Followers

Thursday, May 21, 2015

sibuk dakwah vs sibuk study

Assalamualaikum semua.

"Kita datang ke universiti tujuan utama untuk belajar. Mak ayah pun nak tengok kita berjaya, jadi belajarlah bersungguh-sungguh. Dakwah pula..................................."

Ok. sebagai seorang pelajar, kita sibuk dengan banyak benda. Contohnya sibuk dengan assignment, group disscussion, taklimat, bengkel, pertandingan itu, pertandingan ini dan macam-macam lagi. Betul, kita datang ke sesuatu tempat untuk belajar. Nak gembirakan mak ayah kita dengan berjaya dan cemerlang dalam bidang yang kita ambil. Tapi, dalam kesibukan tu, jangan pula dilupa perintah Allah.

Kita merupakan khalifah dan hamba.

HAMBA Allah?

Bila kita mempunyai tuan. Sudah semestinya kita cuba meraih perhatian dari tuan kita. Kita cuba untuk membuat perkara yang menyenangi hati tuan kita. Malahan sanggup berbuat apapun asalkan tuan kita gembira dan tidak memarahi kita. Bukan?

Tapi kenapa tidak kita cuba raih perhatian dari Allah. Kalau kita mendapat kesenangan di dunia, kita terus lupakan Dia manakala bila kesusahan tiba, baru kita sibuk mencari-cari. Hamba yang taatkah kita kepada tuannya?

Dari sisi dakwah pula, boleh jadi kita senang untuk turun mabit, mukhayyam, usrah, jaulah bila mana masa tu kita free, masa kita lapang. Jadi kita terus ok nak pergi sebab kita tahu ganjaran yang bakal kita perolehi. Tapi bila mana kita diuji dengan kesibukan, masa ni la ada mabit, masa ni jugak ada program dengan kawan-kawan, program di institusi pengajaran. Haa. Di sinilah yang membezakan kita dengan orang lain. Bagaimana. Apa solusi yang bakal kita buat. Ikut nafsu atau sebaliknya. Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita imbas balik. Perhatikan orang di sekeliling kita. Ramai sangat manusia. Ada yang urusannya penuh dengan dakwah. Ada yang penuh dengan urusan duniawi. Tapi pernah tak terfikir, macam mana mereka yang sibuk dengan urusan dakwah, mampu mendapat score yang tinggi di setiap bidang institusi! SubhanAllah. Dalam kesibukan pun mampu menyaingi orang yang mempunyai banyak masa untuk belajar. Kenapa?

Jom fikir balik. 
Siapa yang bagi markah untuk kertas ujian? Pensyarah.
Siapa yang bagi ilham kepada pensyarah untuk bagi berapa markah? Allah.

Nampak? Apa-apa yang kita lakukan, kalau Allah tak redha, nescaya sia-sia usaha kita. Tapi bila mana kita lakukan sesuatu atas redha Allah, maka tiada yang mustahil untuk kita capai. Jom sibukkan diri untuk dakwah dan juga sebagai pelajar.

saya cabar anda! Tak mustahil. Tapi anda yang memustahilkan perkara ini. Tak cuba tak tahu.

INGAT!!!

Dakwah nombor 1 tapi study bukan nombor 2.


2 comments:

  1. kita sekarang terlalu sibuk dengan perkara dunia shggakan tiada masa untuk mengadap Allah. cuba isikan masa kita antara maghrib and isyak dengan beribadat kepada Allah. x salah nk cari dunia but jangan smpai lupa Allah.

    ReplyDelete
  2. betul, kalau pahala diibaratkan sebagai hadiah atau jutaan wang ringgit, pasti ramai yang berebut berbuat kebaikan. sesibuk mana kita skrg xdpt menandingi sibuknya Rasulullah saw. kita cuma lalai dengan apa yg ada depan mata sebab tu leka dgn dunia.. :)

    ReplyDelete