IKHTILAT-pergaulan bebas antara LELAKI dan PEREMPUAN, sedarkah
anda bahawa anda sedang berikhtilat...?
KETAHUILAH MEREKA YG
BERIKHTILAT MELAKUKAN PERGAULAN BEBAS ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BUKAN
MUHRIM ADALAH BUKAN BUDAYA ISLAM YANG BERIMAN...
IKHTILAT ATAUPUN
PERGAULAN BEBAS YG PALING BESAR YG SERING DILAKULAN OLEH LELAKI DAN WANITA ISLAM YANG BUKAN
MUHRIM IALAH BERCINTA SEBELUM NIKAH...(BERCOUPLE BERDUA-DUAAN)
Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa
beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian
dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya
ialah syaitan." (HR.Ahmad)
Ikhtilat ataupun percampuran antara lelaki dan
perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya
kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah
kawan, adik-kakak-abang angkat, KEKASIH, BERCOUPLE mahupun tidak alah
juga yang mendakwa sebagairakan chatting, rakan di laman sosial atau
apa jua istilah yang diguna sebagai merujuk kepada hubungan kemasyarakatan.
Justeru saya
klasifikasikan hubungan mahupun ikhtilat antara dua jenis jantina ini
sebagaimana berikut :
1. Hubungan lelaki dan
perempuan atas nama cinta,bercouple sebelum nikah
2. Hubungan lelaki dan
perempuan atas nama sahabat, kawan atau adik-abang-kakak angkat. Istilahnya
sebagaimana yang ditakrifkan oleh Dr Haji Mohd Fadhilah Kamsah sebagai
'Platonik'
PERLANGGARAN
BATASAN-BATASAN PERGAULANMUSLIMIN-MUSLIMAT MASIH TERJADI DAN HAL INI MUNGKIN
DISEBABKAN KERANA:
1. Belum mengetahui
batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui,
namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui
namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui
dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.
Kita mungkin sibuk
menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun
dengan tudung labuh warna warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol font
Islam, namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun
tidak menfokuskan kepada pemahaman dan amal.
PERLANGARAN
BATASAN-BATASAN PERGAULAN IKHWAH DAN AKHWAT MASA KINI...
1. Tidak Menundukkan
Pandangan (Gadhdhul Bashar)
Bukankah ada pepatah
yang mengatakan, "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke
hati". Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, "Ah,
tidak perlu gadhdhul bashar, yang penting kena jaga hati!".
Namun, bukanlah
menunduk pandangan sehingga TERLANGGAR TIANG tetapi cukup sekadar kita
memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak
SYAREI. LELAKI memandang WANITA dengan PENUH
NAFSU dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau
tampil ‘warak berbungkus’.
2. COUPLE
Duduk BERDUAAN DI
TAMAN, kedai-kedai makan, berjaan berdua, TENGOK WAYANG BERDUAAN malah ada yang lebih licik
dengan menggunakan platform rasmi yang bernama‘meeting’ di
tempat-tempat yang mencurigakan bagi yang terlibat dengan persatuan
mahasiswa.Walaupun kebanyakan masyarakat sekitar tidak mempedulikan
tindakan sebegini kerana menganggap mahasiswa/i berpendidikan yang berdua-duaan
ini sedang berdiskusi tentang pelajaran atau tugas, namun apapun alasannya,
maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
Sememangnya masyarakat
kian dirosakkan dengan istilah 'JANGAN JAGA TEPIKAIN ORANG'. Inilah
suatu racun yang sedang merosak dan menghancurkan fikrah ummah. Sudah
tida lagi ungkapan amar makruf nahi mungkar dikalnagn
masyarakat hingga menyebabkan anak-anak muda denagnsewenangnya berdua-duaan.
3. "COP
AWAL-AWAL" UNTUK BERKAHWIN
"Bagaimana enti?
Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang."Ikhwah belum tamat belajar sehingga
'cop' seorang akhwat untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal
belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh
mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan
berlanjutan ke tanah air hingga melibatkan keluarga.
Bukankah Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri MELARANG kita daripada ‘cop
awal’ ataubertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau
rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan
urusan akad antara kedua-duanya takut-takut terjerumus ke kancah MAKSIAT.
Justeru, mana mungkin
hubungan suci suami-isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah
kemaksiatan.
4. TELEFON TAK
'URGENT'
Menelefon dan berborak
tidak tentu arah, yang tidak ada
nilai significantnya sama ada soal pengajian mahupun soal tugas berpersatuan. Kalau
setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang
bersifat tidak syarie tanpa batas, saya gusar apa akan kita jawab di hadapan
Allah nanti.
Apa yang lebih malang, kita
selaku daie, ulamak dan taruhan masyarakat di tanah air sebagai
benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku
agen pengubah masyarakat,harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan
mengenepikan sebarang salah laku.
5. SMS TIDAK 'URGENT'
Saling berchatting via
SMS mengenai hal-hal
yang tak ada kaitannya dengan dakwah mahupun urusan penting, sampai tak sedar
kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah
dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS
tidak sepatutnya dijadikan medan melampiaskan nafsu serakah dengan
berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan
berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. BERBICARAMEN
DAYU-DAYU,
Bercakap sambil
tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu
dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki.
Jadilah wanita yang
bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan
mahram. Si lelaki pula,
jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan
mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum
hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama
masa depan.
7. Yahoo
Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’
Laman YM adalah
termasuk satu kemudahan. Tidaklah
berdosa bila ingin menyampaikan hal-hal penting di sini. Namun menjadi
bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah ke mana dan tidak menfokuskan
kepada dakwah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.
8.LAMAN SOSIAL
Kebanyakan mereka lupa
dan alpa apabila menggunakan LAMAN SOSIAL DI INTERNET seperti FACEBOOK,
TAGGED, FRIENDSTER,MYSPACE, TWITTER dan sebagainya...mereka tidak
sedar yang mereka sedang berikhtilat dengan meninggalkan komen-komen di wall
masing-masing supaya orang lain yang bukan muhrim meletakkan komen-komen yang
berbentuk ikhtilat, meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan rasa
seronok bile ada orang yang memuji gambar anda itu comel,cute dan sebagainya
sedangkan anda sudah tahu bahawa ia boleh mendatangkan RIAK yang
boleh membawa kepada SYIRIK KECIL...sedarkah anda bahawa
komen-komen di wall anda itu boleh mendatangkan dosa yang kita tidak
sedari...ibarat mendedahkan sikap kita kepada orang yang bukan muhrim
tanpa kita sedari...
SESUNGGUHNYA ALLAH
S.W.T SUDAH MEMBERI AMARAN KEPADA HAMBANYA
Firman Allah Subhanahu
waatala dan hadis berkaitan larangan terhadap isu ini adalah :
a. Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa
beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian
dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya
ialah syaitan." (HR.Ahmad)
b. Allah SWT berfirman
yang bermaksud,
"Katakanlah
kepada orang lelaki yang beriman, 'hendaknya mereka menahan pandangan dan
memelihara kemaluan mereka’(Al-Qasas.24: 30)
c. Allah SWT berfirman
yang bermaksud,
"Katakanlah
kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangan, dan memelihara
kemaluan mereka".(Al-Qasas.24: 31)
d. Rasulullah SAW.
Bersabda yang bermaksud,
"Pandangan mata
adalah salah satu daripada panah-panah iblis, barangsiapa menundukkannya kerana
Allah, maka akan dirasakan manisnya iman dalam hatinya".
KESIMPULAN...
Tuntasnya, persoalan
ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Berdasarkan
dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau
'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang
dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke
atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan harian mereka dengan kaum Adam.
Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan
fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di kalangan masyarakat Islam. Seterusnya
ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
Lupakan persoalan
salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita,
ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat
sama? Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu kita mentertawakan dan menghukum
kita lantaran salah laku yang kita lakukan hari ini. SEKIAN
p/s : artikel ini
panjang dan sedikit edit dari admin terima kasih kepada blogger
www.ulamaummah.blogspot.com
brought to you
by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
http://www.tagged.com/jagaauratanda (tagged)
No comments:
Post a Comment