Followers

Thursday, February 23, 2012

renungan untuk semua






3 golongan yang tidak dapat melihat rasulullah:
1) orang yang menderhaka kepada ibubapa
2) orang yang meninggalkan sunnahku (jalanku)
3) Orang yang tidak berselawat ke atasku apabila disebut akan namaku  pada sisinya                                        (jauhar mauhub m/s 305)


RENUNGAN UNTUK SEMUA
Kadangkala kita melayan sirah Rasulullah ini seperti lagenda Hang Tuah. Yang kita dengar-dengar daripada mulut orang sahaja, kemudian kita usung ke hulu-hilir. Sedangkan, Rasulullah itu sepatutnya menjadi kecintaan kita yang tertinggi, maka sirah baginda pastilah kita cari dari sumber yang sohih. Pastinya tidak cukup daripada sekadar ceramah-ceramah dan tulisan artikel seperti ini.Kemudian bila masalah menimpa, kita minta untuk dimotivasikan?Saya teramat yakin, sesiapa yang melihat cara hidup Rasulullah SAW, peribadi baginda, perjuangan baginda, akan menjadi manusia yang paling bermotivasi di atas dunia. Kerana siapakah yang lebih berat lagi dugaan dan cabarannya daripada baginda Rasulullah SAW? Dan sejarah telah membuktikan, baginda adalah seorang yang berjaya mengharunginya. ,
Mari, lihat semula kepada Rasulullah SAW. Dan belajar.
Saya teramat yakin, sesiapa yang melihat cara hidup Rasulullah SAW, peribadi baginda, perjuangan baginda, akan menjadi manusia yang paling bermotivasi di atas dunia.
Kerana siapakah yang lebih berat lagi dugaan dan cabarannya daripada baginda Rasulullah SAW? Dan sejarah telah membuktikan, baginda adalah seorang yang berjaya mengharunginya.
Apatah lagi dugaan kita yang tidak seberapa, bukan?
Mari, lihat semula kepada Rasulullah SAW. Dan belajar.
Namun Rasulullah itu kita lupakan. Pegangan baginda tidak kita ambil. Perjalanan perjuangan baginda tidak kita lihat. Contoh tauladan baginda kita tinggalkan

No comments:

Post a Comment