Indahnya bila DIA di hatiku..yeke? betul ke rasa macam ni? Ke rasa biasa-biasa saja? Susah kan nak meletakkan DIA di hati kita bila mana dunia yang lebih kita letakkan di hati seperti meletakkan ibubapa, kawan, boyfriend yang first class di hati kita. Contoh nak bagi lebih nampak bilamana kita menghadapi situasi kegawatan duit..siapa yang pertama terlintas di hati kita..tipu lah kalau bukan ibubapa yang pertama kita ingat untuk telefon dan minta duit daripada mereka..sedangkan bukankah sepatutnya Allah yang pertama kita minta bantuan dariNya kerana segalanya dari Dia dan ibubapa adalah jalan kedua selepas Dia..sama-sama muhasabah ya..
Kenapa ya indah bila Allah di hati kita? Sebabnya bila Dia sentiasa di hati, hidup mesti rasa tenang, gembira, dan macam-macam rasa yang positif. Kan Allah pernah berfirman dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang berbunyi Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." Hah, takkan nak sangkal pula. Boleh je buat eksperimen banding dengan dengar lagu korea dan ayat al-quran. Mana yang lebih menenangkan? Cubalah, saya sendiri merasainya. Kalau anda rasa yang sebaliknya ada something wrong la tu dalam hati...
Mari sama-sama kita hayati kisah ini, Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?” Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda
Bila kita dapat merasakan kehadiran Allah di hati, automatik kita akan rasa kebergantungan kita pada DIA sangat tinggi. Macam mana tu? Contoh macam krisis di syria. Mereka di sana tidak mengharapkan pertolongan dari Obama dan sekutunya, tetapi mereka bergantung pada Allah untuk membantu mereka dalam berjihad menentang si penzalim..subahanallah!! Betapa tingginya TAWAKKAL mereka pada Allah...kita?? Apabila exam bergantung hanya pada bahan study, pabila masuk waktu solat, kita lengahkan dengan alasan belum habis study...sedangkan boleh saja bila-bila masa Allah mem ‘blank’ kan ilmu kita bila di dewan exam..nauzubillah ukhti2ku syg..
teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?
Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup kita belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Jom sama-sama mencari dengan langkah mujahadah ini. Yakinlah Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah kita mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu didengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.
Yakinlah pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment