negara apabila fakta tertuduh merupakan bapa kandung dan kesalahan pencabulan tersebut dilakukan berulang kali tidak diambil kira oleh undang-undang sivil.
“Amat dikesalkan undang-undang sivil tidak mengambil kira faktor pembuktian DNA sebagai bukti rogol dan menyebabkan mangsa rogol teraniaya,” kenyataan mereka dipetik daripada laman rasmi Wanita ISMA www.wanitaisma.net
Islam katanya, mengkategorikan rogol atau zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah Hudud dan hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian empat orang atau pengakuan tertuduh.
Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui empat orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti atau qarinah kes.
“Hukuman yang boleh dikenakan ialah takzir iaitu bergantung kepada budi bicara mahkamah.
Fakta kes menyatakan Bunya Jalong telah digugurkan daripada empat pertuduhan merogol anak gadisnya sendiri berumur 15 tahun sehingga mengandung dan melahirkan bayi.
Ujian DNA telah membuktikan bahawa si pesalah adalah bapa kepada bayi tersebut.
Sumber: www.ismaweb.com

No comments:

Post a Comment