BUATLAH PERSEDIAAN MENTAL
"Apabila guru suka menambah ilmu, maka murid belajar tanpa jemu"
- buatlah persediaan apabila hendak mengajar sesuatu tajuk dengan cara menghafal dan mengingat isi pelajaran.
- cara ini akan menjadikan pengajaran anda lebih menarik dan berkesan.
- jangan sekali-kali mengajar dengan terus membaca daripada buku teks.
- setelah susun maklumat dengan mencukupi,susunlah maklumat tersebut dengan sistematik.
- sentiasalah mengikuti perkembangan-perkembangan yang baru dalam bidang anda.
- jangan berpuashati dan memadai dengan ilmu yang ada sebaliknya berusahalah menambah ilmu dari masa ke semasa.
- contohnya, sediakan perpustakaan kecil milik anda yang penuh dengan koleksi bacaan anda.
No comments:
Post a Comment