Followers

Friday, February 10, 2012

PERKONGSIAN TENTANG KESIHATAN OTAK ANUGERAH ALLAH TA'ALA



Assalamu'alaikum kepada semua pembaca blog ini. ini adalah kali pertama saya berkongsi dengan anda semua mengenai kesihatan. insya Allah saya akan membuat perkongsian mengenai kesihatan otak yang Allah pertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaganya dengan baik. Saya mengambil idea asal daripada sebuah blog yang sangant bermanfaat tentang ilmu kesihatan di laman;  http://allmail.wordpress.com/2010/11/25/10-tabiat-rosakkan-otak/#respond
blog ini mengetengahkan perbincangan tentang,
10 tabiat yang merosakkan otak ;

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
insya Allah perkongsian yang bermanfaat.. semoga kita mengambil apa yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran serta diperbaiki dengan tindakan yang bijak. ~inGAT AmaNAh; INgAt oUR HealthY!!.. selamat beramal..

1 comment:

  1. tips yang bagus, otak ini merupakan organ yang penting. kita perlu menjaganya dengan baik kerana otak ni yang kita selalu guna. otak mengawal pergerakan tubuh badan kita. shaklee dapat membntu mencerdaskan minda anda.

    ReplyDelete