Followers

Thursday, February 23, 2012

PAHLAWAN YANG SEMPURNA


“....dan tidak kami utuskan Engkau (Muhammad SAW) melainkan membawa rahmat untuk sekalian alam....”(Al-Anbiya’:107)

 Pahlawan yang sempurna??siapa tuuuu??of course bila bercakap tentang seseorang yang sempurna tentulah dia kekasih Allah yang dicintai juga seorang insan yang sangat kita rindui, iaitu Nabi Muhammad SAW..ha..maulidurrasul bakal menjelang tiba..apa yang kita faham tentang MAULIDURRASUL ni?perarakan?selawat?Tetapi saban tahun ulangan semua rutinan itu, apakah yang kita ambil pengajaran?Adakah pegangan Rasulullah kita tanam kemas sebagai pegangan kita?Apakah suri teladan Rasulullah, kita ambil sebagai peribadi kita?Atau kita kekal mengambil contoh-contoh lain yang tidak syar’ie sebagai idola kita?Tahukah kita, pada Rasulullah itu punya motivasi yang tertinggi dan tidak tertanding?Maka,untuk isu kali ini, Al Islah ingin membawa para pembaca mengenali lebih dekat mengenai rasulullah untuk mengetahui serba sedikit keperibadian baginda Jom!!
Bukan pendendam
Rasulullah SAW tidak menyimpan hasad di dalam jiwanya. Ketika menawan Makkah, semua kaum quraisy yang pernah menyiksanya dahulu merasa risau. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya:“Pada pemikiran kamu, apakah yang akan aku lakukan?”Kaum Quraisy menjawab: “Kamu wahai Muhammad, hanya melakukan yang baik-baik sahaja”Rasulullah SAW tersenyum. “Kamu semua bebas”Mudah. Tidak dia membalas perbuatan orang-orang kafir Makkah. Tidak pula baginda mencari orang-orang yang telah menyusahkan jalan dakwahnya. Tidak! Tetapi baginda memaafkan.
Sangat amanah
Rasulullah SAW digelar Al-Amin oleh kaum Quraisy. Digelar Al-Amin kerana baginda amat amanah, jujur dan tidak pernah berbohong. Langsung tidak khianat. Walaupun selepas itu kaum quraisy menentang baginda, Rasulullah SAW tetap menjaga dengan penuh amanah barang-barang yang disuruh kaum quraisy untuk dijaga.Rasulullah SAW tidak mencuri barangan mereka. Rasulullah SAW tidak menghilangkan barangan mereka. Walaupun mereka menyusahkan kehidupan baginda. Malah, antara sebab Rasulullah SAW meninggalkan Ali RA semasa peristiwa Hijrah adalah untuk memulangkan semua barangan yang disuruh oleh Kaum Quraisy, untuk Rasulullah SAW menjaganya.
Sangat tabah
Yang menggerakkan hati saya, adalah kehidupannya yang padat. Rasulullah SAW berdakwah, menjadi hakim, menjadi sahabat, menjadi suami, menjadi bapa, menjadi jiran, menjadi ketua negara, menjadi ketua perang. Waktu siangnya teramat sibuk.Tetapi, kesibukan waktu siangnya tidak menganggu qiamnya yang panjang pada waktu malam. Sehingga satu tahap, kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu lama bersolat.Aisyah pada satu hari bertanya: “Kenapa kau sampai begini? Sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang telah lepas dan yang akan datang”Rasulullah dengan penuh rendah hati menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”Macam mana agaknya, seorang manusia yang teramat sibuk pada waktu siangnya, mampu bangun dan menunaikan solat malam terlalu lama hingga kakinya bengkak?MasyaAllah
Kalau bercerita berkenaan Rasulullah SAW, 10 hari pun mungkin tidak habis. Hal ini kerana, baginda ibarat lautan ilmu yang berjaya. Baginda adalah qudwah hasanah kepada manusia yang inginkan syurga Allah SWT.“Sesungguhnya pada Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi siapa yang inginkan Allah dan hari akhirat…” Al-Ahzab ayat 21.Baginda sangat mulia dan tidak mampu diceritakan semuanya dalam dua tiga muka surat. Peribadi baginda terlalu bersih dan amat menawan. Hatta diam baginda juga menjadi tauladan.MasyaAllah.Siapakah dari kalangan anda yang mengenali baginda?Jika belum, maka selaklah sirah baginda.Sesungguhnya anda akan jatuh cinta dengannya.

No comments:

Post a Comment