Followers

Thursday, February 23, 2012

TIPS PENDIDIK CEMERLANG 6:ceriakan diri






 Apabila guru berwajah ceria,maka murid bersikap mesra"

Ceriakanlah diri apabila anda mengatur langkah menuju ke kelas dan bermotivasilah.
Jadilah guru yang optimis supaya wabak putus asa tidak menjalar ke dalam diri.
Jadilah guru yg aktif supaya segala halangan dan kekanganboleh diatasi
Jadilah guru yang sentiasa tenang wajahnya seperti sungai Nil dan murah senyumannya


Senyumlah ketika anda memasuki atau ketika bersua dengan anak-anak didik anda.

Bukankah Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada kita bahawa senyuman itu sedekah paling mudah

Janganlah anda masuk ke kelas dalam keadaan fikiran bercelaru,jiwa bergelora,muka masam mencuka atau telinga merah menyala

Tenangkan dan kuasailah diri dahulu sebelum masuk ke kelas dengan berselawat,beristighfar atau membaca taawuz (a’uzubillah)

InsyaAllah apabila ibadah mengajar kerana Allah, nescaya Allah akanmerungkaikan masalah anda

Yakinlah dan serahkanlah urusan anda kepada Dia,nescaya Dia akan mengaturkan segala-galanya buat anda,kerana Dia adalah tuhan yg Maha Pengatur dan Maha Bijaksana


1 comment:

  1. owh, sangat membantu info ini. semua orang ingin cemerlang dalam pelajaran. kena la berusaha yang terbaik untuk mencapai kecemerlangan. sekarang ini banyak alternatif yg dapat membantu kita untuk capai kecemerlangan seperti kem, seminar dan kaunseling

    ReplyDelete